04 June 2011

Alhamdulillah wa syukru lillah...
Seputar kenangan berjalan-jalan di awal cuti..

27hb Mei 2011
Jam 3.00ptg berangkat ke Kemaman Terengganu ke rumah Mak Teh Hasnah yang mengadakan majlis kesyukuran perkahwinan anak
perempuannya Mahfuzah Ishak pada 28hb Mei 2011.Berkonvoi dua kereta saya dan andak.Manakala Abang Ngah sekeluarga ke Kuantan atas urusan kerja terlebih dahulu kemudian berkonvoi bersama Kak De dan Abang Long..Jam 5.30ptg kami sampai ke rumah Mak Teh..
Tahniah buat Mahfuzah dan Syafiq, semoga mahligai yang di bina sentiasa dalam mawaddah wa rahmah.

28 Mei 2011
Jam 10.00pg majlis akad nikah diadakan di Masjid Cheneh Baru.Alhamdulillah majlis kenduri berlangsung dengan meriah dihadiri sanak saudara dan sahabat pengantin.

Selepas majlis berlangsung kami adik-beradik  berkumpul di rumah Abang Long di Balok Kuantan.Plan kami keesokan harinya akan mengadakan Family Gathering di Air Terjun Sungai Pandan.

29 Mei 2011
Jam 10.00pagi kami bertolak ke Air Terjun Sungai Pandai..mencari tapak memasang khemah dan membentang tikar.Keseronokan terbayang diwajah anak-anak saudara yang tidak sabar untuk terjun ke sungai.
First time Aufa masuk tempat yang banyak air..menyepi seribu bahasa hehe
Tak semua dalam gambar...org lelaki just berehat bawah pokok..xde gambo huhu

   
Siapa yg excited ni....???

Puas main air..pergi memanjat akar-akar kayu dan rotan..sampai juga ke atas ni... 

Aufa ikut ayah andak ke bawah air terjun... 
 
Jam 1.30ptg kami bertolak pulang...masa untuk bermalam di rumah Kak De di tanah Putih Baru..


.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates