28 December 2010 Tags: 1 comments

Tak pandai meluah rasa,namun hati terluka
Hendak dipinggir tapi naluri peduli
Susah duduk di tengah-tengah persimpangan
Namun diri juga yang menanggungnya...
Tiada teman pelempias rasa
Jika pun masih wujud jua, aku tetap begini
Sabarlah duhai jiwa
Susah,derita,sengsara
hanya DIA yg berhak dirintih....

26 December 2010 Tags: 0 comments

::Sanah Helwah::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya juga kita masih diberikan pelbagai nikmat terutama nikmat usia dan udara yang dihirup hari ini…Alhamdulillah kiranya usia yang dianugerahkan ini perlulah digunakan sebaiknya dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah taala.

Hari ini dihitung-hitung gelaplah setahun lagi ku telah lalui perjalanan hidup.Bagiku,ianya tahun yang penuh dengan warna-warni kehidupan ..

Awalnya tahun kedukaan bilamana abang dijemput ilahi..menyebabkan ku sedar kematian mengundang bila-bila masa.Masih teringat-ingat pesanan-pesanan abang juga hadiah terakhir pemberian abang..Namun hadiah paling bermakna dari abang tidak akan ku sia-siakan malah akan ku pelihara mengikut acuan sebenarnya, semoga menjadi Wanita Solehah anakku…Aufa Hannan.

Hadiah terakhir pemberian abang...sudah beberapa kali khatam :)

Ditengah-tengah tahun ini penuh liku dan cabaran bilamana diri mahu bangkit dari kejatuhan juga cabaran menjadi ibu juga sekaligus ayah kepada aufa…akhirnya cahaya juga hati terasa ceria bilamana hati telah benar-benar ikhlas dengan dugaan yang melanda.

Walau apapun,semakin banyak hidup dilalui bermakna semakin kuranglah kehidupan yang bakal ditempuhi. Bilamana tiba hari tahun baru, bermakna diri perlulah mempersiapkan diri untuk sebuah kehidupan, ya kehidupan selepas kematian…Namun, untuk mempersiapkan diri menuju kehidupan abadi itu perlulah digunakan segala mekanisma kehidupan yang fana ini sebagai bekalan nanti…

الدنيا مزرعة للآخره
Dunia adalah ladang ke akhirat
Walaupun akhirat maklamat utama, namun kehidupan dunia haruslah dikecapi dengan sewajarnya berbekalkan panduan yang telah diutuskan kepada hambanya…
Bersempena ulangtahun kelahiran ini ku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat ayahda juga bonda yang telah membawaku ke dunia, membesarkan, mengajarkan ilmu, mendidik sehingga diriku menjadi manusia.

Sesungguhnya kalian insan teristimewa di hati ini, yang menjadi pengubat dikala terluka, yang menjadi kendi tadahan airmata ini, yang menjadi pembicara semangat ketika hati dirundum duka. Tiada tempat yang layak buat kalian ayah bonda melainkan syurga terindah di sana nanti.

Terima kasih buat semua yang mengirim sms..


Dari Salmira:Sannah helwah ma, moga hidup sentiasa dalam keberkatanNya dan dimurahkan rezeki serta tetap tabah dan sabar menghadapi hari mendatang.Sayang ma dan aufa sokmo..Jaga diri jaga Iman…dari bonda Auji :)


Dari Kak Sue:Kirimkan surat pengharapanmu ditengah keheningan malam, jadikan airmata sebagai dakwatnya, ke pipi sebagai kertasnya, kepasrahan sebagai setemnya, Arasy Ilahi sebagai alamat atau tujuan, setelah itu tunggulah jawapannya…sanah helwah ya gamilah  moga Allah sentiasa memberkati perjalanan hidup qema dan aufa..syg sgt qema..moga Allah pelihara ukhuwah kita…


Dari Umairah : Selamat Hari Lahir..semoga panjanh umur dan dimurahkan rezeki sentiasa..semoga dilimpahkan berkah ke atas mak teh…


Dari Shbt Mesir: Slmt ari raya  eh silap2..huhu hepy beday to you..hehe @>--


Dari Adik Su: Teh..Selamat Hari Lahir,semoga sihat selalu,ceria selalu,dimurahkan rezeki selalu, dan dapat jodoh yang baik..hehe..n sentiasa jadi mama yang baik pd aufa hannan..hehe..dari adikmu yg sentiasa menyayangimu…hehe

Sanah Helwah Wa Saadah buat Salmira Jamaluddin, Hartini Omar dan Kak Adibah Mat Piah...Semoga diberkati usaha dalam redhaNya...ameen

25 December 2010 Tags: 0 comments

::Catatan::

Assalamualaikum warahmatullah...
Salam ziarah buat semua,semoga hari yang dilalui hari ini lebih baik dari semalam juga esok lebih baik daripada hari ini.
Alhamdulillah saya telah melalui fasa imtihan yang melayakkan saya bergelar pendidik secara formal..Syukur yang tidak terhingga akhirnya natijah yang diperolehi saya berjaya. Terasa ringan sedikit beban dibahu, walupun hakikatnya perjalanan kerjaya saya masih panjang. Semoga perjalanan selepas ini sentiasa di dalam perhatian Allah taala.
Sementara menanti surat 'posting' saya banyak menghabiskan waktu di rumah, menyelesaikan kerja-kerja berbaki, melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan. Sempat mengulang kembali hobi lama yang dikurangkan selama ini, membaca..
Alhadulillah sepanjang 3 minggu ini saya telah berjaya menghabiskan 3 buah buku genre novel dan 1 buku motivasi, dan dalam target sebelum kerjaya baru bermula, 3 buku genre bebas...semoga usaha saya berhasil :) 

Mu’adz bin Jabal r.a berkata; Belajarlah ilmu kerana;
  • belajar itu hasanat (kebaikan) dan
  • mencari ilmu itu ibadat, dan
  • mengingatinya sama dengan tasbih, dan
  • menyelidikinya sama dengan jihad, dan
  • mengajar kepada yang tidak mengetahui itu sedekah, dan
  • memberikannya kepada yang berhak(ahli) itu taqqarub(mendekatkan diri dengan Allah),
  • sebab ilmu itu jalan untuk mencapai tingkat-tingkat ke syurga. Dan
  • ia yang menjinakkan(menghibur) sewaktu bersendirian dan
  • kawan dalam pengasingan, dan
  • kawan dalam kesepian, dan
  • penunjuk jalan kesenangan,
  • penolong menghadapi kesukaran, dan
  • keindahan di tengah-tengah kawan, dan
  • senjata untuk menghadapi musuh.
  • Allah meninggikan darjat beberapa golongan dengan ilmu itu sehingga dijadikanya pimpinan yang dapat diikuti jejak mereka, ditiru perbuatan mereka,
  • Malaikat suka berkawan dengan mereka, dan mengusap-usap mereka dengan sayapnya dan didoakan oleh semua benda basah mahupun yang kering, dan ikan-ikan di laut dan semua serangga, dan binatang-bintang buas di darat dan laut dan semua ternak.
  • Sebab ilmu itu dapat menghidupkan hati dan kebodohan dan
  • pelita dari kegelapan dan
  • kekuatan dari segala kelemahan dan
  • alat untuk mencapai darjat abrar dan yang baik-baik di dunia dan di akhirat.
  • Dan memperhatikan ilmu itu menyamai puasa, sedang
  • mengingat-ingatinya menyamai bangun malam dan
  • dengan ilmu tersambung hubungan kerabat,
  • dan dikenal halal dari haram, dan
  • ilmu itu penuntun amal, sedang amal tetap menjadi pengikutnya dan
  • ilmu itu diberikan Allah kepada orang-orang yang akan bahagia dan diharamkan dari orang-orang yang celaka dan rugi.

23 December 2010 0 comments

::Semalam yg berlalu::



15 December 2010 Tags: 0 comments

::apa ada dengan hp::

Assalamualaikum warahmatullah…salam ziarah buat semua.

Terpandang anak buah saya yang berusia 5 tahun, asyik memegang hp.Walaupun tanpa simkad, tetapi macam-macam yang boleh dilakukan.Bergambar, mendengar muzik malah boleh menonton televisyen.Hebat betul budak-budak zaman sekarang juga canggih juga alat telikomunikasi hari ini.

Seingat saya,saya mula menggunakan Hp ketika saya semester 5 di DQ.Waktu itu saya banyak terlibat dengan persatuan dan menggunakannya untuk memudahkan urusan. Itupun saya lebih suka meninggalkannya di dalam bilik. Pulang dari kuliah atau balik dari mana-mana tempat barulah saya akan menjenguk sekejap hp Motorola pemberian Abang Long itu.

Apa perasaan saya ketika mula-mula memegang hp?

Sebenarnya saya memakai hp pada mulanya kerana terpaksa. Saya agak fobia kerana mentality saya waktu itu telah diracuni dengan keburukan-keburukan hp. Yelah, saya dapat lihat sahabat-sahabat saya yang sudah lama berjinak dengan hp terlalu asyik dengannya, sehinggakan tidak mampu berenggang sedikit pun…bunyi mesej yang susah untuk berhenti, panggilan yang kekadang melalaikan,bak kata orang bergayut dari tengah malam hingga ke pagi. Ya Allah!.saya tidak redha perkara itu berlaku kepada saya.

Akhirnya saya merasai bagaimana hidup dgn hp …pernah juga melalui hidup tidak sempurna tanpa hp apabila telah lama menggunakannya.Apa tidaknya, jam juga dengan hp, menggerakkan bangun tidur juga dengan hp, perjalanan jauh juga memerlukan hp sebagai penunjuk jalan…pendek kata bangun-bangun pagi terus mencari hp…aduh…

Dengan hp kekadang mampu juga memecah-belahkan ikatan persahabatan..seperti kata-kata tanpa suara..pernah saya meleraikan sahabat yg bergaduh gara-gara hp.Mesej tanpa kata,nada dan intonasi…apa sahaja mampu ditafsirkan.

Hakikatnya kini,hp mampu menggantikan segalanya..apa tidaknya…informasi dihujung jari. Internet boleh dibuka bila-bila masa…laman web porno, lucah dan sebagainya mampu di aksess sewenang-wenangnya.Chatting dan perbualan kosong amat membuang masa.Buktinya, kajian dibuat perpustakaan Negara,pada tahun 2009 rakyat Malaysia hanya membaca buku purata 2 buah buku sahaja dalam setahun. Mungkin inilah salah satu penyebabnya.

Kini, saya agak kurang berminat dengan hp, entah mengapa.Bukan ianya tidak penting bagi saya…kerja saya kekadang memerlukan saya menghubungi orang yang berwajib..mungkin persekitaran saya, atau tanggungjawab saya menyebabkan saya kurang mempedulikannya…

Walau apapun yang diperkatakan mengenai hp ini, sebenarnya kebaikan dan keburukannya tetap ada. Jika berdebat mengenainya pun, belum tentu perbincangan akan habis.Terpulanglah kepada penggunanya untuk membawanya ke jalan mana.

Buat sahabat-sahabat semua…marilah kita berazam dan bertekad untuk menggunakannya ke jalan kebaikan serta meninggalkan dosa tanpa kita sedari.Semoga amalan kita diterima dan hidup kita diberkati dan diredha Allah.Tepuk dada Tanya iman.Wallahu alam.


tinggal kenangan: hp saya yg hilang semasa konvoi raya huhu

 
p/s: Pohon kemaafan kepada sahabat yang pernah menelifon saya tidak diangkat, mesej tidak dibalas..hakikatnya begitulah…juga sahabat yang pernah ‘dilazer’ pohon kemaafan juga.Sesungguhnya diri ini tidak terlepas dari membuat salah dan dosa.





11 December 2010 Tags: 0 comments

::Salam Muharam 1432H::

“Kullu ‘am wa antum Toyyibin”

Kini tiba kembali tahun baru hijrah.Sinonim dengan tahun baru sudah tentu ramai yang memasang azam baru mahupun semangat baru.Ada yang berura-ura tahun baru inilah waktunya untuk melakukan perubahan diri.Alhamdulillah,kiranya begitulah positifnya pemikiran masyarakat Islam kita kini.Sudah tentu kedatangan tahun baru hijrah dianggap begitu penting.Apa tidaknya, kisah hijrah Nabi Muhammad sudah tentu tersorot kembali di benak masing-masing.

Mesej-mesej sahabat kepada saya sempena Maal Hijrah tahun ini saya aminkan,saya panjatkan kembali doa buat sahabat saya.

“Ya Allah, seketika diakhir tahun ini Insya Allah muncul tahun baru yang ceria.Engkau muliakanlah dan sayangilah sahabatku ini.Berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan daripada fitnah, penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh ketakwaan”

“Semoga Allah jadikan Subuh kita cahaya, Zohor kita gembira, Asar kita bahagia, Maghrib kita keampuanan,Isyak kita keberkatan, doa kita diterima, rezeki kita diberkati serta dibukakan kepada kita pintu syurga tanpa sempadan”

Bersempena tahun baru ini juga saya memasang tekad dan azam untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaiknya, berusaha menghindar dosa dan kemungkaran, sebaiknya melaksanakan sunnah Rasulullah.Perkenankan hasratku ini Ya Allah.

“Apabila hati insan mengalami perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain,diri insan itu juga akan berubah ,apabila seseorang individu berubah,ummah jua akan berubah,apabila engkau inginkan perubahan, maka baiki hati manusia dengan mengenalkannya kepada sifat tuhannya.

.

.