29 June 2010 0 comments

::Mata siapa yang tidak pernah menangis::

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itudan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang
ALLAHUAKBAR!


24 June 2010 Tags: 0 comments

::integriti dan kemanusiaan::

Assalamualaikum warahmatullah...
Salam bersiaran lagi di alam maya, semoga saya dan kalian di dalam barokah dan kasih sayang Allah...
Alhamdulillah hampir seminggu saya melalui kembali alam kerjaya yang penuh mencabar.Antara kesabaran, kecekalan, semangat dan azam yang kuat berlegar-legar di dalam diri ini.
Sesungguhnya saya bukan sahaja berada di satu proses pendidikan, tetapi juga melalui satu proses perorganisasian.Selain bertungkus-lumus memantak dan memahat bahasa Al-Quran ini di kain putih bersih itu, saya juga perlu melangsaikan dokumentasi yang dipertanggungjawabkan.Nampaklah seolah-olah kerjaya ini ibarat kerja 2 dalam satu. Memang agak penat dan memeningkan bagi saya yang masih setahun jagung ini. Namun semangat yang bertunas hari itu saya perlu kekalkan. Saya tidak patut berpegang kepada minat semata-mata, tetapi saya patut memikirkan amanah yang terpundak dibahu.
Sempat saya berbual dengan bos nombor satu di office, selaku orang lama dalam dunia pendidikan dia mengingatkan saya, apabila telah berada di dunia ini ibaratnya kita telah cuba menyelamatkan satu generasi malah generasi yang berikutnya. Tugas yang tergalas ini perlu diletakkan tempat yang utama melebihi kepentingan peribadi...ibarat katanya utamakan integriti dari kemanusiaan...beliau ada hujah tersendiri namun saya akui sedikit sebanyak apa yang diutarakan itu ada betulnya demi kebaikan semua. Namun bagi saya,integriti dan kemanuasiaan sama nilainya..andai tiada nilai kemanusiaan dalam diri seorang pendidik, maka tiadalah nilai ihsan dalam didikannya..mungkin sahabat di sana ada pendapat sendiri..silalah utarakan? :)
Apapun...tugas sebagai pendidik memanglah suatu tugas yang tiada noktahnya.Selagi ada hayat, tugasnya sentiasa berjalan..nilai dan matlamat utama bukanlah ingin melihat anak didiknya berjaya di dalam pelajaran semata, namun pendidik mampu tersenyum lebar andai anak didiknya menjadi manusia yang berjaya dengan nilai moral dan akhlak mahmudah sesuai dengan syaksiah muslim yang sebenar...wallahu 'alam.

20 June 2010 Tags: 1 comments

::selamat hari bapa::

Assalamualaikum warahmatullah...
salam ziarah buat semua,semoga Allah merahmati kita semua...
Cuti sekolah 2 minggu terasa cepat berlalu.Sedar tak sedar esok aku mula menjalankan tugas.Semoga hati ini terus kuat dan bersemangat untuk melalui praktikum 12 minggu.

Bersempena cuti yang dah sampai ke hujung ni, ku mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat semua pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada cuti ini.Barakallahu lakuma wabarik alaikuma wa jamaa bainakuma fil khair.
First:Buat sepupuku Mujahid dan isteri Aishah Atikah..alfu mabruk buat kalian.
Ku tak berkesempatan untuk hadir walimah, apapun hati ini tetap hadir bersama kalian beserta iringan doa.apapun ku menghantar wakil je,si kecilku Aufa :)
Buat sepupu juga Kak Rosni dan Syuhada dengan pasangan masing-masing ...semoga mahligai yang dibina kekal sepanjang hayat.Walaupun dapat hadir majlis walimah hari tu,tapi tak sempat jumpa pengantin..terpaksa berkejar untuk ke Bangi.

mama dan aufa nak pergi kenduri...gambar blur sbb jurukamera amatur..hihi..jgn marah ye ayah andak :D
Juga buat pengantin semalam...sempat dah aufa jumpa kedua-dua pasangan pengantin..cuma tak ada ambil gambar semua pengantin je :)Tahniah ye buat Syukri dan pasangan juga Azlan bersama pasangan...
pasangan syukri dan rina di Kg Sekara

suasana kenduri di kg jengka batu 13

Hari ini pula, Selamat hari Bapa buat semua bapa-bapa di seluruh dunia...khas buat abahku Jusoh bin Mohd Salleh,terima kasih atas segalanya.

Cerita sedikit mengenai abah saya ni...masa muda-muda abah memang agak garang orangnya..lebih-lebih lagi abah tegas dalam bab-bab agama.Saya masa kecik-kecik memang baik sangat :D..kekadang agak culas nak solat..bila abah tahu yang saya pura-pura solat dalam bilik...apa lagi? dapat hadiah free la saya,rotan seurat...aduh...
Bukan sekali dua abah bagi hadiah free pada saya, setiap kali saya buat salah...setiap kali itulah saya diajar..bukan setakat rotan..hanger, tali pinggang malah gunting pun pernah kena..huhu
Cerita mengenai gunting ni...saya juga yang salah..saya kan baik?:D jadi suatu hari saya dengan suka hati mengambil barangan alat solek mak andak saya(adik emak)..saya ambil dan buat main masak-masak...kan pandai tu?hehe..bila abah dapat tahu,apa lagi..tangan saya kena ketuk dengan gunting...tak la sampai luka,tapi sakit la juga..dan seharian saya kena kurung dalam bilik...aduh..sekali lagi :)
Itulah alkisahnya.banyak lagi sebenarnya cerita-cerita manis sebegini dalam hidup saya tetapi tak sempat nak cerita semua :)..nampak macam garang sangat kan abah saya?tetapi saya bersyukur...andai satu masa dulu abah saya tidak sebegitu...membiarkan saya tidak solat, hanya memandang saya tidak menutup aurat atau malas mengaji..tak tau la apa jadi pada saya sekarang...Namun, abah saya kini sudah tidak seberapa berdaya lagi dan tidak garang seperti dahulu.
mak dan abah tersayang
Terima kasih sekali lagi abah...saya beruntung ada ayah seperti abah.Semoga Allah terus merahmati hidup abah.
sayang abah selamanya..

18 June 2010 Tags: 0 comments

::Yang lalu biarkan berlalu::

Salam ziarah,semoga semua sentiasa ceria..
Sekadar perkongsian buat hati-hati yang sedang bersedih.Petikan dari kitab La Tahzan(Jangan bersedih)Pengarang:Dr 'Aidh al Qarni.

sekadar gambar hiasan..tapi LRT ni tak terus ke depan, ia sentiasa undur dan maju :)

Yang lalu biar berlalu
Mengingat dan mengenang masa lalu, kemudian bersedih atas nestapa dan kegagalan merupakan tindakan bodoh dan gila.Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, memupuskan tekad dan mengubur masa depan yang belum terjadi.
Bagi orang yang berfikir, bekas-bekas masa lalu akan dilipat dan tidak pernah dilihat kembali.Cukup ditutup rapat dan disimpan dalam 'ruang' penglupaan, diikat dengan tali yang kuat dalam 'penjara' selamanya. Atau diletakkan di dalam gelap yang tidak ditembusi cahaya. Yang demikian kerana masa lalu itu telah berlalu dan habis. Kesedihan tidak akan mampu mengembalikannya lagi, keresahan tidak akan sanggup memperbaikinya kembali.Kegundahan tidak akan mampu merubahnya menjadi terang dan kegalauan tidak akan dapat menghidupkannya kembali kerana ia memang sudah tidak ada.
Jangan hidup dalam mimpi buruk masa lalu atau hidup bawah payung gelap masa silam.Selamatkanlah diri anda dari bayangan masa lalu! Apakah anda ingin mengembalikan air sungai kehulu, matihari ke tempatnya terbit, seorang bayi keperut ibunya, air susu ke ibunya atau air mata ke kelopaknya? Ingatlah kedukaan anda di masa lalu, keresahan anda ke atas apa yang terjadi, keterbakaran emosi jiwa anda oleh api panasnya, dan kedekatan jiwa anda pada pintunya adalah kondisi yang sangat naif, ironis, memprihatinkan dan segali gus menakutkan.
Membaca kembali lembaran masa lalu hanya akan memupuskan masa depan, mengendurkan semangat dan mensia-siakan waktu yang sangat berharga. Dalam Al Quran, setiap kali usai menerangkan keadaan suatu kaum atau apa sahaja yang telah mereka lakukan, Allah selalu mengatakan "itu adalah umat yang lalu" begitulah,ketika suatu perkara habis berlaku maka selesailah urusanNya.Dan tidak ada gunanya memutar kembali bangkai zaman dan memutar kembali roda sejarah.
Orang yang berusaha kembali ke masa lalu tidak ubah seperti orang yang menumbuk tepung atau yang menggergaji serbuk kayu.
Nenek moyang kita dahulu selalu mengingatkan orang yang meratapi masa lalunya 'janganlah engkau mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya'  dan kononnya kata orang yang mengerti bahasa binatang, sekawan binatang sering bertanya kepada seekor kaldai "mengapa engkau tidak menarik gerobak?" "Aku benci khayalan" jawab kaldai.
Adalah bencana besar jika kita rela mengabaikan masa depan dan sibuk dengan masa lalu. Itu sama halnya dengan kita mengabaikan istana-istana indah dengan sibuk meratapi astaka-astaka yang telah reput. Padahal, jika seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan masa lalu, nescaya mereka tidak akan pernah mampu kerana semua itu adalah mustahil.
Orang yang berfikiran jernih tidak akan melibas dan tidak akan menoleh ke belakang walaupun sedikit. Kerana angin akan terus menghembus ke depan, air akan terus mengalir ke depan, setiap kafilah akan berjalan ke depan, dan segala sesuatu bergerak maju ke hadapan. Maka janganlah melawan sunnah kehidupan...

16 June 2010 Tags: 0 comments

::Dari dunia pendidik::


ku lebih gembira di sini...gambar snap sewaktu menapak mencari atm huhu..cian kan? :)

Salam ziarah sekali lagi di lembaran ini...
Menghitung hari yang berbaki di IPG ini, terasa tidak sabar untuk pulang menemui mereka-mereka yang dirindui lebih-lebih lagi si comelku Hannan.
Dua minggu menapak dalam gedung ini, pelbagai perkara dilalui.Khazanah ilmu masih perlu dikutip setelah sekian lama tidak berteleku dengan telinga dan otak dibuka luas-luas.Betul, andai otak dan minda tidak bekerja dengan memikirkan sesuatu setiap hari, lama kelamaan ianya akan tumpul dan beku.Maka, sekarang masa untuk mengasah kembali agar minda sentiasa bekerja.
Penangguhan yang dilalui sedikit masa dulu agak meninggalkan impak juga. Akibatnya aku terpaksa menapak dalam keletihan mencari pensyarah-pensyarah yang bakal mengutip hasil kerjaku untuk memberikan markah. Andai aku tertinggal ini, impak yang lebih besar terpaksa aku lalui nanti, sama ada tidak dibenarkan untuk masuk ke dewan periksa atau terpaksa melalui kelas lagi. Lebih baik aku berpenat-penat sekarang daripada rugi kemudian hari :)

Setulusnya aku gembira di sini...sekurang-kurangnya ku tinggalkan kenangan silam yang bercorak dengan warna-warna pelangi dan terus melalui kehidupan baru. Cuma hati perlu terus melalui hari-hari mendatang dengan penuh cekal dan iltizam, terus bersemangat untuk melaksanakan 'dakwah fardhiah' kepada si kecil yang baru mengenal dunia nanti...impianku kini...pendidik bukan guru...:D


sempat snap waktu kuliah blangsung :)

Sekadar catatan pendek lagi...

11 June 2010 Tags: 0 comments

::rancang::

Assalamualaikum warahmatullah...
Alhamdulillah sekali lagi saya berpeluang untuk mencoret di lembaran ini, sedang mata ini sedang lali melayan kantuk...semalam saya tidak dapat memejamkan mata.Hati sentiasa teringatkan Aufa...entah bagaimana keadaan Aufa waktu itu?menangiskah dia atau tidurkah?
Saya tahu tok, aki dan ummi Aufa (kak de saya) melayan Aufa dengan sepenuh perhatian...terima kasih buat semua yang begitu mengambil berat dan sama-sama bersusah keranaku.
Namun, itulah naluri seorang ibu...saya pasti semua ibu-ibu juga akan dilanda resah jika begini keadaannya..namun, saya perlu kuat..demi sebuah kehidupan yang fana, mengutip kehidupan dunia bagi menuai hasil di akhirat sana.

Erm..lagi-lagi tentang hati..jom ubah topik pula...tentang apa ye?
Seminggu lagi saya akan menjalani praktikum di sekolah yang sama. Sudah tentu kehidupan akan semakin penuh, dan kerja akan menjadi bertimbun-timbun...ditambah dengan assignment yang banyak perlu diselesaikan segera..."Ya Allah,berikan daku kekuatan untuk menghadapi semua ini..." bukan itu sahaja yang perlu difikirkan...tugas luarku bagaimana? Ada yang kata perkara itu perlu diletak tepi dahulu...namun saya tahu 'feqh aulawiyyatnya' dan saya tahu kenapa saya perlu juga mengutamakan yang itu...semuanya adalah kerana ianya amanah...
amanah dari siapa ni?orang lain kan ramai lagi?
Ya Allah,siapa lagi yang paling berhak memberikan amanah kalau bukan pencipta kepada hamba ini.
Tugas sebagai pendidik amanah, tanggungjawab pada masyarakat juga amanah, anak juga amanah..malah bermacam-macam lagi amanah...
jadi apa perlu buat?
Kena merancang la...rencana dan susun jadual hidup...kebaikan yang tidak dirancang akan kalah kepada kejahatan yang berperancangan..namun perlu yakin...manusia merancang, Allah juga yang menentukan...
Semoga Allah taala merahmati dan terus memberikan ilham juga kekuatan bagi kita semua dalam merancang kehidupan...
Dunia adalah ladang akhirat...

09 June 2010 0 comments

::Salam dari IPIS::

Assalamualaikum warahmatullah...
Alhamdulillah,syukur yang tidak terhingga dirafa'kan ke hadrat Ilahi atas nikmat inilah kita semua dapat menikmati udara hari ini..dapat juga saya mencuri masa untuk mencoret lagi di sini...dan syukur yg tidak terhingga juga atas nikmat Islam yg benar ini.


Alhamdulillah...hari ini genab 2 hari saya di IPG KPI Bangi...terasa masa yang berlalu begitu cepat dan amat-amat mencemburui kita.Alhamdulillah saya sudah mula menyukai tempat ini :) terasa tidak susah untuk meneruskan pengajian di sini..suasana yang baik dan kelas yang menyeronokkan...:)


Setulusnya jadual yang diberikan agak padat juga, amat-amat berbeza dgn masa 60 hari masa saya merehatkan badan dahulu :) Terasa juga agak penat dan lesu..Namun sebenarnya, realiti seorang  pejuang, tidak kenal erti penat dalam hidupnya...demi hidup mulia yang diredhai atau mati sebagai syuhada'...Wah! besar cita-cita itu....:)


Namun, saya tetap perlu teruskan semangat yang ada ini, mungkin kerana hati bahagia jadi penat terpaksa berkejar ke kelas terus dilupakan...Walau hati saya kekadang terfikirkan puteri kesayangan yg ditinggalkan,namun saya terpaksa kekang semua itu..Alhamdulillah saya ditempatkan bersama-sama 11 orang siswi dan 6 siswa di dalam satu kumpulan..semoga perkenalan ini membuahkan mahabbah dan rahmah dariNya...


Teringat kakak kesayangan ksu dan sahabat-sahabat yg dirindui di Maahad Qiraat Mansoura yang akan menduduki imtihan syahadah esok...Kamilah, Ainun, Athirah, Aini, Suhaida, Anita,Jannah dan semua (maaf andai tak tersebut nama)

Bittaufiq wan najah fil Imtihan..semoga kejayaan menjadi milik semua...Allah bersama-sama kita..jadikan imtihan dunia ini sebagai wasilah untuk mendapat redha Allah...tidak salah andai sebelum ini kegagalan itu berlaku namun ianya kegagalan yang bermaruah.Ianya bukanlah suatu kegagalan sebenarnya,namun hanyalah kejayaan yang belum dicapai...yang penting ilmu yang dikutip itu dapat menjadi ladang untuk kita tuai di masa depan...
jangan mengalah sebelum sampai ke medan..gunakan senjata yg ada sebaiknya...
Terus mara dan terus mara...:)


Sekadar entri yang pendek..lain masa saya bercerita lagi pengalaman di sini, badan perlu rehat untuk misi hari esok...(saya kena jadi pensyarah pulak esok ..doakan saya ye:) 


Salam sayang dari bumi bangi,

06 June 2010 Tags: 3 comments

::6 Jun::

Assalamualaikum warahmatullah...
Puji-pujian disandarkan pada Allah, pengurnia segala nikmat..Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad s.a.w...
Sebenarnya memang telah merancang untuk pos entri hari ni...jadi sedaya-upaya saya coretkan buat diri ini juga sahabat-sahabat yang sudi membacanya...sememangnya mata ini mmg payah utk dilelapkan..perasaannya sama seperti malam 6Jun 2009 :)
Apa yang special sgt hari ni? Mungkin pada orang lain tarikh 6 Jun ni biasa je, mungkin juga ada menyambut hari lahir pd hari ini...(Selamat Hari Lahir dari hati besi :D ) atau pelbagai lagi event yg tidak boleh dijangkakan :)
Bagi hati besi, hari ini saya akan berangkat meninggalkan bumi Chenor utk menyambung semula pelajaran yang tertangguh...sungguh hati ini amat berat untuk pergi lebih-lebih lagi terpaksa meninggalkan si kecil Aufa bersama tok dan aki.Namun semua itu tetap perlu ku gagahi demi mencari sesuap rezeki...Harapnya Aufa memahami.
"Semua ini mama lakukan untuk masa depan kita juga Aufa.Lebih-lebih lagi mama sekarang ketua keluarga kita..pengganti tempat arwah baba yang telah tiada."
Sempat semalam ku berbicara pada Aufa,dialah satu-satu amanah abang kepada saya yg akan saya jaga sebaiknya..mengikut acuan sebenarnya.. dia memandang dengan penuh sayu seolah-olah memahami rasa hatiku..namun kau belum mengerti rencah dunia anakku..
...dan malam ini, aku sekali lagi dilanda sebak..."Ya Allah,kuatkan hatiku..."



saat terindah mama bersama arwah baba :)



6 Jun 2009 ialah tarikh aku selamat diijabkabulkan dengan arwah suamiku Muhamad Fauzi Bin Azizan..masih terbayang diruang memori ini saat itu..dan hari ini genab setahun peristiwa itu..(klu dlm bahasa org putihnya anniversary)..namun perjalanan hidup kami sebagai suami isteri hanya seketika sebelum dia kembali kepada pemilik sebenar.Aufa, tidak mengenali babanya...
Alhamdulillah, Allah memberiku peluang untuk merasai hidup sebagi isteri kepada seorang insannya yang baik..juga menganugerahku sebuah title yg mulia sebagai ibu...syukran lillah..
Dan Aufa, masih ada aki yg menyayangi, ada tok wan yang sentiasa mengambil berat, ada papa utk aufa menumpang senyum, ada abah yang begitu baik, ada abi yang kelakar, dan ada atok yang jauh...:) "Ya Allah, beruntungnya aufa"


cian aki kepenatan menjaga aufa,sampai tertido hi2

Sememangnya tarikh ini merupakan saat manis untuk dikenang, namun hati kekadang tidak betah menyimpan rasa..saya tidak pernah melalui ulangtahun perkahwinan ini dan tidak akan melaluinya lagi...
Cuma yang selalu saya ingati dan kenang
-kata-kata nasihat abang menegur saya...dan saya pakai sampai kehari ini
-persoalan hukum yang abang uturakan pada saya, saya tahu abang menguji saya...dan abang menerangkan kepada saya selepas itu
-tazkirah abang kepada saya, tatkala selepas solat dan kita sama-sama mentelaah kitab bersama-sama
-saat kita mengulang Al Quran dan abang menebuk hafalan saya
-saat abang menasihati saya jika saya terleka..
Semoga segala kebaikan abang, akan dikira jariah di sisi Allah..

"Ya Allah, Engkau ampunilah dosa-dosa arwah suamiku, dan Engkau tempatkanlah dia bersama-sama para syuhada dan solehin di syurga..ameen.."

Pagi esok...hari baru buat hati besi..semoga hati ini juga terus bersemangat...tempat baru dengan saya tidak mengenali sesiapa...namun,saya tidak peduli...
...kau teruskanlah kehidupan...

01 June 2010 Tags: 2 comments

::Monolog hati::

Semalam yg berlalu...
Entah kenapa hari ini hati ini benar-benar disiat sayu...sedari pagi saya hanya menahan sendu, menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti menahan agar kantung air mata ini tidak merembesnya keluar.entah apa yang saya fikirkan sehinggakan jantung saya turut menahan esakan, sesak lagaknya.
Saya merebahkan tubuh disamping si kecilku yg sedang nyeyak.Merenung wajahnya yang lembut...


Dia datang dengan senyuman,menghulurkan tangannya kepada saya dan saya menyambutnya...bersama saya budak perempuan yg comel lengkap bertudung.Saya kenal wajah redup dia yg menghulurkan tangan itu.Mukanya penuh berseri.Kami bertiga bergandingan bersiar-siar di taman yang sungguh indah.Diwajah kami semua terukir senyuman paling manis...


Saya tersentak...Ya Allah,saya bermimpi lagi...namun air mata yg tumpah saya seka, memandang si kecil yg tetap pulas tidur.
Ya Allah, saya rindukan dia yang telah pergi...patutkan saya terus merinduinya?


"Ya Allah..Engkau Maha Mengetahui isi hatiku..sesungguhnya aku hambamu yang lemah, tiada kudrat melainkan pertolongan Engkau Ya Allah..tidak berdaya untuk menepis rasa hati ini..namun aku bukan tidak redha dengan ketentuanMu..bantulah aku Ya Allah dalam meneruskan kehidupan..mudahkan perjalananku yang bakal dilalui..Ya Allah engkau jadikanlah rinduku pd hambaMu yg akan fana sebagai pemangkin kepada cintaMu Ya Allah, semoga hambaMu yg kurindui ini ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang terdahulu yang Engkau kasihi, tempat mereka di JannahMu..Ya Allah, jadikanlah anakku seorang anak yang solehah yang menjadi jariah buatku dan buat insan yang kurindui itu..Ya Allah Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..ameen.."


Saya tahu dan yakin, doa orang yg hidup terhadap mereka yang telah menemui tuhannya akan sampai juga..


Apabila meninggal seseorang anak Adam akan terputuslah amalannya melainkan 3 perkara:
1-Sedekah jariah
2-Ilmu yang bermanfaat
3-Anak soleh yang mendoakannya

Menelan air liur pahit yg sudah lama ku kumpulkan. Tidak mahu telan, mulut sudah berbuih kebencian, hendak dibuang terasa amat sayang. Kepahitannya mengalir hingga ke darah tulang, menjadikan aku patah sayap kanan, luka tiada rawatan. Ku dongak ke langit melihat kebiruan, memerhatikan awan yg suka brjalan2, melihat padang pasir yg luas terbentang, hatiku berkata: Allah mampu menyelesaikan, Dia memahami jiwa yg kelam.Kuatlah jiwa demi mereka yg kau sayang..

.

.