14 July 2010

Assalamualaikum warahmatullah...
Salam ziarah buat semua blogger yg saja singgah sini atau tersinggah ..lama hati besi tidak menulis,bulan ini memang masa begitu mencemburui saya, dengan taklifan yang begitu banyak terasa masa 24 jam tidak cukup untuk menyelesaikan semua...namun, itulah masa yang Allah anugerahkan.Semestinya masa yang ada ini sudah memadai dengan fitrah manusia...cukup untuk taklifan, utk kerja, untuk beribadah dan berehat. Cuba kita peminjam masa ini perlu berstrategi menyusun masa. syukran Ya Allah atas masa dan kehidupan yang dipinjamkan kepadaku ini..

Erm..Hari ini si comelku genab 4 bulan, dan hari ini juga dia sudah pandai meniarap. Rajin sangat anak mama ni..selalu sangat meniarap..semoga anak mama membesar sebagai srikandi solehah..ameen..dan kini sudah 6 bulan baba Aufa tinggalkan kami...namun, ingatan terhadap baba tidak pernah padam dihati dan jiwa ini, malah kekadang ingatan dan rindu ini makin kuat dan menyala. Saban hari doa dipanjatkan buatmu di alam sana.
"Ya Allah!Engkau ampunkan dosa-dosa suamiku Muhamad Fauzi Azizan..Engkau rahmatilah beliau Ya Allah..Engkau tempatkanlah beliau bersama para nabi,para syuhada' dan solihin..dan Engkau satukanlah daku dan suamiku Muhamad Fauzi di syurga nnt Ya Allah kerana kami telah bersama berjuang utk menegakkan kalimah-MU ya Allah"..

Tinggalkan cerita luar..nak cerita pasal bulan pula...Sedar tak sedar sudah sampai kembali bulan Syaaban,masa untuk terus tambah amal dan istiqamah dengan ibadah...bukan bermaksud bulan-bulan lain tidak beramal tetapi di bulan Syaaban ini lipat gandakan lagi...semoga hati besi terus istiqamah...ameen.

Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Apakah yang dimaksudkan dengan syaaban?
Berpecah@ bercerai-berai
Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya.
Pendapat lain pula mengatakan, demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan. Jadi,kesimpulan pengertiannya adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

Apakah amalan-amalan yang digalakkan untuk dilakukan pada bulan ini?
i. Memperbanyakkan puasa sunat.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW :
"Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit."
(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

iii. Bertaubat

iv. Meraikan malam 15 Syaaban@ malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Jadi, marilah kita membudayakan bulan ibadah ini...amal untuk bekal dan redhaNya...

1 comments:

Mabruk huraiannya memberi sikit in-put untuk ana. Mudah-mudahan kita dipanjangkan umur untuk terus beribadah sehingga bulan Ramadhan.
Ana teringat doa rasulullah:
اللهم بارك فى رجب وبلغنا شعبان
ورمضان
Ya Allah berkati kami dalam bulan Rejab dan sampaikan kami ke bulan Sya'aban dan Ramadhan.
Amin Ya Rabb.

REPLY

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates