31 May 2010 Tags: 0 comments

mari kita berdoa

Konvoi Gaza: Malaysia digesa kutuk serangan Israel
Wan Nordin Wan Yaacob
Harakahdaily KUALA LUMPUR, 31 Mei: Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia menggesa kerajaan Malaysia mengutuk tindakan tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang menyerang kapal induk Mavi Marmara yang menyertai konvoi bantuan antarabngsa Gaza.

"Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel," kata pengerusinya, Zulkifli Mohd Nani.

Tambahnya lagi, ianya jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

Bagi Zulkifli, berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa.

Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman, katanya.

Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan, katanya.

Beliau juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

Beliau juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

Pihaknya juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza, katanya.

Selain itu pihaknya menyokong sebarang tindakan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan, katanya.

Seterusnya beliau menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajatbagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Tujuh buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean diserang awal pagi tadi waktu Malaysia.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 16 daripada aktivis di atas kapal tersebut meninggal dunia dan 30 cedera akibat serangan tersebut.

Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan maklumat terkini mendapati kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel.

Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.

Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri.

Utusan Online 31/05/2010 1:23pm
BAITULMAQDIS 31 Mei – Jumlah korban serangan tentera laut Israel ke atas flotila bantuan kemanusiaan meningkat kepada 14 hingga 16 orang hari ini, selepas komando Zionis menaiki kapal-kapal bantuan menuju ke Genting Gaza, dengan tindak balas menentang daripada aktivis pro-Palestin.

Saluran televisyen Channel 10 di Israel melaporkan, enam buah kapal dalam konvoi diketuai sebuah kapal Turki dengan 600 aktivis itu belayar ke Gaza melalui perairan antarabangsa Cyprus semalam. – Reuters

Kepada Allah kami berharap, kerana kami ini tiada kekuatan melainkan pertolongan dari Mu Ya Allah...
Buat semua umat Islam seluruh dunia marilah kita bersama-sama berdoa dengan Qunut Nazilah


Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka

30 May 2010 Tags: , 0 comments

::Jom sertai dan tanda kasih sayang::

Assalamulaikum warahmatullah...
Alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat Allah taala kerana dengan nikmat kasihnya dapat lagi kita mengecapi pelbagai nikmat hari ini.
Apa khabar sahabat-sahabat maya sekelian?harapnya semua dalam sejahtera dibawah lembayung iman dan taufiq dariNya.

Baru ni sempatla hati besi berborak-borak dengan beberapa orang sahabat Nisa' yang berkunjung ke teratakku.Sambil-sambil berziarah tu,bercerita mengenai Malaysia yang semakin panas ni.Sedangkan kekadang hujan lebat melanda juga.
"ni semua sbb musim demam bola ni la..."kata seorang dari kami.
"Apa taknya, banyak sgt benda haram boleh jadi halal..."
Betullah tu.Yang haram tetap haram kalau ianya mmg dah termaktub dalam petunjuk sebenar kita iaitu Quran dan Hadis.

Ermmm..memikirkan hal ini....Siapa yg salah??? Mereka @ kita?

Jadi, apa perlu kita buat?
Jom sama-sama kita sertai kempen Gerakan Membantah Judi...bagi yang berkemampuan sebarkan risalah-risalah yang berkaitan.
Gunakan medium elektronik yg ada ini dengan semaksimum mungkin untuk membuktikan kita benci dengan maksiat.




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa pulak ni??Sekadar selingan...
Selingan ini hati besi nak tujukan khas buat Ukhti Habibati Intan Farhana@ DeeNA...
Siapa deeNA ni? Nak cerita sikit mengenai sahabat merangkap adik saya ni...takpe kan deeNA?? kenal deeNA semasa kami sama-sama nak pergi ke Mesir dulu, yelaa..kami sama-sama dalam satu kapal walaupun tak sama institusi...sampai ke Mesir duduk sama-sama dalam satu rumah pulak..(masa minggu orentasi la) lepas tu kami sama-sama ditauzi'kan ke rumah masing-masing.
deeNA ni seorang yang yang betul-betul menyenangkan...tidak lokek untuk senyum dan  mesra orangnya..saya memang seorang yang beruntung mengenali Intan..
Walaupun sekarang kita dipisahkan oleh Laut China Selatan :) namun ingatan di lembaran ini sudah cukup membuatkan hati besi seolah-olah terasa seperti benar-benar duduk dan mengadap wajah 'cute'nya..."terima kasih Intan kerana sudi singgah di hati besi akak ni"
Oleh kerana dalam blog ini Intan dah bagi banyak award pada hati besi...mcm best sgt je Nur Ilahi ni..jadi entry ni adalah 'tanda kasih sayang' dari hati besi...(nak bagi award tak berkesempatan nak buat :D )
Seseungguhnya hati besi amat menyayangi ukhuwah ini, semoga kita sama-sama menempuh dugaan dunia dengan saadah, berjumpa di jannah sana...ameeen

"ni la award terbaru yang deeNA bagi...cantikkan???syukran daun keladi ye deeNA :)"



28 May 2010 Tags: 0 comments

::Doakan kejayaan konvoi kemanusiaan antarabangsa Gaza ::

KUALA LUMPUR, 27 Mei: “Sama-sama kita doakan kejayaan konvoi ini membantu saudara-saudara kita di Palestin.”

Demikian antara catatan di laman web Lifeline4Gaza semalam mengenai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.

“Insya Allah kami tetap bertekad untuk memastikan barangan ini sampai ke Gaza, walaupun Israel tetap bertegas untuk menghalang. Apakah kami yang membawa bekalan pensil dan pemainan kanak-kanak ini layak digelar pengganas? Ataukah mereka yang menghalang bantuan ini sebenarnya pengganas dan lanun?

“Justeru, sama-sama kita doakan kejayaan konvoi ini membantu saudara-saudara kita di Palestin.”

Lifeline4Gaza melaporkan, dua buah kapal kargo Turki yang menyertai sembilan buah kapal konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza akan membawa antara lain, kelengkapan hospital, ubat-ubatan, peralatan sekolah dan juga bahan-bahan binaan.

Laman web melaporkan media-media di Israel terus membuat pelbagai tuduhan bagi menggagalkan misi konvoi ini.

Namun senarai rasmi barangan yang telah dikeluarkan oleh penganjur utama konvoi petang Selasa, 25 Mei, iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) jelas menunjukkan bahawa kapal-kapal yang menyertai konvoi ini sebenarnya akan membawa keperluan-keperluan asas dan mendesak bagi membantu rakyat Gaza yang saban hari berhadapan dengan maut akibat kekejaman berterusan Zionis Israel.

Keadaan kemanusiaan di Gaza adalah sangat menyedihkan akibat sekatan yang dikenakan oleh Israel sejak lebih lima tahun lalu. Kehidupan di Gaza menjadi semakin mengerikan akibat serangan Operation Cast Lead Israel, di mana hampir semua prasarana dan keperluan asas dimusnahkan. Mereka yang tercedera atau sakit secara umumnya hanya mampu menunggu saat kematian kerana tidak ada kemudahan rawatan dan dihalang daripada mendapat rawatan di pusat-pusat rawatan di luar Gaza.

Di samping sekatan terhadap pergerakan rakyat Gaza ke luar daerah, sebarang bantuan daripada negara luar juga dihalang. Justeru, rakyat Gaza terus cekal dan bersabar hidup di bawah runtuhan-runtuhan tanpa sebarang perhatian daripada dunia luar mahupun negara jiran. Konvoi bantuan kemanusiaan ini diharapkan akan dapat membina semula kehidupan di Gaza.

Ketika menyampaikan taklimat kepada media-media antarabangsa yang akan turut menyertai konvoi tersebut di Stadium Kepez Arena, Antalya, pegawai kanan IHH, Nalan Dal bersama ketua bagi kelengkapan teknikal media IHH, Umit Sonmiz telah menyenaraikan barangan yang akan dibawa oleh kedua-dua buah kapal tersebut, yang masing-masing diberi nama Kapal “Defne Y” dan Kapal “Gaza”.

Kapal “Gaza” akan membawa 2,104 tan simen, 600 tan besi binaan dan 50 tan jubin seramik. Manakala Kapal “Defne Y” akan membawa lebih banyak muatan. Antaranya, kapal ini akan membawa 150 tan besi untuk binaan rakit dan kemudahan dermaga, rumah-rumah mudah-bina (precast homes), 18 penjana kuasa elektrik berkuasa lebih 35KW dan 80 penjana kuasa elektrik di bawah 5KW. Turut disenaraikan adalah kelengkapan untuk taman permainan kanak-kanak seperti gelungsur dan jongkang-jongkit.

Dalam kategori peralatan hospital dan ubat-ubatan, turut disenaraikan alat seperti Ultrasound dan X-ray, katil pesakit, kerusi roda, dan kemudahan rawatan pergigian. Pelbagai jenis ubat-ubatan turut disenaraikan.

Kelengkapan sekolah seperti pensil, pemadam, plastisin, buku tulis juga akan dibawa, di samping keperluan pakaian seperti tuala dan kasut dan juga peralatan memasak dan beberapa jenis makanan.
lawati laman ini

saya amat teruja dengan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza ini sehinggakan hampir setiap detik saya ikuti di facebook, laman berita dan twitter...masakan tidak, inilah sumbangan yang patut kita berikan untuk membantu saudara mara kita di Gaza dan palestin...namun saya, hanya mampu berdoa...

22 May 2010 Tags: , 0 comments

::Sanah Helwah kak sue::


Cute Myspace Generators


Assalamualaikum warahmatullah....
Apa khabar sahabat-sahabat maya di sana? Lama sebenarnya hati besi tak menulis sesuatu, barhadapan di alam maya ni sekadar membaca, memerhati dan mencari bahan-bahan buat pengisian hati dan jiwa ni  ;)

Untuk entri kali ini adalah special dan dedikasi buat ukhti habibati 'ksue' yang berada di bumi suci kinanah yang menyambut ulangtahun kelahirannya semalam...SANAH HELWAH KSUE...bukan tak ingat nak ucap semalam, tapi topup internet dah habis la ksu...maaf ye lambat wish :D
Semoga segala kebaikan Allah anugerahkan buat ksue, diberkati usia dalam ketakwaan dan keimanan, disinari rahmat dalam kehidupan, sentiasa ceria dan gembira.

"kak sue,kek ni koi buat semalam ;) kongsi dgn faten, aniq n sape2 la ye..."

"Ya Allah, berikanlah kami kesempatan waktu untk memohon dariMu..anugerahkanlah kejayaan dlm peperiksaan buat ukhti habibati suniza sahbudin ..anugerahkanlah kejayaan kpd smua rakan2 kami..jgn ada antara mereka yg sedihnya sendirian..andai telah tulis d luh mahfuz akan kegagalan mereka, maka ubahlah menjadi kejayaan..Engkau yg Maha Agung, mudah-mudahan keputusan peperiksaan meeka kali ini lbh cemerlang dari sebelumnya..Kejayaan mengiringi mereka..berkatilah ilmuMu kpd kami semua agar dpt d manfaatkan ke jln Mu yg di redhai..aminn.. "

21 May 2010 Tags: 0 comments

Lesen Judi Bola Sepak : Suatu Alasan Untuk Dihalalkan?

Perkongsian dari lawan web http://www.pmram.org/

Menjawab isu “judi bola sepak” yang hangat diperkatakan dan diperdebatkan di Malaysia, Markaz Pengumpulan Hasilan dan Kajian PMRAM (MANHAL) telah mengkaji isu ini dan akan menyebutkan pendapat ulamak serta pendirian PMRAM terhadap masalah ini.
1) Hukum bermain atau terlibat dengan perjudian adalah HARAM di sisi agama Islam. Bahkan para ulamak mengklasifikasikan jenis haram ini adalah haram secara qat’ie. Hukum ini adalah berdasarkan firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Maidah, ayat 90.

Maksudnya : ”Wahai orang-orang yang beriman,sesungguhnya minuman keras, berjudi, (bekorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilan perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung”. Ayat di atas merupakan dalil yang jelas mengatakan bahawa pertaruhan dan judi merupakan perkara yang dilarang secara qati’e menurut syarak. Imam Al-Qurtubi menjelaskan bahawa Allah s.w.t telah mengharamkan pertaruhan dan judi berdasarkan firman-Nya : “Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu”.

Selain dalil Al-Quran di atas para ulamak juga bersepakat tentang hukum ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w serta ijmak ulamak. Ia adalah perkara usul yang melibatkan aqidah serta pegangan kita selaku umat Islam. Berdasarkan dalil ini, mereka yang menghalalkan perkara yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t dengan sengaja adalah terkeluar daripada agama Islam.

2) Melihat kepada konteks Malaysia selaku negara yang mempunyai majoriti umat Islam, perkara ini seharusnya tidak berlaku. Bahkan jika dikaji, setiap agama yang wujud juga melarang penganutnya daripada berjudi, kerana akibat serta kesannya kepada masyarakat amatlah buruk serta bahaya.

3) Amalan berjudi hanyalah akan melahirkan masyarakat yang hilang pedoman serta pertimbangan hidup, menggalakkan berlakunya permusuhan dan menghilangkan keberkatan hidup daripada Allah s.w.t. Maka tindakan pihak berwajib memberikan lesen judi kepada syarikat BERJAYA secara tidak langsung telah membuka ruang berlakunya kebejatan akhlak serta keruntuhan moral dikalangan masyarakat Malaysia.

4) Alasan yang digunakan adalah ‘untuk mengawal pertaruhan haram berlaku’ seolah-olah memperolokkan agama. Firman Allah s.w.t pada surah Al-Baqarah ayat 229 : “Itulah hukum-hukum Allah , maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim”.

5) Maka tindakan yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia ternyata menyalahi dan melanggar nilai moral agama. Hukum berjudi tetap tidak akan menjadi halal walaupun dengan cara memberi lesen. Kita boleh analogikan isu ini seperti hukum memakan babi. Adakah ia akan menjadi halal sekiranya kita menyembelih mengikut lunas Islam? Maka sudah pasti hukumnya tetap haram.

6) Oleh itu PMRAM menyeru kepada semua pendokong-pendokong Islam untuk bangkit dan menyatakan kebenaran terhadap isu yang berlaku ini. Kita tidak inginkan masyarakat Malaysia terjebak dalam perkara-perkara maksiat seperti ini. Semoga Allah s.w.t merahmati perjuangan kita untuk menegakkan kalimahNya di muka bumi ini.
sila layari sini

yang halal itu nyata dan haram itu juga nyata

::Facebook menghina Rasulullah::

KAHERAH, 20 Mei - PMRAM hari ini mengutuk dan mengecam tindakan pihak halaman sosial “Facebook” yang mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. PMRAM juga memandang perkara ini serius dan ianya melibatkan perkara penghinaan yang berat ke atas baginda Rasulullah SAW.

Bahkan penghinaan yang dilakukan ini bukanlah perkara baru. Sebelum ini juga sebagaimana yang diketahui karikatur yang dilukis oleh seorang pelukis Denmark jelas menghina baginda SAW.

Namun kali ini penghinaan yang dilakukan melalui Facebook memandangkan komuniti yang berada di dalamnya sangat besar dan paling disukai ramai ketika ini. Hal ini merupakan jenayah cyber yang digunakan oleh pihak musuh Islam untuk membangkitkan kemarahan umat Islam.

Sehubungan dengan itu, Islam Today telah melaporkan Kerajaan Pakistan telah diarahkan untuk menutup laman web sosial di Pakistan sehingga 31 Mei. Pertandingan ini telah digerakkan oleh sebuah kumpulan dalam laman web facebook untuk memburukkan Islam yang dijadualkan berlangsung pada 14 sehingga 20 Mei.

Perkara penghinaan kepada Rasulullah adalah perkara yang melibatkan kesucian Islam. Dan ianya telah dikotori oleh tangan-tangan jahat untuk memburukkan Islam dan Rasulullah SAW. Kumpulan tersebut telah menggunakan facebook sebagai mempromosi rancangan jahat mereka, sekali pengguna melayari dan memasuki halaman web Facebook (selagi mana halaman Everybody Draw Mohammed Day! ada) maka ianya telah menyumbang sebanyak $5 kepada kumpulan Yahudi tersebut.

Maka, apabila pengguna Facebook mendaftar masuk ianya sekaligus telah menyumbang kepada penghinaan kepada Rasulullah SAW.

" Medium penyebaran media merupakan satu wasilah yang sangat luas pada ketika ini. Kita khuatir sekiranya medium ini disalah guna, maka akan menimbulkan kontroversi yang negatif. Kita meminta agar ahli mengambil berat akan perkara ini dan sama-sama mengecam akan tindakan yang biadap tersebut " ujar Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM, Saudara Mohd Faizzudin Ghazali.

Justeru, PMRAM mengharapkan kepada seluruh ahli yang mempunyai akaun halaman facebook agar dapat menutup sementara waktu halaman web sosial tersebut sebagai tanda protes dan tidak bersetuju kepada penghinaan kepada baginda Nabi Muhammad SAW.

Sila layari sini

adakah kita benar sayangkan Rasulullah???apakah tindakan Kita???

17 May 2010 Tags: 0 comments

::Selamat Hari Guru::

Lukmanul hakim berkata:"Berterima kasihlah pada orang yang memberi sesuatu kepadamu dan berilah sesuatu kepada orang yang berterima kasih kepadamu.


Terima kasih buat para guruku,sifu dan murabbi atas usaha pengajaran, didikan, dorongan dan tauladan buat diri ini...

  • Emak dan abah semenjakku mengenal dunia hingga kini
  • Cikgu,Sir,Ustaz dan Ustazah di Sek Keb Bukit Bota Chenor
  • Muallim dan Muallimah di Sek Men Agama Chenor
  • Juga di Sek Men Agama Al Khairiah Temerloh
  • Murabbi dan Murabbiah di Darul Quran JAKIM
  • Syeikh dan Syeikhah di Ardil Kinanah
Lukmanul hakim berkata: Tidak ada kebaikan yang kamu miliki sekiranya kamu mempelajari sesuatu tetapi tidak kamu amalkan.Keadaan seperti itu ibarat seseorang yang mengumpul kayu bakar lalu mengikatnya dalam satu ikatan.Kemudian dia cuba membawanya namun tidak mampu membawanya.Anehnya dia menambahkan ikatan itu dengan ikatan yang lain.


Dan daku...berusaha menjadi sifu, cikgu, muallim juga murabbiah
  • puteriku Aufa Hannan Muhamad Fauzi
  • anak didikku di sekolahku
  • mereka-mereka disekeliling yang memerlukan aku
Insyaallah biiznillah...

"Ambillah bekalmu dari dunia untuk mencapai cita-citamu. Nafkahkanlah kelebihan hasil usahamu.Janganlah kamu menolak dunia sama sekali sehingga kamu menjadi tanggungan dan bebanan orang lain.

09 May 2010 Tags: 0 comments

::Selamat Hari Ibu::

Dari Ibu
musim berganti menggamit memori
membuai seuntai kenangan
ranjau berduri telah kau tempuhi
tabah hidup sendirian
sering terimbau sewaktu bersama
senda gurau manis bicara
usahlah ditangisi insan yang telah pergi
kaulah pengganti suami
engkau ratu disanubari
menjalar ditiap urat nadi
nasib begini tak kau kesalkan
tuhanlah sandaran harapan
pasrah ketentuan
andainya taufan kecewa kau biarkan
warna pelangi tak muncul lagi
berkat kesabaran serta pengorbanan
kini hidupmu berseri
deraian air mata bertemu dipipinya
melihat anak-anak yang berjaya
tuhan hanya menduga kesusahan yang tiba
mesti tak akan selama-lamanya

Untuk Ibu
Ya Allah,wanita ini adalah seorang ibu yang cantik, kuat, sabar dan saya menyayanginya.Kau tingkatkanlah kehidupannya dgn rezeki yang berkat, kau rahmatilah setiap langkahnya dalam mencari rezeki keluarganya.Kau bersihkanlah hatinya...kau kuatkanlah imannya...kau peliharakanlah dia dari fitnah..Amin Ya Rabbal Alamin
SELAMAT HARI IBU UNTUKMU..TErIMA KASIH EMAK...

03 May 2010 0 comments

::Sanah Helwah::

Dedikasi buat adikku Sumayyah dan anak saudaraku Siti Nor Adilah....

Sanah Helwah Ya Jamilah
Iringan doa ku hulur
bersyukur kepadanya
Atas nikmat usia..


Usia yang telah dianugerahkan ini
Kau hiasilah ia dengan amalan yang murni
Semoga ia menjadi bekalmu di akhirat sana






Peringatan bersama
Sabda Nabi Muhammad SAW :
“Belum lagi hilang jejak telapak kaki seorang hamba pada hari kiamat, sehingga kepadanya telah diajukan empat pertanyaan :
1. Dari hal umurnya, kemana dihabiskan
2. Dari hal tubuhnya, untuk apa dipakainya
3. Dari hal ilmunya, apa yang sudah diamalkannya dengan ilmunya
4. Dari hal harta, dari mana diperolehnya dan untuk apa dibelanjakannya”
 (HR. Tirmidzi)

Pesan Nabi Muhammad SAW mengenai penggunaan segala kesempatan dalam hidup ini sebagai berikut,
“Pergunakanlah lima hal sebelum datangnya lima hal:
1. Pergunakanlah sehatmu sebelum datang sakitmu
2. Pergunakanlah lapangmu sebelum datang kesempitanmu
3. Pergunakanlah mudamu sebelum datang tuamu
4. Pergunakanlah kayamu sebelum datang kemiskinanmu
5. Pergunakanlah hidupmu sebelum datang kematianmu.”
(HR. Bukhari)


Kewajiban Muslim Terhadap Waktu
1. Menjaga dan memanfaatkan waktu
2. Tidak mensia-siakan waktu
3. Mengisi kekosongan dengan perbuatan yang mendatangkan kebaikan
4. Berlumba-lumba dalam kebaikan (QS. Al Baqarah (2) : 148)
5. Belajar dari perjalanan hari demi hari (QS. An Nuur (24) ; 44)
6. Mengatur waktu
7. Bagi tiap waktu ada aktiviti tertentu
8. Memilih waktu-waktu yang istimewa


.

.