20 December 2011

Hayatilah nasihat Imam Shafie ini dan jadilah ia sebagai panduan dalam kehidupan seharian..


Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, 
seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan 
yang menjaga nama baikku 
ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati 
yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan
selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan 
kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat,  aku semakin percaya diri.
Mencari sahabat pada waktu susah.
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara 
suka dan duka.  Jika suka melanda, aku sering bertanya: Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?? Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan. Pasang surut persahabatan.
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.
Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.
Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.
Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.
Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup
menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.
Sukarnya mencari sahabat sejati.
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti
seorang paderi dalam menghadapi manusia.
Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya.
Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.
Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.
Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates