24 June 2010

Assalamualaikum warahmatullah...
Salam bersiaran lagi di alam maya, semoga saya dan kalian di dalam barokah dan kasih sayang Allah...
Alhamdulillah hampir seminggu saya melalui kembali alam kerjaya yang penuh mencabar.Antara kesabaran, kecekalan, semangat dan azam yang kuat berlegar-legar di dalam diri ini.
Sesungguhnya saya bukan sahaja berada di satu proses pendidikan, tetapi juga melalui satu proses perorganisasian.Selain bertungkus-lumus memantak dan memahat bahasa Al-Quran ini di kain putih bersih itu, saya juga perlu melangsaikan dokumentasi yang dipertanggungjawabkan.Nampaklah seolah-olah kerjaya ini ibarat kerja 2 dalam satu. Memang agak penat dan memeningkan bagi saya yang masih setahun jagung ini. Namun semangat yang bertunas hari itu saya perlu kekalkan. Saya tidak patut berpegang kepada minat semata-mata, tetapi saya patut memikirkan amanah yang terpundak dibahu.
Sempat saya berbual dengan bos nombor satu di office, selaku orang lama dalam dunia pendidikan dia mengingatkan saya, apabila telah berada di dunia ini ibaratnya kita telah cuba menyelamatkan satu generasi malah generasi yang berikutnya. Tugas yang tergalas ini perlu diletakkan tempat yang utama melebihi kepentingan peribadi...ibarat katanya utamakan integriti dari kemanusiaan...beliau ada hujah tersendiri namun saya akui sedikit sebanyak apa yang diutarakan itu ada betulnya demi kebaikan semua. Namun bagi saya,integriti dan kemanuasiaan sama nilainya..andai tiada nilai kemanusiaan dalam diri seorang pendidik, maka tiadalah nilai ihsan dalam didikannya..mungkin sahabat di sana ada pendapat sendiri..silalah utarakan? :)
Apapun...tugas sebagai pendidik memanglah suatu tugas yang tiada noktahnya.Selagi ada hayat, tugasnya sentiasa berjalan..nilai dan matlamat utama bukanlah ingin melihat anak didiknya berjaya di dalam pelajaran semata, namun pendidik mampu tersenyum lebar andai anak didiknya menjadi manusia yang berjaya dengan nilai moral dan akhlak mahmudah sesuai dengan syaksiah muslim yang sebenar...wallahu 'alam.

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates