09 January 2011

Salam ziarah buat semua...
Kali pertama saya membuat blog adalah pada tahun 2006 (tarikh saya tidak pasti)..asalnya saya membuat blog adalah untuk belajar..ramai juga sifu saya..antaranya Ustaz Zarimi yg sudi buatkan flash header dan Ustaz Najib yang tolong semak-semak blog saya (syukran jazilan)...susah juga nak buat pada masa itu..saya belajar membaca kod html..dah agak fasih,selepas itu saya membuat blog kedua.Blog pertama terdelate begitu sahaja.Sayangnya....blog kedua tersebut bermula pada 21 Mei 2007 sehinggalah entri terakhir saya pada 3 November 2008. Saya buat blog lain pula..dan kali ini lebih mudah dan cepat sehingga kini..saya sudah tidak bercadang untuk menukar blog lagi...Oleh itu..entry kali ini adalah terbitan semula hasil tulisan dan nukilan dari blog lama saya,...disebabkan keinginan untuk menutup sahaja blog lama tersebut..semoga ada manfaat bersama...:D

02 June 2007

Sikap kita dalam mendepani massa

وَلَنْ تَرْضَىَ عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النّصَارَىَ حَتّىَ تَتّبِعَ مِلّتَهُمْ قُلْ إِنّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَىَ وَلَئِنِ اتّبَعْتَ أَهْوَآءَهُمْ بَعْدَ الّذِي جَآءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيّ وَلاَ نَصِيرٍ
Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
( Al-Baqarah 120)

Dewasa ini, gelaja sosial semakin menjadi tajuk utama untuk diperbincangkan dari masa ke semasa dan bagaimana cara penyelesainya, dan bagi ana, ini bukan satu perbincangan yang baru dalam masyarakat Malaysia ataupun dunia umumnya. Kerana ini semua berlaku akibat daripada perancangan zionis antarabangsa yang ingin merosakkan semua bangsa manusia selain dari yahudi. Khususnya umat islam seluruh dunia. Semakin runtuhh sosial masyarakat Islam bermakna perancangan Yahudi Zionis semakin berjaya. Kerana di antara isi kandungan protokol yahudi ialah memsukkan segala hiburan-hiburan untuk merosakkan pemikiran pemuda-pemuda Islam .

Mereka tidak akan membiarkan umat Islam berada dalam keadaaan tenang dan aman dan akan sentiasa merancang untuk merosakkan kesatuan, Aqidah, dan sebagainya dengan menubuhkan pelbagia pertubuhan-pertubuhan yang kononya berbentuk kebajikan dan sebagainya. Semua perancangan ini dibuat kerana mereka bimbang Khilafah Islamiyyah yang pernah dijatuhkan dahulu tertegak kembali di bumi umat Islam.
Dan Alhamdulillah, walaupun begitu, banyak perancangan mereka telah terbongkar satu demi satu. Tetapi, Apakah persiapan pelajar islam untuk mengagalkan mereka? Apakah pelajar Islam merasa selesa dengan sekadar menuntut ilmu semata-mata tanpa memikirkan sebarang strategi untuk melawan tipu daya mereka. Apa yang perlu dingat, didalam jati diri umat Islam terkandung satu perkara yang mereka (yahudi) tidak ada, iauitu perkantungan dan pengharapan kepada Allah S.W.T Sebagai firmanNya
قال تعالى : وترجون من الله ما لا يرجون
Dr. Abdul Karim Bakkar pernah menyebut dalam kitabnya تجديد الوعى tentang kepentingan bagi umat Islam supaya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling masyarakat dari semua sudut, samada dari pemikiran, akhlak, pergaulan dan sebagainya. تجديد الوعى sepatutnya menjadi salah satu agenda yang penting bagi pelajar Islam yang berperanan sebagi daie kerana bagaimana bagaimana seseorang hendak memulakan dakwah dalam keadaaan mereka tidak tahu bagaiman keadaan masyarakat sekarang. kalau seseorang itu tidak peka, mereka mungkin akan digelar sebgai ustaz ketinggalan zaman, tidak ambil tahu hal ehwal dunia.Dan ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri yang sentiasa menyuruh ummatnya sentiasa berfikir keadaaan dengan mengkaji keadaaan sesuatu tempat. Mahasiswa Islam yang berada di luar Negara khususnya perlu peka dengan apa yang berlaku di Malaysia dengan sentiasa membaca akhbar-akhbar versi intenet untuk memudahkan kita mengetahui segala apa yang berlaku di dalam satu-satu negeri dan perkembangan yang terbaru dalam pelbagai sudut.Selain dari itu, Dr Abdul Karim Bakkar juga menggalakkan agar seseorang berfikir secara jamaie, bukan secara berseorangan, dan saling berbincang bagaimana cara untuk sama-sama bergerak dalam menyatukan fikrah ke arah yang lebih tepat dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. Pandangan ini memang bertetapan dengan Hadis Nabi yang meyuruh Umatnya sentiasa berjamaah.
Kerana manusia ini bukan dilahirkan dalam keadaaan sempurna, jadi setiap kelemahan diri masing-masing akan dapat ditampung oleh orang yang lain. Itulah keuntungannya. Dalam kita bekerja secara berkumpulan ini, perkara yang paling penting untuk dijaga dan dipupuk ialah Ukhuwwah Islamiyyah. Sebut tentang Ukhwwah Islamiyyah berbeza dengan ukhuwwah yang tidak Islamiyyah. Kerana ukhuwwah Islamiyyah dibina di atas Amar Ma’ruf Nahi Mungkar, semangat saling tegur-menegur untuk sama membangunkan jati diri sahabat masing-masing. Bukan sekadar mengkritik dibelakang tanpa cuba menyelesaikan segala masalah yang timbul. Perlu diingat, orang yang matang adalah orang yang mampu menyelesaikan segala masalah yang timbul khususnya perkara yang berkaitan hubungan manusia dengan manusia.
Dan Selaku orang yang ditegur, jangan terlampau mudah melenting dengan kritikan atau teguran daripada sesiapa sahaja, samada dari kawan mahupun lawan, dan sepatutnya setiap teguran itu diterima secara terbuka dan kita berubah kerana Islam. Hilangkan segala keegoan yang tidak menentu yang boleh merugikan Islam itu sendiri.Masyarakat sekarang ini semakin memerlukan kepada pembimbing atau petunjuk jalan. Jadi kepada siapa lagi yang mereka harapkan selain daripada penuntut ilmu Allah S.W.T. Selaku Mahasiswa Islam yang memahami Usul Dakwah, adalah menjadi kewajipan kepada kita mendekati mereka, bukan menunggu mereka mendekati kita, Lihatlah Rasulullah sendiri, bagaimana permulaan dakwah baginda mendekati pembesar Quraisy, pergi ke Taif, dan mendapat pelbagai halangan dan cabaran dalam dakwah.
Sunnah ini diikuti oleh para sahabat baginda sehingga ke zaman kita, Imam Hassan AlBanna sendiri ketika memulakan dakwahnya kepada masyarakat mesir, beliau memulakan dengan memasuki pusat-pusat hiburan, walaupun pada awalnya beliau ditentang keras oleh golongan sufi, tapi akhirnya beliau berjaya. Ini kerana, Pemuda-pemuda yang terlalu sibuk dengan hiburan ini tidak mempunyai pembimbing yang boleh mengajak mereka ke jalan yang diredhai. Sebagai daie, jangan terlalu mudah meletakkan sesuatu hukum terhadap seseroang itu sebelum kita cuba menyelaminya. Kerana dengan sebab kesilapan kita, sasaran mad’u pasti akan lari,
Rasulullah S.A.W bersabda :يسروا ولا تعسروا وبشروا ولا تنفروا
Untuk menjadi seorang daie yang cemerlang, bermula dari sekarang, Penulis mengajak semua agar sama-sama memikirkan tentang ummah, jangan masing-masing terlampau sibuk dengan diri sendiri sahaja tanpa melihat bagaimana keadaan masyarakat sekeliling. Kerana masalah dizaman kita, kita yang selesaikan bukan dibawah tanggungjawab orang lain, hatta dalam bab hukum feqah sekalipun, walaupun di sana ada setengaha ulama’ yang telah selesaikan dahulu masalah kita dengan ijtihad mereka Kerana setiap hukum yang dikeluarkan biasanya berkati rapat dengan suasana, tempat. Kita perlu mengkaji dengan lebih teliti apakah ia sesuai digunapakai di zaman kita selagimana tidak melanggar Al-Quran dan Sunnah Rasul S.A.W. kerana setiap kalam manusia boleh diterima dan ditolak kecuali kalam Rasul S.A.W...

 
قال الله تعالى : وما أتاكم الرسول فخذوه وما نهاكم عنه فانتهوه

Lihatlah peribadi Rasulullah S.A.W yang terlalu memikirkan tentang umatnya, sehingga baginda nazak sekalipun, baginda menyebut ummati, ummati. Sirah ini memang ma’ruf dan diketahui semua pelajar agama. Jadi bagaimana dengan kita, yang sanggup menjadi pewarisnya. Sepatutnya menjadi kewajipan kita mengetahui segala hal ehwal umat Rasulullah S.A.W sebagaimana dalam sabda baginda.

Jadi sepatutnya, golongan yang menjadi pewaris nabi ini, sentiasa memikirkan bagaimana untuk kita meneruskan kesinambungan perjuangan baginda dalam menegakkan Islam dan memahamkan ummah tentang Islam yang sebenarnya sehinggalah kita berjaya menegakkan kembali Khilafah Islam yang dibina dahulu, bagaimana cabaran yang dihadapinya, begitu juga dengan tawaran-tawaran yang begitu begitu berharga, tetapi baginda tidak pernah menggadaikan Islam dengan tawaran-tawaran yang bgeitu murah.

Di zaman ini, Islam mula dipandang secara Liberal, sehingga terkeluar daripada batasan-batasan yang sebenar. Jadi menjadi tanggungjawab kita untuk mengubah pandangan masyarakat dan memahamkan mereka tentang Islam yang sebenar yang berpandukan kepada 2 sumber yang kukuh, Al-Quran dan As-Sunnah.
Ingat Rasulullah tidak mewarisi harta, tetapi baginda mewarisi ilmu, jadi selaku pelajar Islam yang faham tentang konsep ilmu Di dan amal, Jangan terlampau memurahkan ilmu itu dengan menjualnya dengan harga yang terlampau sedikit. Apalah sangat dengan harta di dunia ini kalau dibandingkan dengan nikmat ketika berada di syurga Allah S.W.T.
waallahua’lam

من لا يهتم بأمر المسلمين فليس منا

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates