14 May 2011


PERLAKSANAAN AKTIVITI KEM
Kem Bistari Solat siri pertama 2011 ini dijalankan pada 16 April 2011 di SK Tanjung Batu, Temerloh. Kem ini bermula pada jam 7.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahari. Peserta yang terlibat dalam kem ini ialah murid-murid yang beragama Islam tahun 1, 2 dan 3. Jumlah keseluruhan peserta yang menyertai kem ini alah 108 orang iaitu murid tahun 1 seramai 22 orang, tahun 2 seramai 39 orang manakala tahun 3 seramai 47 orang. Tempat-tempat yang digunakan untuk program ini ialah disekitar kawasan sekolah, antaranya surau, kelas-kelas, dewan terbuka dan kantin. Kehadiran amat memberangsangkan iaitu seramai 84 orang dan seramai 24 orang yang tidak hadir (4 orang tahun 1,8 orang tahun 2 dan 12 orang.
Setelah sesi pendaftaran dan taklimat dijalankan, peserta membuat senaman ringkas di bawah pimpinan semua fasilitator diketuai oleh Ustazah Saholyatul Akma Binti Jusoh. Selesai beriadah, murid-murid diberikan sarapan pagi seketul roti dan air milo. Setelah itu,barulah murid-murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut tahun.Seramai 13 orang fasilitator dilantik dikalangan guru-guru SK Tanjung Batu yang terdiri daripada 2 orang guru Pendidikan Islam ,3 orang guru jqaf dan 8 orang guru matapelajaran. Setiap fasilitator dibekalkan buku sebagai rujukan . Setelah selesai minum pagi, murid-murid mengikut fasilitator masing-masing ke tempat yang ditentukan.
Kem Bistari Solat 1 / 2011 ini merupakan pendedahan kepada murid-murid tahun 1 mengenai cara-cara berwudhu, solat dan perkara-perkara yang berkaitan keduanya.Bagi tahun 2 dan 3, kem ini merupakan pengukuhan bagi memantapkan lagi mutu solat yang telah diajari sebelum-sebelum  ini.
Aktiviti dijalankan secara latihan di dalam kumpulan (LDK) masing-masing. LDK 1 berkaitan dengan wudhu’ amali juga praktikal.Para peserta  dilatih tubi oleh fasilitator masing-masing.
Pada jam 10.00 pagi semua berhenti rehat dan disambung semula setengah jam kemudian untuk LDK yang kedua.
LDK kedua pula berkaitan solat dan bacaan-bacaan di dalam solat.Peserta diterangkan dengan rukun solat,sunat di dalam solat juga perkara-perkara yang membatalkan solat.Selain itu juga peserta di kehendaki menghafal lafaz niat solat, dan bacaan-bacaan di dalam solat.
Pada jam 11.30 tengahari, semua peserta dikumpulkan di dewan terbuka SKTB untuk majlis penutup. Sebelum program ditutup, kuiz diadakan bagi menguji bacaan murid-murid berkaitan solat dan wudhu.Hadiah disediakan bagi peserta yang Berjaya menjawab soalan kuiz.

Majlis diserikan dengan ucapan penutup oleh Pengerusi Kem Bistari Solat, Ustaz Rodzi Bin Mat Gial seterusnya penyampaian cenderahati kepada semua fasilitator.Majlis bersurai dengan salam wida’ semua peserta dengan fasilatator.
Secara keseluruhannya, program KBS 1 /2011 berjaya dilaksanakan walaupun terdapat sedikit masalah yang berlaku semasa program. Peserta menunjukkan minat yang mendalam dan respon positif telah diberikan sepanjang program dijalankan.
Kebanyakan peserta kem ini telah mendapat pendedahan awal berkaitan wudhu dan solat I rumah masing-masing.Namun masih terdapat banyak kelemahan dari segi penghayatan mereka terhadap kesempurnaan wudhu dan solat.
Kem seperti ini akan diteruskan di SK Tanjung Batu pada masa-masa akan datang terutama kepada murid-murid tahap satu bagi memberi pendedahan awal terhadap kewajiban perintah Allah yang besar ini. 
PENUTUP
Kesimpulannya, Kem Bistari Solat 1 /2011 ini telah dijayakan dengan baik.Semoga Kem Bistari Solat seperti ini dapat diteruskan dengan aktiviti yang lebih menarik dan efektif. Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru Besar SK Tanjung Batu, En Yusof Bin Mohamad, guru-guru Penolong Kanan, Ketua Panitia Pendidikan Islam, Guru-guru Pendidikan Islam, fasilitator yang terlibat sepanjang Kem Bistari Solat diadakan juga kepada semua Ahli Jawatankuasa Perlaksana serta semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak di dalam menjayakan Kem Bistari Solat 1 /2011 .Jazakallah Khairan Kathira.

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates