25 December 2010

Assalamualaikum warahmatullah...
Salam ziarah buat semua,semoga hari yang dilalui hari ini lebih baik dari semalam juga esok lebih baik daripada hari ini.
Alhamdulillah saya telah melalui fasa imtihan yang melayakkan saya bergelar pendidik secara formal..Syukur yang tidak terhingga akhirnya natijah yang diperolehi saya berjaya. Terasa ringan sedikit beban dibahu, walupun hakikatnya perjalanan kerjaya saya masih panjang. Semoga perjalanan selepas ini sentiasa di dalam perhatian Allah taala.
Sementara menanti surat 'posting' saya banyak menghabiskan waktu di rumah, menyelesaikan kerja-kerja berbaki, melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan. Sempat mengulang kembali hobi lama yang dikurangkan selama ini, membaca..
Alhadulillah sepanjang 3 minggu ini saya telah berjaya menghabiskan 3 buah buku genre novel dan 1 buku motivasi, dan dalam target sebelum kerjaya baru bermula, 3 buku genre bebas...semoga usaha saya berhasil :) 

Mu’adz bin Jabal r.a berkata; Belajarlah ilmu kerana;
  • belajar itu hasanat (kebaikan) dan
  • mencari ilmu itu ibadat, dan
  • mengingatinya sama dengan tasbih, dan
  • menyelidikinya sama dengan jihad, dan
  • mengajar kepada yang tidak mengetahui itu sedekah, dan
  • memberikannya kepada yang berhak(ahli) itu taqqarub(mendekatkan diri dengan Allah),
  • sebab ilmu itu jalan untuk mencapai tingkat-tingkat ke syurga. Dan
  • ia yang menjinakkan(menghibur) sewaktu bersendirian dan
  • kawan dalam pengasingan, dan
  • kawan dalam kesepian, dan
  • penunjuk jalan kesenangan,
  • penolong menghadapi kesukaran, dan
  • keindahan di tengah-tengah kawan, dan
  • senjata untuk menghadapi musuh.
  • Allah meninggikan darjat beberapa golongan dengan ilmu itu sehingga dijadikanya pimpinan yang dapat diikuti jejak mereka, ditiru perbuatan mereka,
  • Malaikat suka berkawan dengan mereka, dan mengusap-usap mereka dengan sayapnya dan didoakan oleh semua benda basah mahupun yang kering, dan ikan-ikan di laut dan semua serangga, dan binatang-bintang buas di darat dan laut dan semua ternak.
  • Sebab ilmu itu dapat menghidupkan hati dan kebodohan dan
  • pelita dari kegelapan dan
  • kekuatan dari segala kelemahan dan
  • alat untuk mencapai darjat abrar dan yang baik-baik di dunia dan di akhirat.
  • Dan memperhatikan ilmu itu menyamai puasa, sedang
  • mengingat-ingatinya menyamai bangun malam dan
  • dengan ilmu tersambung hubungan kerabat,
  • dan dikenal halal dari haram, dan
  • ilmu itu penuntun amal, sedang amal tetap menjadi pengikutnya dan
  • ilmu itu diberikan Allah kepada orang-orang yang akan bahagia dan diharamkan dari orang-orang yang celaka dan rugi.

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates