30 November 2011 Tags: 1 comments

Kekal solo?

Assalamualaikum dan Salam Ziarah di musim cuti persekolahan...

Alhamdulillah musim ini pelbagai projek yang dirancang untuk memenuhinya...dan rata-rata orang memilih untuk melangsungkan perkahwinan dan mengadakan majlis Walimatul 'Arus.Tidak kurang juga yang merancang untuk bertunang.Buktinya di dalam diari tercatat 2 atau 3 majlis yang diundang dalam masa sehari. Ahlamdulillah, kiranya telah sampai jodoh masing-masing.Semoga mahligai yang dibina kekal mawaddah wa rahmat hingga ke syurga.

Kekal solo? Kenapa tajuknya demikian? Saya telah terbaca sebuah artikle mengenai tajuk ini.Begitu tertarik dengan isi di dalamnya maka, saya suka untuk berkongsi di sini.

Sebaik sahaja angka usia mencecah 30-an, hati sang gadis gundah gelana memikirkan nasib diri.Adakah mereka ditakdirkan dihup membujang apabila diri tidak juga disunting oleh mana-mana kumbang.Apatah lagi setelah usia mencecah ke angka 40-an.Harapan hidup sebagai isteri dan ibu sedikit demi sedikit mula pudar.Malah perasaan itu semakin menipis selari dengan pertambahan usia.Ya, mereka mungkin ditakdirkan untuk hidup solo!

Sebenarnya hidup solo bukanlah sesuatu yang luar biasa terjadi pada masa kini. Ramai wanita yang masih bujang walaupun usia telah mencecah 40-an dan 50-an. Mungkin ada juga yang diantaranya telah memilih untuk hidup membujang atas pelbagai faktor. Namun, ramai juga yang membujang bukan atas pilihan sendiri.Mungkin jodohnya belum sampai. Puas berusaha namun jejaka pilihan masih juga belum ditemui.Keluarga asyik bertanya bila hendak berkahwin?.Terfikir juga untuk hidup berkeluarga dengan mempunyai suami dan anak-anak sebagai penyambung keturunan. Bila melihat teman-teman sebaya yang telah mempunyai anak yang sudah besar perasaan juga semakin tertekan. Kenapakah aku masih solo? Siapakah yang tidak tertekan begini?

Andai ada yang mengalami situasi begini, usahlah terlalu kecewa, sedih, malu dan tertekan kerana diri ini pilihan Allah untuk kekal membujang.Ianya adalah sesuatu yang istimewa.Mungkin jodoh ada di syurga nanti, siapa tahu?Di dunia ini ada tanggungjawab dan dan peranan besar yang harus dipikul dan dilunasi. Mungkin sekiranya anda berkeluarga, anda tidak dapat menjalankan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.

Apa yang perlu dilakukan ialah, kuatkan minda sebelum anda boleh mempertahankan diri di mata masyarakat yang segelintirnya memandang rendah kepada gadis yang berusia.Jika ada yang menyindir, kononnya anda tidak laku, katakan dengan tegas anda bahagia dengan hidup anda dan soal jodoh serahkan kepada tuhan. Jangan pula rasa rendah diri dan sedih.Soal jodoh adalah sesuatu yang cukup misteri.

Jadi, jangan stress dengan sesuatu yang masih belum pasti.Sekarang inipun berapa ramai yang kita lihat bertemu jodoh di usia 40-an?Malah ada yang bergelar isteri buat kali pertama di usia 50-an.Itu bukan lagi perkara yang mustahil.

Sekiranya anda masih lagi menyimpan hasrat untuk mendirikan rumahtangga suatu masa nanti,diri sendiri perlu berfikiran lebih terbuka. Bukan bermakna selama ini kita memilih dalam mencari pasangan hidup, tetapi perlu lebih praktikal.Maksudnya, di usia ini anda harus membuka peluang kepada mana-mana lelaki sahaja yang ingin mendekati anda,asalkan dia baik dan dapat membimbing anda dunia dan akhirat.Tidak kiralah yang muda, yang bujang terlajak, duda mahupun suami orang.Ini kerana tidak dinafikan di usia anda pilihan sudah semakin kurang.

Apapun, soal rezeki,jodoh hidup dan mati semuanya ditangan yang Maha Berkuasa. Apa yang penting berdoalah dan mohonlah kepada Allah agar apa yang ada pada kita hari ini merupakan jalan yang terbaik yang terus mendorong kita ke jalan yang diredhai.
Solo atau berkahwin, kedua-duanya punyai nilai dan value sendiri...

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua..

18 November 2011 Tags: 0 comments

::Siapakah Siti Fatimah Binti Maimun?::

Assalamualaikum...
Salam Ziarah di Sayyidul Ayyam...hari terakhir persekolahan 2011 merangkap hari yang paling sibuk dalam sejarah hehe.
Sejurus tiba di teratak bonda, seperti biasa tidak terlepas menonton 'Usrah" yang dikendalikan oleh Ustazah Asni Mansur. Hati begitu tertambat dan teringin benar untuk menghadam siapakah tokoh wanita yang disebut-sebut di dalam rancangan hari ini.Cuba amati dan search di kotak minda...rasa-rasa pernah mendengar nama ini,namun mungkin telah lama dan tersimpan di stor memori.
Tokoh yang disebutkan adalah Siti Fatimah Binti Maimun  iaitu salah seorang penyebar agama Islam yang pertama di Pulau Jawa.Apa yang amat-amat menarik minat saya ialah beliau merupakan seorang wanita sufi yang dikatakan telah lama menyebarkan agama Islam di Tanah Jawa lebih awal daripada wali songo.Dan usianya ketika memulakan dakwah iaitu 17 tahun.
Nama penuh beliau ialah Fatimah binti Maimun Dewi Ratna Swari. Beliau puteri kepada Sayyid Maimun Sultan Kedah Malaka (Malaysia) yang bergelar Sultan Mahmud Mahdad Alim.Beliau termasuk seorang wanita yang mempunyai ilmu yang tinggi dan pendakwah Islamiyah yang sangat alim.Pernah diceritakan beliau dengan ikhlas menyediakan dirinya untuk bertemu Raja Mojopahit yang beragama Hindu untuk menyebarkan Islam.
Fatimah binti Maimun meninggal dunia pada tahun 1082 Masihi.Makam beliau terletak di Desa Leran Kecamatan Manyar kira-kira sejauh 5 km arah barat kota Gresik di Jawa Timur.
 Inilah makam Siti Fatimah Binti Maimun di Jawa Timur

Menurut ahli Arkeologi makamnya merupakan Makam Islam tertua di Asia Tenggara. Bentuk Makamnya sangat unik, karena berbentuk Cungkup yang dinding dan atapnya semua terbuat dari batu putih kuno.Walaupun Cungkup Makam beliau mirip dengan bentuk Candi, dikatakan Cungkup tersebut memang dibangun oleh Raja Mojopahit untuk menebus perlakuannya yang kurang bersahabat terhadap utusan Raja Kamboja yang ternyata bermaksud baik
Apa yang menarik mengenai beliau, dikatakan Fatimah termasuk dikalangan Ahli Bait Rasulullah s.a.w kerana salasilah nasabnya  sampai kepada Fatimah binti Rasulullah SAW. Fatimah binti Rasulullah SAW adalah isteri Sayyidina Ali bin Abi Talib.

Berikut adalah salasilah keturunan Fatimah binti Maimun :
Sayyidina Ali bin Abi Thalib
Sayyid Al Imam Husain
Sayyid Al Imam Zainal Abidin
Sayyid Muhammad Al Bakir
Sayyid Al Imam Ja'far Shodiq
Sayyid Ali Al 'Uroidli
Sayyid Sulaiman Al Bishri
Sayyid Abu Yazid Al Bishri
Sayyid Ahmad Al Baruni
Sayyid Idris Al Malik
Sayyid Muqoddam Shiddiq
Sayyid Hibbatullah
Sayyid Maimun
Fatimah binti Maimun 

Kebenaran daripada sejarah ini hanya Allah yang mengetahuinya namun cari-gali dan bukti-bukti yang ditemui oleh para pengkaji sejarah dapat merungkaikan kesahihannya.
Sebagai kesimpulannya,apa yang penting dapat dilihat di sini ialah peranan wanita lebih-lebih lagi para remaja dalam menyampaikan dakwah Islamiyyah telah terbukti sejak sekian lama.Bermula dengan para ummahatul mukminin, disusuri para pendakwah bebas di awal penyebaran Islam di Asia Tenggara sampai ke Malaysia dan akhirnya sampai kepada kita pada masa kini.
Bersyukurlah atas nikmat agama yang sampai kepada kita dengan menjadi mata rantai perjuangan ini.Semoga Islam akan terus bersinar sehinggalah ke akhirnya.Wallahu alam.

09 November 2011 Tags: 0 comments

::Buat yang prihatin::

Assalamualaikum dan salam ziarah buat semua...harapnya belum terlambat untuk mengucapkan Salam Eiduladha buat semua(walaupun gema takbir raya telah berakhir petang tadi) Apapun, sama-samalah kita menghayati semangat pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s.
Akhir tahun yang begini kesudahannya lebih-lebih lagi di akhir-akhir musim persekolahan...perlulah menyiapkan mana-mana kerja yang tertangguh dan ujian akhir tahun perlu diselesaikan.Namun,sempat saya mencuri-curi mencari ilmu lebih-lebih lagi ilmu keibubapaan buat pedoman mendidik si kecilku yang semakin membesar kini.

Jika Sultan Muhammad Al Fateh menguasai 6 bahasa pada umurnya belasan tahun, bagaimanakah dengan anak muda masyarakat kita yang sebaya denganya ketika ini? Kebanyakkannya sedang sibuk bercinta monyet, merempit, mencuba apa yang terlarang dan sebagainya. Nauzubillah.. Bukannya ibubapa mereka tidak mempunyai cita-cita dahulu. Tentu mereka juga mahu anak mereka berjaya. Mungkin ada antara mereka ini adalah kanak-kanak bijak. Hebat membaca atau hebat matematik pada umur yang sangat muda. Tetapi..

Ikutilah jejak langkah Ibu Sultan Muhammad Al Fateh.. mulakan didikan anak dengan al Quran.

Petikan di atas saya ambil di sebuah blog yang saya baca kini.Ianya menarik dan banyak panduan yang boleh digunakan bagi mendidik anak-anak.

Melihatkan situasi anakanda Aufa yang cepat belajar,saya telah mulakan dengan pengajaran Al-Quran yang diperdengarkannya saban hari. Harapnya tip-tip yang telah menjadi panduan saya berkesan buatnya dan dia dapat belajar dengan baik.Semoga anakanda membesar sebagai srikandi solehah di dunia dan akhirat sana.
Sekadar sebuah perkongsian...

.

.