08 December 2011

Assalamualaikum...kembali bertamu.


Saya  terkenangkan anak-anak didik saya di sekolah, mengenai akhlak dan perangai mereka.Yang nakal sikit-sikit tu bolehlah dikatakan 'biasa' bagi seorang kanak-kanak. Yang suka bermain dan ingin tahu dalam pelbagai perkara.Yalah,nama pun kanak-kanak yang didefinasikan sebagai budak atau anak kecil iaitu manusia yang muda masih belum mencapai baligh. 

Namun, jika perangai nakal itu berubah kepada nakal melampau sehingga terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya, itu adalah sesuatu yang perlu ditegah dan diambil berat oleh semua.

Maka di dalam artikle ini memberi panduan bagaimana kaedah Islam mengajar ibu bapa khasnya menyelesaikan anak-anak yang sebegini.

Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti 

Surah al-Fatihah, 
Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), 
Selawat Syifa’, 
Selawat Tafrijiyah,
Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) 
dan beberapa doa-doa yang lain

Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.
Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;
 

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.
2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.
3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.
4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.
5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.
7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
8. Beri minum air tersebut dan Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.



Pencegahan Awal


Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.


p/s:Mungkin bagi guru-guru yang menghadapi masalah pelajar yang nakal juga boleh melakukan kaedah ini.Wallahu 'alam.

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates