16 June 2011

Assalamualaikum warahmatullah...
Alhhamdulillah wa syukran lillah...saya berkesempatan mencoret lagi.Kali ini di malam Jumaat yang indah, kala mata ini sukar dilelapkan.
Saya teringatkan amanah dan permintaan orang kepada saya..untuk menyampaikan sebuah ceramah di sebuah surau..kali ini berkaitan Isra dan Mikraj. Lagi permintaan seorang sahabat yang meminta saya menjadi tenaga pengisi sebuah program pada minggu berikutnya.Saya tidak pasti adakah saya dapat memenuhi permintaan tersebut. Satunya disebabkan saya bertembung dengan program di sekolah, dan keduanya...entah kenapa saya berasa agak gugup, seolah-olah tidak pernah bercakap di sana. Ya Allah, tetapkan imanku.

Perihal bercakap...Ada masa saya berasa begitu gugup untuk bercakap-cakap di khalayak ramai apatah lagi untuk memberikan pengisian. Kekadang bila teringatkannya habis sejuk satu badan hehe..Terasa malu bila memikirkan apakah pandangan orang yang mendengarnya..sampaikah apa yg aku perkatakan? atau boring ke ceramah ini nanti? Ada lagi persoalan yang berlegar-legar...siapakah golongan yang akan mendengarnya? Bila itu yang difikirkan..alamatnya nanti saya akan berusaha untuk tidak berada di tempat itu...aduh~

Alangkah baiknya saya memikirkan apakah yang bakal disampaikan nanti? Ataupun, bila lagi aku nak pandai berucap? Ayat positif yang mampu membina motivasi..."ala...yang mendengarnya nanti hanya pelajar-pelajar yang mahukan bimbingan."
Bagimanalah penceramah-penceramah hebat mampu memberikan idea dengan bersahaja, menarik dan begitu menusuk di hati? Semestinya bermula dengan langkah pertama....belajar, berlatih dan terus aplikasikan.
Saya? bukan lagi langkah pertama...telah berkali-kali melangkah...namun beginilah....:)
Jika positif itu mampu mengatasi negatif..insyaallah, kali ini kau akan bercakap lagi...menyampaikan walaupun satu ayat..Wallahu a'lam

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates