28 January 2010

Alhamdulillah dengan nikmat Iman dan Islam juga nikmat persaudaraan ini ,saya bersyukur kepadaNya..kerana sahabat-sahabatlah yg menjadi penguat diri saya..

Assalamualaikum. .
Kak Akma dan semua yang kini bertebaran di seantero bumi ciptaan al-khaaliq yg fana' ini..

Sesungguhnya tidaklah kehidupan dunia ini melainkan ianya kehidupan yg sementara.

Buat kak akma yg disayangi,
Yakinlah,bhw Allah swt tidak akan menguji hambanya melainkan mgikut kemampuan yg dimiliki hamba2nya.
Kak akma sungguh bertuah krn ujian ini telah m'jadi bukti bhw Allah swt amat2 mencintai akak..'Cinta' siapakah lagi yg lebih hebat jika dibndingkan dgn cinta Allah?..bukankah cinta yg kita sandarkan kepada manusia di dunia ini merupakan wasilah cinta suci kita kepada 'zat yg mencipta CINTA'? Smoga cinta suci kak akma dan allahyarham us fauzi di dunia ini berkekalan ke syurga.."Bercinta Sampai ke Syurga"

Akak merupakan srikandi terpilih pada pandangan Allah..akak adlah wanita mulia.
Nabi saw juga pernah merasakan kesedihan yg sama tatkala isterinya yg tercinta Sayyidatina Khadijah dijemput kembali ke sisi allah 'azzawajalla..para nabi mulia kerana ketabahan mereka menempuhi ujian yg pelbagai..kita juga diuji oleh Allah utk diklasifikasi siapakah yg paling baik amalnya tatkala diuji..Sesungguhnya akak adlah srikandi yg amat dicintai Allah...Smoga akak terus tabah m'harungi hari-hari yg m'datang berbekalkan iman sehebat iman fatimah az-zahra,bersulamka n kecekalan secekal sumayyah..

"Ya Allah!Engkaulah kuatkanlah iman didada kakakku ini..Kurniakan kpdnya keimanan kpdMu semantap iman para srikandi Islam..anugerahkan kpdnya ni'mat kemanisan beriman kpd-Mu ya Allah..Ya Allah!Engkau ampunkan dosa2 hambaMu Mohd Fauzi Azizan..Engkau rahmatilah beliau Ya Allah..Engkau tempatkanlah beliau bersama para nabi,para syuhada' dan solihin..dan Engkau satukanlah pasangan kakakku akma dan allahyarham mohd fauzi di syurga nnt ya Allah kerna aku bersaksi bhw mereka telah bersama b'juang utk menegakkan kalimah-MU ya Allah"..


Ibn Abdul Hamid

 
Buat sahabat-sahabat yang banyak membantu saya, ucapan terima kasih tak terhingga diucapkan.Sesungguhnya tidak terbalas jasa dan bantuan kalian.Doa saya hanya Allah yang membalasnya..

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates