30 November 2011

Assalamualaikum dan Salam Ziarah di musim cuti persekolahan...

Alhamdulillah musim ini pelbagai projek yang dirancang untuk memenuhinya...dan rata-rata orang memilih untuk melangsungkan perkahwinan dan mengadakan majlis Walimatul 'Arus.Tidak kurang juga yang merancang untuk bertunang.Buktinya di dalam diari tercatat 2 atau 3 majlis yang diundang dalam masa sehari. Ahlamdulillah, kiranya telah sampai jodoh masing-masing.Semoga mahligai yang dibina kekal mawaddah wa rahmat hingga ke syurga.

Kekal solo? Kenapa tajuknya demikian? Saya telah terbaca sebuah artikle mengenai tajuk ini.Begitu tertarik dengan isi di dalamnya maka, saya suka untuk berkongsi di sini.

Sebaik sahaja angka usia mencecah 30-an, hati sang gadis gundah gelana memikirkan nasib diri.Adakah mereka ditakdirkan dihup membujang apabila diri tidak juga disunting oleh mana-mana kumbang.Apatah lagi setelah usia mencecah ke angka 40-an.Harapan hidup sebagai isteri dan ibu sedikit demi sedikit mula pudar.Malah perasaan itu semakin menipis selari dengan pertambahan usia.Ya, mereka mungkin ditakdirkan untuk hidup solo!

Sebenarnya hidup solo bukanlah sesuatu yang luar biasa terjadi pada masa kini. Ramai wanita yang masih bujang walaupun usia telah mencecah 40-an dan 50-an. Mungkin ada juga yang diantaranya telah memilih untuk hidup membujang atas pelbagai faktor. Namun, ramai juga yang membujang bukan atas pilihan sendiri.Mungkin jodohnya belum sampai. Puas berusaha namun jejaka pilihan masih juga belum ditemui.Keluarga asyik bertanya bila hendak berkahwin?.Terfikir juga untuk hidup berkeluarga dengan mempunyai suami dan anak-anak sebagai penyambung keturunan. Bila melihat teman-teman sebaya yang telah mempunyai anak yang sudah besar perasaan juga semakin tertekan. Kenapakah aku masih solo? Siapakah yang tidak tertekan begini?

Andai ada yang mengalami situasi begini, usahlah terlalu kecewa, sedih, malu dan tertekan kerana diri ini pilihan Allah untuk kekal membujang.Ianya adalah sesuatu yang istimewa.Mungkin jodoh ada di syurga nanti, siapa tahu?Di dunia ini ada tanggungjawab dan dan peranan besar yang harus dipikul dan dilunasi. Mungkin sekiranya anda berkeluarga, anda tidak dapat menjalankan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.

Apa yang perlu dilakukan ialah, kuatkan minda sebelum anda boleh mempertahankan diri di mata masyarakat yang segelintirnya memandang rendah kepada gadis yang berusia.Jika ada yang menyindir, kononnya anda tidak laku, katakan dengan tegas anda bahagia dengan hidup anda dan soal jodoh serahkan kepada tuhan. Jangan pula rasa rendah diri dan sedih.Soal jodoh adalah sesuatu yang cukup misteri.

Jadi, jangan stress dengan sesuatu yang masih belum pasti.Sekarang inipun berapa ramai yang kita lihat bertemu jodoh di usia 40-an?Malah ada yang bergelar isteri buat kali pertama di usia 50-an.Itu bukan lagi perkara yang mustahil.

Sekiranya anda masih lagi menyimpan hasrat untuk mendirikan rumahtangga suatu masa nanti,diri sendiri perlu berfikiran lebih terbuka. Bukan bermakna selama ini kita memilih dalam mencari pasangan hidup, tetapi perlu lebih praktikal.Maksudnya, di usia ini anda harus membuka peluang kepada mana-mana lelaki sahaja yang ingin mendekati anda,asalkan dia baik dan dapat membimbing anda dunia dan akhirat.Tidak kiralah yang muda, yang bujang terlajak, duda mahupun suami orang.Ini kerana tidak dinafikan di usia anda pilihan sudah semakin kurang.

Apapun, soal rezeki,jodoh hidup dan mati semuanya ditangan yang Maha Berkuasa. Apa yang penting berdoalah dan mohonlah kepada Allah agar apa yang ada pada kita hari ini merupakan jalan yang terbaik yang terus mendorong kita ke jalan yang diredhai.
Solo atau berkahwin, kedua-duanya punyai nilai dan value sendiri...

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua..

1 comments:

terima kasih atas perkongsian.. menyentuh jiwa...

REPLY

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates