09 January 2011

23 June 2008


Salam perjuangan sahabat,semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah taala.
Rencana di bawah merupakan terjemahan daripada tulisanku dalam Skema Edisi Mansurah Ogos 2007 Bil:32 sudut English Corner. Selamat membaca.

Telah termaktub sejak azali,bagi setiap anak Adam telah ditentukan 4 perkara iaitu hidup,mati,rezeki dan jodoh.Kesemua eleman ini sememangnya telah ditentukan oleh Allah taala ketikamana ditiupkan roh ketika masih di dalam kandungan ibu.
Fokus mengenai kurniaan rezeki kepada insan,sememangnya pelbagai rezeki yang melimpah-ruah telah diberikan oleh Allah taala,tidak kira rezeki dalam bentuk makanan,pekerjaan atau apa sahaja,tetap dikira sebagai rezeki.
Inilah yang dinamakan nikmat di dalam kehidupan.Namun,yang menjadi persoalan kenapa dengan pelbagai nikmat yang telah diberikan ini,ramai manusia yang tidak mahu bersyukur.Sedangkan ramai yang hanya mengucapkan syukur bilamana diberikan nikmat tetapi tidak mahu bersyukur bilamana nikmat diambil kembali oleh pemberinya.

Firman Allah taala dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud;
..dan jika kamu bersyukur maka aku(Allah)akan menambah nikmatKu dan jika kamu kufur sesungguhnya azabKu amat pedih.

Sedangkan di dalam ayat di atas telah diingatkan bilamana kita bersyukur dengan segala apa yang telah ditentukan,sudah tentu Allah akan menambah lagi nikmat tersebut.
Sepatutnya dengan nikmat rezeki yang diberikan inilah akan lebih mendekatkan kita kepada pencipta Allah taala dan membersihkan hati.Jangan disebabkan nikmat ini,akan menghijab hati daripada bersyukur diantara sesama manusia.

Jadi bagaimana?

1.Kadangkala manusia ingat nikmat yang diberikan tetapi lupa kepada pemberi nikmat.Sekadar ucapan dibibir tetapi tidak dibuktikan dengan perbuatan.
2.Lupa bersyukur kepada sesama manusia bilamana nikmat yang diberikan tidak diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan.Mereka merasakan nikmat rezeki tersebut hanya hak mutlak perseorangan sedangkan kita juga merupakan saluran-saluran kepada rezeki manusia lain.
3.Sentiasalah bersihkan hati dengan mengucapkan syukur dengan kurniaan rezeki.Setiap kali kita dianugerahkan rezeki,setiap kali itulah kita memohon keampunan atas segala dosa-dosa kita.Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Penyayang.

Jadi dapatlah disimpulkan bahawa rezeki dan apa sahaja yang dianugerahkan merupakan salah satu wasilah kita untuk mengucapkan syukur.
Semoga dengan nikmat rezeki ini akan menambahkan amal kita seterusnya menambahkan lagi ketakwaan kita kepada Allah taala.

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates