29 April 2011 Tags: 0 comments

::Video seks kotori minda anak muda::

hakikat akhlak remaja kita...apakah kita masih enak tidur???

Oleh:Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor   
Firman Allah bermaksud: "Dan infakkanlah hartamu pada jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam lembah kebinasaan dengan tanganmu sendiri, dan berbuatlah kebaikan. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." [Al-Baqarah:195]

Ibu bapa hari ini sangat berwaspada dengan kegiatan anak-anak yang tidak bermoral melalui medium internet. Selain majalah-majalah yang memaparkan gambar berunsur negatif, internet adalah jalan alternatif yang mudah untuk memuat turun segala video yang diinginkan. Anak muda yang terdidik dengan sistem alam maya ini didedahkan dengan pelbagai video lucah di internet.

Kebimbangan ini semakin parah apabila tapisan yang dibuat di internet untuk mengelakkan anak-anak terjebak dengan gejala negatif ini seolah-olah hanyalah sebagai syarat yang mampu ditembusi oleh mereka. Guru-guru di sekolah juga sentiasa memasukkan elemen nasihat seperti menjelaskan kesan dan akibat daripada mlihat video lucah.

Namun, usaha ibu bapa dan guru-guru seolah-olah hampa dan memutuskan semangat. Hal ini terjadi apabila siaran televisyen memaparkan cerita-cerita dan filem-filem yang sangat teruk, mempunyai adegan-adegan melampau dan pelakon-pelakon yang seksi.

Lebih hancur lagi harapan ibu bapa dan guru yang berusaha keras memastikan anak bangsa mempunyai nilai akhlak yang terpuji apabila isu video seks permainan politik diketengahkan. Bukan persoalan salah siapa, tetapi video yang dimuatkan dan gambar-gambar tidak bermoral ditayangkan untuk khalayak umum yang perlu dititikberatkan.

Akhbar tempatan memaparkan gambar lucah, siaran televisyen kerajaan menayangkan beberapa aksi panas dan pawagam rakyat (Youtube) mendedahkan segala cerita yang berlaku.
Video seks telah mengotori minda anak muda:
1) Pintu fitnah dibuka seluas-luasnya
2) Penyebaran video seks diberi lampu hijau
3) Tiada penjelasan daripada perspektif hukum Islam kepada seluruh rakyat mengakibatkan kekeliruan
4) Memberi persepsi politik kotor kepada anak muda
Dalam isu ini, peranan secara serius perlu dimainkan oleh golongan akademik dan ulama. Kes seperti ini telah membarah teruk dalam masyarakat khususnya anak muda hari ini.

Satu konvensyen besar-besaran perlu dianjurkan di peringkat nasional yang terdiri daripada golongan ulama, ahli akademik dan golongan profesional yang bebas daripada unsur politik bagi mengatasi konflik yang tidak terarah ini.

Anak muda khususnya mahasiswa Islam tidak sekali-kali dapat menerima hal seperti ini. Anak muda dan masyarakat menjadi mangsa pergaduhan politik sesama sendiri ini.
maksud firman Allah:
Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.” [An-Nahl:125]

Justeru, saya menyeru kepada seluruh anak muda dan masyarakat luar agar kita semua berpegang dengan ajaran Islam dan nilai akhlak yang baik untuk mengelakkan terjerumus dalam kancah fitnah yang berleluasa ini. Semoga Malaysia lebih aman dan sejahtera.
We Unite For Islam
Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor
Mahasiswa UIAM

::Oh Malaysiaku::

Malaysia...punyai ciri-ciri negara Islam???erm.....
Bosan tengok berita di tv...bosan juga baca surat khabar.seolah-olah saya membuang masa jika berbuat demikian...
Saya bukan penyokong fanatik Anuar Ibrahim.namun saya salah seorang insan prihatin......Isu yang dimainkan bukan lagi menjadi isu politik sempit semata, malah isu penghinaan terhadap agama .Membongkar betapa jahilnya mereka yang berada di atas , dan meletakkan institusi perundangan Islam dikaki.
Berita hari ini menyiarkan mengenai beberapa blog  telah meng upload video seks yang dikaitkan dengan anuar ibrahim..siap menyiarkan alamat-alamat blog tersebut..tidak ada highlight  terhadap halal dan haram menonton video sedemikian..bahkan seolah-olah mempromosi rakyat untuk menontonnya..atas tujuan apa???Dimanakah pihak berwajib seperti Kementerian Dalam Negeri yang berhak mengharamkan pengeluaran media tanpa etika dan nilai moral di negara islam kita ini?
Saya begitu beremosi terhadap hal ini...dimana kita selaku umat Islam yang mengaku beriman dengan perundangannya?Belum lagi dihitung salah atau tidak si tertuduh...ditambah lagi isu sumpah laknat dsb...agama suci ini seolah-olah diperkotak-katikkan oleh manusia yang mengaku Islam sendiri...
Semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang berada di landasan yang lurus...ameeen

23 April 2011 Tags: 0 comments

::Coretan Sabtu::

Assalamualaikum....bertemu kembali...
 Hari berjalan-jalan dan membaca...alhamdulillah.Pertama kali rasa nyaman di rumah pada hari Sabtu. Yalah,rasanya sudah lama tidak dapat merasai cuti pada hari Sabtu kerana acap kali Sabtu tiba, ada sahaja aktiviti dan program. Bukan berkira-kira untuk cari kesempatan berehat panjang tapi inilah peluang untuk mengurus diri dan keluarga lebih-lebih lagi si kecil aufa yang saban hari ditinggalkan separuh hari.Selalunya saya hanya mencuri-curi waktu mengurus hal rumah.
Selain itu, hak badan juga perlu dilunaskan...kesihatan saya masih ditahap sederhana...Tonsel masih membengkak juga tekanan darah yg tidak stabil...rasanya perlu pada rawatan yang intensif. Sudah berura-ura cuma tunggu masa dan waktunya.
Cukup sekadar coretan pendek....apa sahaja yang berlaku di dalam hidup, perjuangan tetap perlu diteruskan...takbir!!!

15 April 2011 Tags: 0 comments

::itukah PR???::

 Gambar hiasan
Mujahidah pejuang Islam

Assalamualaikum dan salam ziarah lagi...
Sedang mengintai-intai hal ehwal semasa tanahair, teruja dgn berita PR Negeri Sarawak esok..apakah corak, menifesto dan ragam PR di negeri kelahiran saya itu?? :D..teringin juga hendak mengambil peduli mengenainya....

Suatu ketika,seorang kakak bercerita kepada saya..."Semalam kakak pergi ke dot dot (nama tempat tu hehe..dirahsiakan demi kemaslahatan)..sebelum tu nak cerita sikit mengenai kakak ni...merupakan salah seorang pengundi di suatu PRK yang Adun meninggal dunia..jadi yg diceritakan tadi merupakan kisah dia pergi ke suatu sesi kempen PR..
Sebenarnya dia bukan pergi atas kerelaannya, tetapi undangan dari parti yang menganjurkan itu...katanya satu kampung turun padang...amboi! yelah..pergi dengan harapan yang tinggi...:)
"Kakak menyesal betul pergi semalam...sudahlah jauh tempatnya...sesat pulak tu nak jumpa tempat tu" sambungnya.
"Dah sampai tu, bersesak-sesak mencari tempat duduk untuk mendengar ucapan orang-orang besar tersebut.." Saya hanya mendengar sambil mengamati kata-katanya.
"Panas dan lapar juga hehe...last-last balik tangan kosong...ingatkan dapat la duit barang RM50 ke RM100..baru berbaloi.." sungguh-sungguh kata-katanya tu...
"Lain kali memang kakak tak akan pergi kalau parti tu yang anjurkan lagi.." tekad dia. Saya yakin dia tidak bergurau dengan kata-kata itu...

Saya hanya menilai sendiri..inikah yang dikatakan PR??? Medan mencari duit lebih ke??? Mungkin juga bagi sesetengah orang.... Jika inilah ragamnya di PR, nampaknya berjayalah masyarakat kita ini dididik dengan metarial..maka akan datang lahirlah generasi meterialistik..nauzubillah.

Yang pasti..bagi insan-insan yang panjang akal dan berfikiran jauh..sudah tentu matlamat utama PR untuk kemaslahatan umum....kebahagiaan di sana...

Sekian buat bacaan santai malam ini...:) namun, sama-samalah kita fikiri...
Semoga kemenangan dianugerahkan buat pejuang agama Allah yang ikhlas dan tulus dalam menegakkan agamaNya..takbir!!!

::Sesi mengingati nikmat::

Salam Sayyidul Ayyam,penghulu segala hari,hari Nabi Adam diciptakan dan disingkirkan dari syura, juga hari berlakunya kiamat...masyaallah...
Semoga petang Jumaat yang penuh barokah ini mengembalikan jasad dan jiwa kepada mengingati sang Pencipta, Allah Maha Besar...
Semoga amalan dan pekerjaan yang dilakukan petang ini dikira ibadah disisinya.

Selama seminggu berura-ura untuk bertemu kakak kesayangan Kak Su, juga adinda Syamila yang sepatutnya berlangsung petang ini..namun kuasa Allah mengatasi segalanya..terpaksa bertemu muka dgn kertas-kertas yang berselerakan...persediaan untuk program keesokannya.Ambil masa sedikit mencoret lagi dilembaran ini...medan saya meluah sesuatu.

Dalam kekalutan mengatur perjalanan hidup, pernah juga terpinggirkan sesuatu yang amat penting...penting untuk hidup sebagai pejuang, dan penting untuk mengatur strategi-strategi akan datang.Memang benar bagi manusia, andai ada pilihan maka akan ada kos lepas iaitu sesuatu yang terpaksa diketepikan disebabkan pilihan tersebut...

1. Kekadang kita terlupa...Jika kita memilih untuk hidup selesa tanpa mempedulikan amanah yang perlu dilunaskan, maka kita akan melepaskan seberapa banyak mad'u yang memerlukan kita..namun, kita perlu memilih sendiri apa yang kita mahukan. Kitalah yang perlukan agama, bukan agama yang perlukan kita..andai kita tidak memilih kebaikan agama itu, ia tetap ada bahkan tidak calit walau sedikit.

2. Nikmat sakit yang jarang-jarang kita dapat.Biasanya orang akan mengingatkan kita dengan nikmat sihat, sehinggakan kita terlupa akan adanya nikmat sakit itu...teringat pernah suatu masa saya pernah menghafal beberapa ciri-ciri seorang muslim..

1. AKIDAH YANG SEJAHTERA
2. IBADAH YANG SEMPURNA
3. AKHLAK YANG BAIK
4. PEMIKIRAN YANG BERWIBAWA
5. BADAN YANG SIHAT / KUAT
6. BERMANFAAT UNTUK SAUDARA YANG LAIN
7. MAMPU BEKERJA
8. TERATUR DALAM SETIAP URUSAN
9. BIJAK MENGURUSKAN MASA
10. MELAWAN HAWA NAFSU

masih mengingatkan saya peri pentingnya kesihatan..bukan bermakna kita lupakan nikmat sakit itu...namun, andai seorang pejuang tidak menjaga kesihatannya...maka akan menjejaskan amanah yang dipikulnya...
Semoga kita sama-sama mengingati semula sesuatu yang dilupakan itu.Pesanan buat saya yang mencoret ini juga buat anda yang sudi membacanya...saya perlu menyambung tugas kembali..

semoga yang membacanya mendapat manfaat atas tulisan saya yg serba dhoif ini....:)

11 April 2011 Tags: 1 comments

::Kembali bertamu::

Assalamualaikum warahmatullah....
Kembali bertamu di sini setelah beberapa waktu menyepi. Bukan sepi tanpa mengikuti perkembangan semasa, tetapi hanya sedaya upaya melunaskan hak dan tanggungjawab mengikut aulawiyatnya. Medan ini terpaksa dibekukan kerana amanah yang lebih besar segera diambil peduli.
Beberapa waktu berlalu, pelbagai peristiwa datang dan pergi. Yang pasti, yang telah berlalu pasti tidak akan kembali. Hanya yang tinggal kenangan yang terpahat di memori...namun pernah juga terjadi peristiwa yang menjadi sejarah...sejarah yang pasti akan berulang? Segalanya berkemungkinan...

7 Feb.2011
Alhamdulillah saya telah mendapat tempat yang tetap dalam bidang pendidikan ini. Sesungguhnya pengorbanan saya selama lebih kurang 2 tahun, kemudiannya berakhir juga...liku-liku perjalanan itu kekadangnya mencalit calar di hati.Namun, perjuangan yang bagaimana lagi yang menjanjikan karpet merah untuk dilalui? Yang pasti, saya tidak pernah berasa menyesal berada di medan ini. Tekad dan azam saya agar terus dapat memajukan diri dan generasi demi melihat agama suci ini bercahaya kembali.

14 Mac 2011
Sambutan pertama kelahiran anakanda Aufa..anakanda yang dilahirkan sebagai diplomat (kata Mak Su)..jiwa kecil yang begitu tabah mengharungi dunia. Terpaksa ditinggal bapa sejak di alam rahim lagi. Anak yatim itu begitu tabah mengharungi dunia apabila mama juga terpaksa selalu meninggalkan Aufa seawal usiamu 3 bulan.
Teringat saat manis melahirkan aufa, mama bersendirian tanpa ditemani sesiapa...sehinggalah saat aufa di dalam wad, mama juga setia menemani aufa, ke sini dan sana sendirian...alhamdulillah Allah titipkan jiwa mama sekuat jiwamu juga. Semoga Allah terus titipkan kekuatan buat jiwa kita, Aufa semoga terus menjadi mujahidah solehah, peneman mama sepanjang hayat..biiznillah.
 Syukran jazilan buat Mak De sekeluarga atas sambutan yang serba meriah..mi kari yg sungguh enak :) juga buat Mak Long yang membuat kek yang sangat special...

23 Mac 2011
Semasa menghadiri taklimat Pentaksiran PAFA di SJKC Khee Chee, saya dengan tidak sangka-sangka bertemu dengan seseorang yang sudah lama saya ingin temui..seorang kakak yang tabah, malah cerita hidupnya hampir sama dengan saya..sahabat di alam maya membawa ke realiti.Kak Ju,itulah panggilan untuknya..sapaan kali pertamanya agak membingungkan saya...alhamdulillah, kami dapat berbual-bual seolah-olah sudah lama mengenalinya walaupun dalam jangka masa sebentar. Semoga kita terus tabah dalam menghadapi ranjau kehidupan ini...

Sepanjang senggang waktu saya tidak menulis ini, terlalu banyak perkara berlaku..kisah suka dan duka...macam drama dalam tv pula :) Namun, itulah hakikat pentas dunia..kita selaku hamba harus pandai melakonkan wataknya.Andai tergadah dengan sedikit latahan, maka pincanglah sebuah kehidupan...

Hari ini, saat saya melakar coretan ini, saya dalam keadaan agak tidak stabil. Medical check up membuktikannya..:) akhirnya saya terpaksa MC dan berehat sahaja.Saya tidak mahu keadaan ini berlarutan..doakan saya terus kuat...Allahu yashfii...ameen

.

.