30 August 2011 Tags: 0 comments

::Salam Eidul Fitri~Mari ikut Sunnnah Nabi::


Kullu 'am wa antum bil khair
Eidulfitri sudah tiba, menandakan kita sudah meninggalkan madrasah Ramadhan..bagaimanakah result dan natijah Ramadhan kita? Adakah Mumtaz atau Jayyid Jiddan atau juga Jayyid sahaja? Amat malang jika result yang diperolehi Rosid..nauzubillah.
Untuk memperolehi keputusan yang mumtaz jiddan elok juga kita dalami 10 sunnah Rasulullah dalam kita merayakan hari kemenangan ini.

1. Bertakbir 
Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah selesainya imam membaca khutbah. Disunatkan juga  untuk kita bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid utk menunaikan solat aidilfitri.
2. Lafaz ucapan selamat 

Majoriti amalan umat islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaaran dengan ucapan ‘selamat hari raya, Maaf zahir batin’. Namun diceritakan al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair Nufair r.a katanya :- ” Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain “taqabbalullah minna waminka”(semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu [waminka di atas boleh ditukar kepada waminkum untuk diucapkan kepada orang ramai] ).”
3. Meneruskan Qiamullail
Jika sepanjang Ramdahan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah contohnya melalui solat tarawih, maka ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud.
4. Mandi sunat pagi hari raya 
Disunatkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat aidilfitri.

5. Makan sebelum solat Aidilfitri
Disunatkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya.  Kebiasaannya Rasullullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada hari raya Aidilfitri.Mereka bebas memakan apa sahaja.
6. Memakai pakaian yang indah
Disunatkan kamu muslimin memilih pakaian yang terbaik serta indah-indah mengikut kemampuan masing-masing untuk menuju tempat solat. Disunatkan juga kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunatkan kepada kaum wanita.
7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya
Berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan. Disunatkan juga mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Ada pendapat menyatakan ia dilakukan agar dapat bersalam dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Selain itu, orang yang berjalan ke masjid, salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjat.
8. Mengerjakan solat aidilfitri
Syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlaksanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat islam.
9. Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri
Setelah sebulan umat islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah s.w.t, makan tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari raya aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah , selutruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat islam.
10. Puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadahan lalu diiringi dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.
Cara paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya secara berturut-turut (bermula pada 2 syawal. Namun seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan syawal samada secara berturut-turut atau berpisah-pisah.
Semoga dengan amalan yang digariskan ini akan terus mendidik jiwa kita menjadi insan yg muttaqin..

28 August 2011 Tags: 0 comments

::Diari Pendidik, Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan dan Khatam Al Quran::

Alhamdulillah dengan izin Allah jua program Ihya Ramadhan 1432H dapat dijayakan dengan jayanya. Program tadarus dimulakan tanggal 1 Ramadhan 1432H bersamaan 1 Ogos 2011.Setelah 3 kali khatam bacaan yang di ambil bahagian oleh murid-murid tahap 2 sepanjang ramadhan, akhirnya tanggal 26 Ramadhan bersamaan 26 Ogos 2011 majlis Penutupan dan Khatam Al Quran telah selesai diadakan dengan meriahnya. Semoga objektif yang telah digarapkan kepada para pelajar dan guru-guru telah tercapai.
Berikut bebarapa foto yang sempat dirakamkan...


 
GB Tn Hj Azmi Hj Muhammad menyampaikan bunga telur kepada peserta
Ust Rodzi menyampaikan bunga telur kepada semua guru
Sebelum majlis dilangsungkan murid-murid berzikir munajat bersama-sama, diikuti bacaan yasin dan solat dhuha.
Selain daripada itu, acara penyampaikan bantuan kepada pelajar miskin dan pembahagian duit raya kepada semua pelajar.
Acara penutup adalah Salam Wada' antara murid-murid dan semua guru-guru sebelum pulang.
Semoga program mengimarahkan Ramadhan ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

14 August 2011 Tags: 0 comments

::Nur Amni Aulia::

Sekalung tahniah buat adinda Khairul dan Salehah atas kelahiran cahayamata ke 2, tanggal 5 Ramadhan 1432H bersamaan 5 Ogos 2011.
Anakanda diberi nama Nur Amni Aulia (Nur = cahaya, Amni = keamanan, Aulia = pemimpin/ pelindung )
Semoga permata hati yang lahir ini menjadi anak yang solehah.
Ameen


11 August 2011 Tags: , 0 comments

::Cetusan::

Ramadhan dah tiba ke fasa ke 2, bagaimana fasa pertama yang telah ditinggalkan? Rasanya masih ditahap bagaimana? Semestinya turbo ibadah perlu dipasang untuk mengejar maghfrahNya.
Ramadhan kali ini agak berbeza buat saya, tugas dan perjalanan kerja seperti biasa...bersama anak-anak yang rata-rata masih ditahap baru belajar berpuasa.Jika dilihat sebelum sampai Ramadhan, anak-anak didik ini ceria di pagi hari dan aktif di tengaharinya...di bulan Ramadhan ini sedikit berbeza dengan waktu pagi yang suram dan tengahari yang semakin suram...hehe.
Namun, ramai yang tetap teguh pendirian untuk menahan diri dari lapar dan dahaga...subhanallah..konsistennya si kecil ini berpuasa. Namun disebaliknya, ada ganjaran dan habuan yang agak lumayan bakal diterima andai berjaya menghabiskan 30 hari berpuasa.Wah, sungguh berjaya hasil tarbiah dari ibu bapa yang ingin melihat anak mereka berpuasa penuh!
Namun, bila ditanya mengenai solat...saya hanya tersenyum dengan jawapan mereka...sudah tentu anda juga dapat mengagak jawapannya..
Itulah hakikatnya...ibadah tunjang juga tiang agama itu begitu susah untuk dilaksanakan..kenapa agaknya?Sedangkan ibadah lain yag rasanya agak berat dari solat itu, manusia sanggup berhabisan...Sedangkan yang 5 waktu itu, agak susah untuk dilaksana..namun bila berterawih? alhamdulillah....
Saya selaku pendidik merasakan perlunya ibu bapa selaku insan yang paling hampir dengan pelajar ini untuk turut berbuat sesuatu bagi menggalakkan mereka bersolat...mungkin juga dibalas ganjaran yang memadai sebagai permulaannya...jika ibu bapa turut bertegas dalam hal ini, insyaallah kanak-kanak dan remaja soleh dapat dilahirkan hasil tarbiah yang sebenar kepada anak-anak..Ingat, solatlah yang dapat menegah manusia daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar!

Sekadar cetusan di malam hari...ada buah fikiran,sudi-sudilah berkongsi...
Selamat meneruskan ibadah puasa...

09 August 2011 Tags: 0 comments

::Ramadhan milikku,milik kita bersama::

Assalamualaikum warahmatullah....

Alhamdulillah wa syukru lillah atas kurniaan nikmat yang tidak terkira banyaknya...syukur juga kerana dengan izinnya kita masih diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Ramadhan 1432h ini.Ahlan wasahlan ke madrasah Ramadhan.Juga Ramadhan Kareem buat semua.
Posting pertama saya di Ramadhan Mubarak..alhamdulillah terus dan terus melafazkan hamdalah kepadaNya.

Rutin saya sebagai pendidik terus berjalan, malah tugas saya sebagai driver peribadi kepada ayah dan bonda juga terus dilaksanakan. Sebagai anak yang tinggal bersama ayah bonda, kekadang terasa agak berat.Kekadang juga menguji kesabaran..Saya dambakan syurga di bawah tapak kaki mereka.Sedangkan merekalah yang sudah melalui  pelbagai mehnah lantaran membesarkan saya. Selaku anak, saya akan terus cuba berbakti sebaiknya...

Kedatangan Ramadhan tidak patut membataskan pekerjaan kita, yang diamanah dan ditaklifkan terus dan sedaya-upaya dilaksanakan. Malah di Ramadhan ini kerja menjadi-jadi datangnya. Penat dan letih terpaksa dan perlu di lupakan, namun sebagai hamba kekadang terkeluar keluhan yang pelbagai..masyaallah, maafkan hambaMu Ya Allah.

Plan sepanjang Ramadhan saya kali ini:
  • Sentiasa memohon petunjuk dan pergantungan kepada Allah, berdoa dan terus berdoa.
  • Menambah amal dan ibadah, terawih dan tahajjud perlu dikonsistenkan.
  • Tadarus di masa terluang, target tamat sekurang-kurangnya 2 kali sebelum tiba syawal.
  • Berusaha menghindar perkara sia-sia.
Semoga Madrasah Ramadhan kali ini mampu membina kembali stamina iman kita sepanjang tahun mendatang.Semoga kita tergolong di kalangan hamba Allah yang paling bersyukur.Ameen

.

.