06 June 2011

Assalamualaikum warahmatullah...Hamdan wa syukran lillah...
Saya sedang mencari-cari bahan untuk pengisian program Hari Rabu...Lagi-lagi program...(itu bukan kata hati saya :) sekadar menyedapkan ayat...:D Tiba-tiba saya teringat tarikh 6 Jun ini..ada sesuatu yg tersimpan dikotak memori saya, masih kemas dan elok terjaga :) Bermakna saya masih ingat ada sesuatu yang berlaku pada tarikh ini, namun ianya telah 2 tahun berlalu..segera saya buka posting tanggal tarikh 6 Jun tahun lepas di blog ini..di sini
Masih teringat tahun lepas, pada tarikh inilah saya mula-mula meninggalkan anakanda Aufa untuk pergi belajar...agak lama, kira-kira 2 minggu.Hari yang sama Ayah Long di Batu 13 mengadakan kenduri kahwin Kak Rosni dan Syuhada. Kiranya saya telah berkemas lebih awal kerana akan pergi ke majlis Ayah Long terlebih dahulu..Seingat saya, sejak beberapa hari sebelum itu hati saya susah dilanda gundah dan awan mendung sentiasa tercoret di wajah..yalah fikiran ini asyik memikirkan bagaimanalah keadaan anakanda Aufa bila ditinggalkan nanti...Ermm.. begini rupanya perasaan seorang ibu...Apa yang saya buat hari itu rasanya serba tak kena, sbb di hati saya menahan sendu..pergi kenduri dengan muka yang macam cuka hehe..namun berusaha menyembunyikannya..Entah macamana, seorang ibu saudara menegur saya yg sedang dalam kesedihan ini...apa lagi, dalam kepanasan tengahari, ada hujan yang gugur hehe...pelik orang melihat saya, dan saya sudah tidak peduli...hehe..Itu kiranya cerita tahun lepas pada tarikh 6 Jun.

Berbalik kepada program.Sesungguhnya kehidupan tidak akan terlepas dari program..sedangkan kehidupan kita ini sebenarnya adalah program yang telah dirancang oleh Yang Maha Esa. Bahkan tidak, Dialah yang Maha Pencatur segalanya..baik juga buruk bagi kita, segalanya percaturan Allah. Percaturannya mustahil tidak terjadi, apabila dikatakan "Jadilah" maka sesuatu itu akan jadi bagi Allah.
Amat berbeza dengan program manusia, walau sebagaimana cantik perancangan, sudah diteliti dengan sehalus-halusnya, apabila tidak diizinkan Allah maka tidak akan berlaku sama sekali. 
Cuma kita selaku hambaNya, haruslah percaya, walau bagaimana sekalipun program yang Allah telah aturkan pada kita, segalanya mempunyai hikmah. Kerana Allah telah mengingatkan kita di dalam Al-Quran..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ianya baik bagi kamu dan bolehjadi kamu memcintai sesuatu sedangkan ianya buruk bagi kamu.Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu tidak tahu"

Selaku hambaNya, marilah kita bersama-sama bermuhasabah dan menghitung kembali, sesungguhnya tidak ada apa yang perlu kita kesalkan terhadap dunia ini, tidak ada apa yang perlu kita terkilankan terhadap apa yang telah terjadi..yang Allah kehendakkan pada kita hanyalah rasa kehambaan kita, ketakwaan kita juga kecintaan kita padaNya..Kembalilah kita kepada Allah dalam segala yang kita lakukan, semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan kita di dunia dan kembali kepadanya dengan Qalbin Salim..Wallahu alam.

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates