26 December 2008 Tags: 0 comments

::Selamat Hari Lahir Hati_Besi::


Penantian suatu penyeksaan, seseorang yang ku nanti tidak kunjung tiba.
Sendu di jiwa hanya Allah yg mengetahui, hendak sahaja aku lepaskan tangisan. namun...
Sememangnya itulah lumrah kehidupan, hidup tetap perlu diteruskan, hanya mati yang pasti akan tiba. Bila dan di mana...wallahu 'alam.
Kerana kugelarkan hati ini dengan besi, jadi perlu ku betah jua mengharungi segalanya.
Hidup pemilik hati ini kerana sebuah perjuangan suci. Perjuangan yang kupilih sendiri.Jalan susah dan payah yang belum tentu ku merasai untuk memijak permaidani merah...
Namun, apa aku peduli...

"Wahai Yang Maha Hidup juga Pemilik hati ini, pandulah hatiku ke jalan yang diredhai...ameen.."

25 December 2008 Tags: 0 comments


14 December 2008 Tags: 0 comments

Badan kepenatan...semalam sekali lagi aku ber'bekwah'...kali ini untuk meraikan perkahwinan sepupuku Nurul Huda dan Hairi..

Selamat Pengantin Baru buat kalian,semoga mahligai yang dibina teguh utuh di bawah lembayung rahmat Allah,semoga baitul muslim yg dibina melahirkan zuriat yg mampu menjadi jundi agama Islam...
Dalam jangkau waktu merehatkan badan, fikiran dan otak tetap perlu bekerja...semoga aku tidak kenal keletihan dalam menjalankan kerja-kerja dakwah.

10 December 2008 Tags: 0 comments

::Salam Eiduladha 1429H::

Aku begitu khusyuk menonton tv rancangan yang menyiarkan jemaah haji di Mekah sewaktu wukuf di padang Arafah tanggal 9 Zulhijjah 1429H bersamaan 7 Disember 2008,hati ini tiba-tiba terasa sayu.
Masakan tidak,bayangkan kesungguhan jemaah melaksanakan ibadah haji yang sememangnya memerlukan pengorbanan.Korban harta,korban tenaga, korban masa serta bermacam-macam pengorbanan lagi.Semuanya tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk melaksanakan perintah Allah yang merupakan rukun Islam yang kelima juga wajib bagi mereka-mereka yang berkemampuan.
Cerita emak dan abah padaku,sememangnya apabila kita berada di hadapan kaabah perasaan kita sememangnya benar-benar kerdil terasa diri ini benar-benar insan yang terlalu banyak kelemahan.Malah bayangan dosa-dosa silam seakan-akan tergambar dihadapan mata.
"Ya Allah ampunkan dosa-dosaku juga dosa kedua ibu dan bapaku serta dosa seluruh umatMu Ya Allah…"
Benakku ini terkenang pada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail serta Hajar yang melalui pelbagai cubaan dalam menjalankan kewajiban dan perintah Allah.Juga pengorbanan dan suka duka nabi-nabi serta rasul Allah dalam menjalankan misi mengembangkan agama Allah taala.Terlalu banyak pengorbanan mereka malah sehinggakan kesan yang begitu mendalam kedalam jasad dan jiwa mereka,namun perintah dan amaran Allah tetap utama,demi kerana cintakan Allah taala.
Terlalu banyak perbezaan dengan diriku yang tidak sanggup untuk melakukan pengorbanan.Sedang dengan ujian yang sedikit ini aku sudah tidak terdaya malah mengeluh keletihan,kepenatan dan kesakitan."Ya Allah,engkau jauhkan dari kami penyakit cintakan dunia dan takut kepada mati,jika engkau matikan kami…maka engkau takdirkan mati kami dalam husnul khatimah…ameen"

Kekadang aku tertanya-tanya sendiri sejauh mana pengorbanan yang pernah kulakukan ini benar-benar atas dasar cintakan Allah taala?Atau aku juga terjerat kepada pengorbanan yang mengganjarku kepada habuan dunia?Inginkan kemuliaan?atau nama?atau harta?atau apa-apa yang menyenangkan??

muhasabah....

.

.