06 June 2010

Assalamualaikum warahmatullah...
Puji-pujian disandarkan pada Allah, pengurnia segala nikmat..Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad s.a.w...
Sebenarnya memang telah merancang untuk pos entri hari ni...jadi sedaya-upaya saya coretkan buat diri ini juga sahabat-sahabat yang sudi membacanya...sememangnya mata ini mmg payah utk dilelapkan..perasaannya sama seperti malam 6Jun 2009 :)
Apa yang special sgt hari ni? Mungkin pada orang lain tarikh 6 Jun ni biasa je, mungkin juga ada menyambut hari lahir pd hari ini...(Selamat Hari Lahir dari hati besi :D ) atau pelbagai lagi event yg tidak boleh dijangkakan :)
Bagi hati besi, hari ini saya akan berangkat meninggalkan bumi Chenor utk menyambung semula pelajaran yang tertangguh...sungguh hati ini amat berat untuk pergi lebih-lebih lagi terpaksa meninggalkan si kecil Aufa bersama tok dan aki.Namun semua itu tetap perlu ku gagahi demi mencari sesuap rezeki...Harapnya Aufa memahami.
"Semua ini mama lakukan untuk masa depan kita juga Aufa.Lebih-lebih lagi mama sekarang ketua keluarga kita..pengganti tempat arwah baba yang telah tiada."
Sempat semalam ku berbicara pada Aufa,dialah satu-satu amanah abang kepada saya yg akan saya jaga sebaiknya..mengikut acuan sebenarnya.. dia memandang dengan penuh sayu seolah-olah memahami rasa hatiku..namun kau belum mengerti rencah dunia anakku..
...dan malam ini, aku sekali lagi dilanda sebak..."Ya Allah,kuatkan hatiku..."



saat terindah mama bersama arwah baba :)



6 Jun 2009 ialah tarikh aku selamat diijabkabulkan dengan arwah suamiku Muhamad Fauzi Bin Azizan..masih terbayang diruang memori ini saat itu..dan hari ini genab setahun peristiwa itu..(klu dlm bahasa org putihnya anniversary)..namun perjalanan hidup kami sebagai suami isteri hanya seketika sebelum dia kembali kepada pemilik sebenar.Aufa, tidak mengenali babanya...
Alhamdulillah, Allah memberiku peluang untuk merasai hidup sebagi isteri kepada seorang insannya yang baik..juga menganugerahku sebuah title yg mulia sebagai ibu...syukran lillah..
Dan Aufa, masih ada aki yg menyayangi, ada tok wan yang sentiasa mengambil berat, ada papa utk aufa menumpang senyum, ada abah yang begitu baik, ada abi yang kelakar, dan ada atok yang jauh...:) "Ya Allah, beruntungnya aufa"


cian aki kepenatan menjaga aufa,sampai tertido hi2

Sememangnya tarikh ini merupakan saat manis untuk dikenang, namun hati kekadang tidak betah menyimpan rasa..saya tidak pernah melalui ulangtahun perkahwinan ini dan tidak akan melaluinya lagi...
Cuma yang selalu saya ingati dan kenang
-kata-kata nasihat abang menegur saya...dan saya pakai sampai kehari ini
-persoalan hukum yang abang uturakan pada saya, saya tahu abang menguji saya...dan abang menerangkan kepada saya selepas itu
-tazkirah abang kepada saya, tatkala selepas solat dan kita sama-sama mentelaah kitab bersama-sama
-saat kita mengulang Al Quran dan abang menebuk hafalan saya
-saat abang menasihati saya jika saya terleka..
Semoga segala kebaikan abang, akan dikira jariah di sisi Allah..

"Ya Allah, Engkau ampunilah dosa-dosa arwah suamiku, dan Engkau tempatkanlah dia bersama-sama para syuhada dan solehin di syurga..ameen.."

Pagi esok...hari baru buat hati besi..semoga hati ini juga terus bersemangat...tempat baru dengan saya tidak mengenali sesiapa...namun,saya tidak peduli...
...kau teruskanlah kehidupan...

3 comments

salam dik,
akma masuk maktab yer..smga Allah permudahkan segalanya, tabahkan hati, ingat Allah selalu..teringin nk jumpa akma, nk ziarah aufa, tp mgkn akma tgh sibuk skrg,takpelah, smg Allah izinkan kt bertemu suatu hari nnti..

REPLY

Assalamualaikum akma.
Semoga dalam pemeliharaan Allah selalu. Akak ucapkan selamat menyambung pengajian. Semoga berjaya menggenggam apa yang dicita. Semoga Allah memudahkan setiap urusan Akma di jalanNya. Uhibbuki fillah :)

REPLY

to ummu muhammad...
wslam kak..skrg di maktab islam bangi..kna tukar ke sini sbb afzan dah xde kursus jqaf..Insyaallah akhir tahun ni habis..kak doakan sama ye..bila2 akak dtgla ke chenor,sy amat2 alukan kdatangan akak dan sahabat2..mmg nk sgt jumpa akak.uhibbuki fillah..

to ummuizz..
Syukran bt kak sa'..Insyaallah semoga Allah lindungi kita semua dan mudahkan urusan kita..uhibbuki fillah ya ukhti...

REPLY

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates