01 June 2010

Semalam yg berlalu...
Entah kenapa hari ini hati ini benar-benar disiat sayu...sedari pagi saya hanya menahan sendu, menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti menahan agar kantung air mata ini tidak merembesnya keluar.entah apa yang saya fikirkan sehinggakan jantung saya turut menahan esakan, sesak lagaknya.
Saya merebahkan tubuh disamping si kecilku yg sedang nyeyak.Merenung wajahnya yang lembut...


Dia datang dengan senyuman,menghulurkan tangannya kepada saya dan saya menyambutnya...bersama saya budak perempuan yg comel lengkap bertudung.Saya kenal wajah redup dia yg menghulurkan tangan itu.Mukanya penuh berseri.Kami bertiga bergandingan bersiar-siar di taman yang sungguh indah.Diwajah kami semua terukir senyuman paling manis...


Saya tersentak...Ya Allah,saya bermimpi lagi...namun air mata yg tumpah saya seka, memandang si kecil yg tetap pulas tidur.
Ya Allah, saya rindukan dia yang telah pergi...patutkan saya terus merinduinya?


"Ya Allah..Engkau Maha Mengetahui isi hatiku..sesungguhnya aku hambamu yang lemah, tiada kudrat melainkan pertolongan Engkau Ya Allah..tidak berdaya untuk menepis rasa hati ini..namun aku bukan tidak redha dengan ketentuanMu..bantulah aku Ya Allah dalam meneruskan kehidupan..mudahkan perjalananku yang bakal dilalui..Ya Allah engkau jadikanlah rinduku pd hambaMu yg akan fana sebagai pemangkin kepada cintaMu Ya Allah, semoga hambaMu yg kurindui ini ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang terdahulu yang Engkau kasihi, tempat mereka di JannahMu..Ya Allah, jadikanlah anakku seorang anak yang solehah yang menjadi jariah buatku dan buat insan yang kurindui itu..Ya Allah Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..ameen.."


Saya tahu dan yakin, doa orang yg hidup terhadap mereka yang telah menemui tuhannya akan sampai juga..


Apabila meninggal seseorang anak Adam akan terputuslah amalannya melainkan 3 perkara:
1-Sedekah jariah
2-Ilmu yang bermanfaat
3-Anak soleh yang mendoakannya

Menelan air liur pahit yg sudah lama ku kumpulkan. Tidak mahu telan, mulut sudah berbuih kebencian, hendak dibuang terasa amat sayang. Kepahitannya mengalir hingga ke darah tulang, menjadikan aku patah sayap kanan, luka tiada rawatan. Ku dongak ke langit melihat kebiruan, memerhatikan awan yg suka brjalan2, melihat padang pasir yg luas terbentang, hatiku berkata: Allah mampu menyelesaikan, Dia memahami jiwa yg kelam.Kuatlah jiwa demi mereka yg kau sayang..

2 comments

kak qema syg...sy doakan kak qema sentiasa tabah dan terus tabah..kuatkan smgt demi aufa trsyg..sy janji..akan selalu menemani kak qema lewat lembaran ini selagi nafas sy masih bersama..kuatlah wahai kakakku...

REPLY

assalamualaikum kak akma..

saya zaujah ust saifullah, sedih dan sebak sgt baca entri akak..bru terjmpa blog akak..smoga akak terus tabah...kami doakan semoga Allah sentiasa melindungi, menjaga, merahmati dan meredhai akak...moga arwah suami ditempatkan dalam kalangan org2 yang soleh... suami selalu puji arwah, semoga Allah merahmati beliau..alfatihah..

REPLY

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates