16 October 2011 Tags: 0 comments

Salam buat semua

Assalamualaikum warahmatullah....
Kaifa halukum rakan-rakan maya sekalian...:)
Lama rasanya tidak mencoret sesuatu di laman maya ini.Sekadar jenguk dan jenguk sahaja.Melihat tarikh entri post terakhir di blog,rasanya dekat sebulan juga.Cuma baru-baru ini tukar rumah baru pula, dah macam kanak-kanak riang gayanya hehe.
Kekangan masa mambuatkan saya terpaksa memilih  aktiviti yang penting-penting sahaja (dah macam sibuk sangat je :D)Namun hakikatnya begitulah...lumrah hidup sebagai insan biasa,tanggungjawab perlu dilunaskan.Sebagai pendidik ,ibu, anak dan yang paling penting sebagai hamba Allah yang mendambakan syurgaNya.
Senggang waktu yang berlalu pelbagai peristiwa suka dan duka yang dilalui...perubahan demi perubahan yang dicipta dan kekadangnya dipaksa melaluinya. Kekadang perasaan bercampur-baur datang, silih berganti rupanya.  
Begitulah hakikat dunia semakin hari semakin banyak transformasi...Yalah, sedang dunia juga sudah semakin tua. Bagaimana pula kita?Masakan mahu duduk ditakuk yang sama juga? Mengambil contoh melihat situasi pendidik-pendidik di sekolah, rata-ratanya telah menyambung kursus ke peringkat yang lebih tinggi. Satu kebanggaan juga apabila layak digelar 'student' kembali.Kekadang seronok melihat aksi student-student baru berbincang lagak study group..seronok dan menggamit nostalgia di alam pelajaran.Keseronokan menadah kitab di depan syeikh dan syekhah, demi mencari bekalan didada.Rindu pada situasi itu.Dan saya juga menyimpan hajat yang sama.Semoga hajat saya dikabul olehNya.
Buat akhir kalam ini, sekalung ucapan tahniah buat sahabat-sahabat juga saudara mara yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi juga tahniah atas kelahiran cahaya mata.Semoga dengan kehidupan baru yang terbina akan membawa rahmat buat kalian disulami mawaddah dan rahmat semuanya...

.

.