18 November 2011

Assalamualaikum...
Salam Ziarah di Sayyidul Ayyam...hari terakhir persekolahan 2011 merangkap hari yang paling sibuk dalam sejarah hehe.
Sejurus tiba di teratak bonda, seperti biasa tidak terlepas menonton 'Usrah" yang dikendalikan oleh Ustazah Asni Mansur. Hati begitu tertambat dan teringin benar untuk menghadam siapakah tokoh wanita yang disebut-sebut di dalam rancangan hari ini.Cuba amati dan search di kotak minda...rasa-rasa pernah mendengar nama ini,namun mungkin telah lama dan tersimpan di stor memori.
Tokoh yang disebutkan adalah Siti Fatimah Binti Maimun  iaitu salah seorang penyebar agama Islam yang pertama di Pulau Jawa.Apa yang amat-amat menarik minat saya ialah beliau merupakan seorang wanita sufi yang dikatakan telah lama menyebarkan agama Islam di Tanah Jawa lebih awal daripada wali songo.Dan usianya ketika memulakan dakwah iaitu 17 tahun.
Nama penuh beliau ialah Fatimah binti Maimun Dewi Ratna Swari. Beliau puteri kepada Sayyid Maimun Sultan Kedah Malaka (Malaysia) yang bergelar Sultan Mahmud Mahdad Alim.Beliau termasuk seorang wanita yang mempunyai ilmu yang tinggi dan pendakwah Islamiyah yang sangat alim.Pernah diceritakan beliau dengan ikhlas menyediakan dirinya untuk bertemu Raja Mojopahit yang beragama Hindu untuk menyebarkan Islam.
Fatimah binti Maimun meninggal dunia pada tahun 1082 Masihi.Makam beliau terletak di Desa Leran Kecamatan Manyar kira-kira sejauh 5 km arah barat kota Gresik di Jawa Timur.
 Inilah makam Siti Fatimah Binti Maimun di Jawa Timur

Menurut ahli Arkeologi makamnya merupakan Makam Islam tertua di Asia Tenggara. Bentuk Makamnya sangat unik, karena berbentuk Cungkup yang dinding dan atapnya semua terbuat dari batu putih kuno.Walaupun Cungkup Makam beliau mirip dengan bentuk Candi, dikatakan Cungkup tersebut memang dibangun oleh Raja Mojopahit untuk menebus perlakuannya yang kurang bersahabat terhadap utusan Raja Kamboja yang ternyata bermaksud baik
Apa yang menarik mengenai beliau, dikatakan Fatimah termasuk dikalangan Ahli Bait Rasulullah s.a.w kerana salasilah nasabnya  sampai kepada Fatimah binti Rasulullah SAW. Fatimah binti Rasulullah SAW adalah isteri Sayyidina Ali bin Abi Talib.

Berikut adalah salasilah keturunan Fatimah binti Maimun :
Sayyidina Ali bin Abi Thalib
Sayyid Al Imam Husain
Sayyid Al Imam Zainal Abidin
Sayyid Muhammad Al Bakir
Sayyid Al Imam Ja'far Shodiq
Sayyid Ali Al 'Uroidli
Sayyid Sulaiman Al Bishri
Sayyid Abu Yazid Al Bishri
Sayyid Ahmad Al Baruni
Sayyid Idris Al Malik
Sayyid Muqoddam Shiddiq
Sayyid Hibbatullah
Sayyid Maimun
Fatimah binti Maimun 

Kebenaran daripada sejarah ini hanya Allah yang mengetahuinya namun cari-gali dan bukti-bukti yang ditemui oleh para pengkaji sejarah dapat merungkaikan kesahihannya.
Sebagai kesimpulannya,apa yang penting dapat dilihat di sini ialah peranan wanita lebih-lebih lagi para remaja dalam menyampaikan dakwah Islamiyyah telah terbukti sejak sekian lama.Bermula dengan para ummahatul mukminin, disusuri para pendakwah bebas di awal penyebaran Islam di Asia Tenggara sampai ke Malaysia dan akhirnya sampai kepada kita pada masa kini.
Bersyukurlah atas nikmat agama yang sampai kepada kita dengan menjadi mata rantai perjuangan ini.Semoga Islam akan terus bersinar sehinggalah ke akhirnya.Wallahu alam.

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates