09 December 2011

Gambar Hiasan
Assalamualaikum dan salam ziarah.Bertemu lagi di alam maya..

Musim ini saya sibuk menggodam internet di rumah, sesekali selepas menyelesaikan beberapa kerja yang masih tertangguh. Search dan baca sekadarnya perihal cerita tanahair dan luar negara. Masuk ke laman sosial pula, pelbagai perkara boleh jumpa.

Cuma ada satu perkara yang membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi di sini. Itupun selepas melihatkan video ini dan ini.

Sebenarnya ada kebimbangan di hati saya perihal masyarakat Islam kini yang mengalami 'kerabunan' sensitiviti terhadap isu-isu berkaitan agama Islam sendiri. Dan sudah tentu bukan saya sahaja yang berperasaan begini.

Mungkin yang mereka cipta dan pengarah video di atas dan banyak lagi seumpamanya hanyalah atas dasar kepentingan politik atau kepentingan kepartian, atau mungkin juga kepentingan peribadi...namun yang saya sentuh di sini bukanlah isu politik tetapi isu agama Islam yang diperkotak-katikkan.

Boleh jadi juga yang melakonnya tidak mengetahui ataupun tidak pernah mempelajari berkaitan isu-isu agama yang disentuhnya. Namun, bagi yang merasakan diri mereka tidak mengetahui isu-isu yang berkaitan agama, sama ada dasar, hukum dan sebagainya...eloklah berdiam diri tanpa menyuarakan apa-apa. Itu adalah lebih baik daripada terus sesat dan menyesatkan manusia lain. .

Itu yang berkaitan video sahaja, belum sentuh mengenai cerita-cerita di dalam filem dan drama yang sewenang-wenangnya menyentuh isu-isu agama dengan tidak selayaknya. Sehinggakan isu mempersendakan pemakaian yang menutup aurat, para ustaz dan ustazah dan sebagainya.

Adalah sesuatu yang menyedihkan bilamana media baru yang serba canggih dan terbuka ini membuka ruang seluas-luasnya kepada penggunanya untuk mencari seberapa banyak ilmu pengetahuan ini di salah gunakan.Orang Islam yang mengaku beriman sendiri sanggup menggunakan medium ini belandaskan hawa nafsu semata-mata tanpa rasa was-was mahupun rasa bersalah.

Apa yang penting, sebelum bebas membuat penilaian berdasarkan akal dan emosi..adalah lebih baik mengkaji sesuatu perkara itu terlebih dahulu berdasarkan sumber perundangan utama kita iaitu Al Quran dan As Sunnah. Yang baru belajar adalah tidak sepatutnya menjadikan medium ini sebagai guru utama...malah carilah guru yang mursyid dan alim sebagai tempat bertanya dan bersoal-jawab.


Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak, sudah tentu waktu ini masa mereka mempelajari banyak perkara. Menjadi peranan ibu bapa mengawasi dan memberi bimbingan kepada anak-anak dalam melayari medium baru ini. Semoga anak-anak kita membesar dengan kecerahan akal dan minda yang sihat mendorong melaksanakan kebaikan seterusnya menjadi daie dan khalifah Allah yang diredhai.
Sekadar buah pandangan.Semoga dapat manfaat bersama. Wallahu 'alam.

1 comments:

Cintai majlis ilmu. Tidak sama manusia berilmu dengan manusia yg tidak berilmu. Semakin banyak ilmu semakin banyak yg tidak tahu, maka terus mencari ilmu. Azam sekurang2nya dgr ceramah agama kat you tube setiap hari. Tiada alasan lagi untuk tidak berilmu. Just Do It !! Ilmu & Amal. Ilmu tanpa amal pun tarak guna. Amal tanpa ilmu pun haru. Beramal & berilmu yg terbaik.

REPLY

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates