11 December 2010

“Kullu ‘am wa antum Toyyibin”

Kini tiba kembali tahun baru hijrah.Sinonim dengan tahun baru sudah tentu ramai yang memasang azam baru mahupun semangat baru.Ada yang berura-ura tahun baru inilah waktunya untuk melakukan perubahan diri.Alhamdulillah,kiranya begitulah positifnya pemikiran masyarakat Islam kita kini.Sudah tentu kedatangan tahun baru hijrah dianggap begitu penting.Apa tidaknya, kisah hijrah Nabi Muhammad sudah tentu tersorot kembali di benak masing-masing.

Mesej-mesej sahabat kepada saya sempena Maal Hijrah tahun ini saya aminkan,saya panjatkan kembali doa buat sahabat saya.

“Ya Allah, seketika diakhir tahun ini Insya Allah muncul tahun baru yang ceria.Engkau muliakanlah dan sayangilah sahabatku ini.Berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan daripada fitnah, penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh ketakwaan”

“Semoga Allah jadikan Subuh kita cahaya, Zohor kita gembira, Asar kita bahagia, Maghrib kita keampuanan,Isyak kita keberkatan, doa kita diterima, rezeki kita diberkati serta dibukakan kepada kita pintu syurga tanpa sempadan”

Bersempena tahun baru ini juga saya memasang tekad dan azam untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaiknya, berusaha menghindar dosa dan kemungkaran, sebaiknya melaksanakan sunnah Rasulullah.Perkenankan hasratku ini Ya Allah.

“Apabila hati insan mengalami perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain,diri insan itu juga akan berubah ,apabila seseorang individu berubah,ummah jua akan berubah,apabila engkau inginkan perubahan, maka baiki hati manusia dengan mengenalkannya kepada sifat tuhannya.

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates