29 June 2011

Salam ziarah...alhamdulillah wa syukru lillah atas segala nikmat yang dianugerahkan..dengan nikmat itu juga kita masih dapat menghirup udara percuma hari ini.
Baru ini musibah melanda laptop saya. Setelah dihantar ke doktor, akhirnya doktor telah mengesahkan motherboard laptop saya 100% rosak..masyaallah...kemungkinan kerja yang telah dilaksanakan sebelum itu telah menyebabkan ianya terlalu panas dan terus koma..:)
Apapun, alhamdulillah hari ini saya masih dapat menatap indahnya screen ini, jazakallah khairan buat insan yang sungguh bermurah hati meminjamkan laptop acer...

Terus cerita tanggal hari ini 29 Jun 2011 bersamaan 27 Rejab 1432 H...dalam kalendar tertera tanggal Isra dan Mikraj.
Pagi tadi saya mengambil kesempatan menceritakan kepada murid-murid saya berkaitan peristiwa ini...Dalam sebuah kelas..permulaannya saya bertanyakan mereka berapakah tarikh hari ini...ramai yang menjawab bulan miladi..saya ulang lagi..berapakah tarikh hari ini mengikut bulan Islam? Ramai yang tercengang-cengang...namun paling menharukan saya terdapat beberapa orang yang menjawab bulan ayam dan bulan kambing....Ya Allah, mengucap panjang saya..mungkin mereka beranggapan saya bertanyakan mengenai tahun cina...
Terasa sebak juga hati..kiranya mereka ini telah mengetahui tahun bangsa lain terlebih dahulu berbanding bulan-bulan Islam..Namun, apabila saya bertanyakan bulan apakah kita berpuasa? Serentak ramai yang menjawab.."Ramadhan"..terubat sedikit hati... :D
Berbalik kepada bulan ini, sesungguhnya bila tiba Isra dan Mikraj bermakna bulan Rejab telah melabuhkan tirai da datang bulan Syaaban..Sesungguhnya beruntunglah kepada hamba Allah yang telah mengambil sebanyak mungkin kelebihan yang ada di bulan ini..antaranya...

Terdapat banyak ganjaran bagi yang banyak melaksanakan puasa sunat

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Memperbanyakkan selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab.”



Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates