03 November 2012

Al-Fatihah.. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ampunan dariNya. Semoga lebih ramai srikandi Islam lahir di dunia Islam.

HILANGNYA TOKOH SERIKANDI

Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau tetapi beliau amat dikenali bagi pergerakan Islam sedunia. Beliau adalah seorang Yahudi Amerika sebelum Allah s.w.t. membuka pintu hatinya kepada Islam dan beliau mengabdikan dirinya pada Islam sehinggalah...
rohnya diangkat pada tanggal 31 Okt 2012. Marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Al- Fatihah..

BIOGRAFI HIDUPNYA

Maryam Jameela adalah seorang wanita hebat yang menemui cahaya kebenaran selepas mengharungi perjuangan yang besar dan selepas memeluk Islam dia mengabdikan hidupnya dalam memperjuangkan ad-Deen. Terlalu banyak jasa al-marhumah dalam menyebarkan dakwah Islam sebagai agama yang praktikal untuk seluruh umat manusia.
 
Maryam Jameelah merupakan seorang tokoh ulama dan penulis. Maryam Jameela telah menulis 34 buah buku mengenai Islam. Beliau telah menghasilkan sejumlah karya yang cukup penting dalam khazanah pemikiran Islam, antaranya ialah Islam and Western Society: A Refutation of the Modern Way of Life, Islam and Orientalis, Islam in Theory and Practice, dan ‘Islam and the Muslim Woman Today’ .Semua tulisan beliau adalah dalam Bahasa Inggeris.

Salah satu hal yang patut dikagumi dari tulisan-tulisan serta pemikiran Maryam Jameela, adalah keyakinannya terhadap agama Islam yang dinilainya sebagai agama terbaik. Islam merupakan agama yang unggul dan satu-satunya jalan untuk menuju kehidupan lebih baik, baik di dunia mahupun akhirat. Melalui karyanya, Maryam ingin menyebarkan keyakinannya itu kepada segenap umat Muslim di seluruh dunia. Harapannya adalah agar umat Islam semakin percaya diri untuk dapat mendayagunakan keunggulan-keunggulan agama Islam tersebut demi meraih kejayaan di Pelbagai bidang kehidupan.

PEJUANG SERIKANDI

Sejarah tidak pernah gagal merakamkan bagaimana penentang-penentang agama ini terdiri daripada kalangan kaum hawa.Sejarah telah membuktikan,generasi awal muslimat memainkan peranan yang sangat penting.Darah merah berkubang di Mekah dan Sumaiyyah menjadi mercu tanda sejarah dengan segunung ketabahan, Aishah sebagai serikandi ilmu dengan sehamparan ingatan yang sangat menggugah, menguasai Al-Quran dan persoalan agama hingga menjadi tempat rujukan dan gudang ilmu yang terus mengalirkan pencerahan. Ummu Nusaibah binti Kaab mengotakan janjinya dengan menjadi perisai Nabi Muhammad S.A.W di medan tempur Uhud.

Islam di sepanjang pentas zaman tidak pernah melupakan serikandi-serikandi agama yang merenjiskan haruman mawar pada prasasti syuhada. Di zaman moden ini menyaksikan Zainab Al-Ghazali, tokoh pejuang muslimat di Mesir, beliau berbaiah dengan Imam Hassan Al-Banna dan menjadi Ketua Jemaah Muslimat Mesir. Tokoh ini pernah dipenjarakan dalam tempoh yang panjang dan di seksa di dalam penjara. Namun, kebergantungan yang tinggi kepada Allah, beliau tabah menghadapinya. Antara muslimah yang menggegarkan dunia moden ini juga adalah Maryam Jameelah. Kegigihannya belajar tentang Islam sangat mengagumkan, dengan kurniaan kegeniusan, Maryam begitu banyak menulis buku berkaitan Islam sebagai cara hidup dan sejarah gerakan Islam. Oleh kerana itulah, ratusan ribu orang sedih dan merasai pemergian tatkala kehilangan sang pejuang muslimah yang gigih dan berani ini.

KESIMPULAN

Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada almarhum dan kegigihannya menjadi ikutan kepada umat islam dan ditempatkan beliau bersama orang yang soleh.Muslimah haruslah berperanan dalam medan amal islami yang luasnya tidak bertepi ini.

Oleh :
SITI FARIDAH AHMAD
TIMB. HEWI PMIUM

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates