24 January 2011

Assalamualaikum warahmatullah...salam sejahtera buat semua yang sudi mengunjungi sini, semoga kita semua sentiasa di dalam sejahtera dinaungi rahmat Allah taala.

Alhamdulillah, hujung minggu ini saya sempat bersilaturrahim ke rumah ayah jang di Segambut membawa anakanda tercinta. Sekali-sekala membawanya pergi jauh.Kelihatannya anakanda amat seronok sekali. Setulusnya saya tidak pernah membawanya berjalan-jalan ke pasaraya, mandi pantai atau makan angin ke mana-mana seperti kanak-kanak lain seusianya.Namun, anakanda semestinya faham situasi bondanya.

Banyaknya mama hanya pergi bersendirian apabila perlu atas urusan sahaja. Mama tidak kisah anakanda kesayangan ini tidak selalu ke mana-mana, yang penting mama tidak mahu anak mama ketinggalan dalam mempelajari perkara sepatutnya..alhamdulillah anak mama sudah semakin cerdik dan sudah pandai berjalan seawal 10 bulan.. Sekadar sedikit intro..

Anakanda ini seorang anak yang amat istimewa, yang termasuk golongan yang sangat dikasihi juga mendapat perhatian khusus daripada Rasulullah..malah sama statusnya seperti Rasul tercinta.Hadis-hadis Rasulullah juga banyak menyebutkan mengenai status anak yatim ini... seharusnya dirimu berbangga kerana status mulia ini, yang sentiasa dikasihi, diambil berat, dimuliakan...malah jika dirimu dianiaya, maka dosa yang berat terhadap pelakunya... Sungguh bangga hati ini bilamana diberi peluang mengasihi dan menyayangi anakanda. Syukur alhamdulillah...

Di sini inginku berkongsi sedikit info yang sempat dibaca.


Siapakah dirimu???

Anak yatim dalam istilah(Arab: يتيم‎) ialah kanak-kanak yang kematian salah seorang, sama ada ibu atau bapa.

Pernah saya terdengar ada yang meluahkan bahawa anak yatim ini kekadang sikapnya agak nakal dan susah untuk ditegur...benarkah??

Saya tiada jawapan untuk persoalan ini, tetapi apa yang saya perhatikan anak yatim sifatnya agak sensitif dan terlalu memerlukan kasih sayang juga perlukan tempat bermanja...jika mereka kurang mendapat perhatian disebabkan tiadanya ibu atau bapa, kemungkinan juga boleh berlaku perkara yang disebutkan tadi. Jadi, jika mereka disekelilingnya cukup memberi perhatian, perkara tersebut mungkin boleh dielakkan...boleh jadi...???

Atau mungkin juga diri mereka merupakan ujian dan cubaan yang Allah berikan kepada mereka yang ditaklifkan untuk mereka yang dipertanggungjawabkan..jadi perlulah dihadapi dengan sabar dan dididik mereka dengan penuh hikmah. Dalam firman Allah taala Surah al Furqan ayat 20 ada dinyatakan

Maksudnya: Dan kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu?)

Apakah hak-hakmu yang tidak boleh dinafikan???

1. Diperlakukan dengan lemah-lembut serta jauhkan dari perlakuan yang boleh menimbulkan rasa sedih. Allah taala telah mencela kaum musyrikin dan mengancam orang-orang yang tidak mahu memelihara dan tidak berbuat baik terhadap anak yatim seperti dalam firman Allah taala dalam surah al-Maaun ayat 1-2

Bermaksud: “Tahukah kamu orang-orang yang mendustakan agama?”
“Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim”

2. Mendapatkan pendidikan, akademik juga keagamaan.Selain daripada itu, ilmu keterampilan juga dititik-beratkan.

3. Kepada walinya, hendaklah memberikan nafkah bagi kehidupan anak yatim tersebut.

4. Menjaga serta mengembangkan hartanya juga tidak mengambil harta anak yatim secara zalim.Ancaman yang sangat pedih bagi mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim seperti dalam surah An Nisaa ayat 9-10

5. Wajib bagi wali untuk tidak memperbolehkan kepada anak yatim yang belum dewasa untuk membelanjakan hartanya, kecuali sesudah dewasa dan mampu untuk menguruskannya seperti dalam firman Allah taala surah An Nisaa ayat 6.

6. Bagi wali kepada anak yatim yang perempuan, apabila tiba waktu untuk mengahwinkannya maka kahwinkanlah dengan memberi mahar yang selayaknya dan janganlah diambil dari harta anak yatim tersebut. Firman Allah taala dalam surah An-Nisaa ayat 3.

Semoga info ini memeberi ingatan kepada kita semua agar sentiasa mengambil berat terhadap golongan mulia ini...sekalipun ianya bukan terdiri dari ahli keluarga atau sanak-saudara kita...juga lebih-lebih lagi peringatan buatku penjaga kepada seorang anak yatim yang dimuliakan...

4 comments

Alhamdulillah,
anakanda Aufa termasuk dikalangan mereka yang sangat dikasihi Rasulullah s.a.w..
Dirimu amat mulia..
Mereka yang mendidik dan menjaga amanah ini juga sangat istimewa..
Moga Allah sentiasa memelihara dan merahmati diri anakanda Aufa,mama Aufa dan mereka2 yang menyayangi anak yang mulia ini..
Buat anakanda Aufa,
Sebelum dapat berjumpa dan dukung dirimu lagi,
acik mufid sering teringatkan Aufa dan mama Aufa,
lantas segera dititipkan doa untuk kalian,
moga anakanda Aufa membesar dengan sihat sebagai hamba Allah yang solehah..
Dan Allah sentiasa membantu mama Aufa menjaga amanah ini..
Apatah lagi setelah dapat menatap wajah comel anakanda Aufa,
Kini,acik mufid kongsikan doa bersama ammu Hamdan..

Salam sayang dan kasih dari acik mufid dan ammu Hamdan buat Anakanda Aufa dan mama Aufa..

REPLY

alhamdulillah akma, kita org2 yg Allah pilih utk memelihara ank yatim..smg aufa mnjadi ank solehah..

REPLY

yA Kak,anak ini benar2 istimewa..lahir dari rahim seorg ibu yg cekal dan teguh hatinya myakini kbesaran Allah.melihat raut wajah aufa,sy yakin dia ank yg berjiwa besar dan solehah pekertinya.moga Allah mluaskn rezeki kalian dan tergolong dlm golongan hamba yg sabar,amin.

slm syg dari kami skluarga..-ainun

REPLY

Ameen Ya rabb..syukran buat sahabat2 semua yg tidak jemu mmberi kalam taujihat buat diri ini..kata2 hikmah kalian membuatkan hati sedikit terusik.sesungguhnya segala kebaikan dari Allah.kita hanya sebagai pelakon.semestinya tidak dapat tidak kena redha dgn segalanya.semoga Allah merahmati kita semua..syukran buat adikku mufid dan hamdan juga ainun dan assyik juga kak ju dan muhamad...salam syg di angin lalu..

REPLY

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates