23 February 2012 Tags: 0 comments

22.02.2012

Bila Allah kata KUN..FA YAKUN..
Maka,semalam inilah yang terjadi yg membuatkan hari ini saya hanya mampu berteleku di rumah...
Bila ia di jalan raya,maka risiko menanti...saya yg tidak bergerak,dilanggar sebuah hilux yg reverse tanpa memandang cermin.Kerosakan di bahagian hadapan bonet terangkat.cover lampu sebelah kanan pecah,bumper,mudguard kemek dan tangki air pecah.Kerosakan lain belum dipastikan.
Prosedur selepas kemalangan
1.Membuat laporan polis di Pej.Polis Traffik
2.Menghubungi Produa untuk tunda juga insurans (co-operate service)

Ala kulli hal,Alhamdulillah Allah hanya menguji saya dgn ujian yg sedikit.Sabar dan redhalah.
 
 

20 February 2012 Tags: , 1 comments

Persahabatan lebih suci

Assalamualaikum dan salam ziarah...
Bacaan santai di malam sunyi 
Buat muhasabah sucikan diri
Hidup perlu sahabat di sisi
Peneman perjuangan hidup dan mati

Ahli Hukama pernah berkata, rupa manusia adalah dengan siapa dia bersahabat.kata-kata tersebut ada kebenarannya.Sahabat adalah manusia yang memberi pengaruh paling besar.Tarikan magnetnya sangat hebat dalam membentuk sikap dan peribadi seseorang.Betapa ramai manusia yang terperangkap dalam jaring kerosakan akhlak kerana dipengaruhi oleh sikap sahabatnya yang berperibadi buruk.Seseorang sahabat yang baik adalah menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada seseorang untuk mendaki tangga kebaikan dan kejayaan.

Hargailah nilai murni dalam persahabatan.Jalinan persahabatan bermula daripada ikatan rasa sayang yang kukuh,keikhlasan dan kejujuran.Persahabatan yang suci adalah jalinan hati yang bukan didasari faktor ringgit dan kebendaan.Alangkah rendah nilai dan martabat manusia yang hidupnya berpaksikan duit, harta dan dunia semata-mata.Persahabatan yang dijalin sering didasari sebab-sebab tertentu seperti untuk mendapatkan projek atau keuntungan dalam perniagaan.Inilah realiti yang boleh ditatapi di dalam drama kehidupan manusia di atas muka bumi ini.Sukar untuk mencari sahabat yang sejati.Payah untuk memiliki sahabat yang sanggup bersusah payah demi kesenangan temannya.Sewaktu perhubungan di alam maya semakin mudah, rupa-rupanya merenggangkan jarak hati manusia.

Antara pengertian kebaikan di dunia yang dipinta manusia adalh mendapat anugerah sahabat atau tetangga yang baik.betapa indah kehidupan ini yang dipenuhi haruman kemesraan dalam jalinan persahabatan. 

p/s: Saya rindukan insan-insan yang bernama sahabat itu...

12 February 2012 Tags: 0 comments

Ya Allah,masukkan aku di dalam golongan yg sedikit

Pada zaman Umar Al Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi BaituLlah yang maksudnya, "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit".

Doa beliau didengar oleh Saidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Saidina Umar hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pe
muda tersebut dan bertanya, "Mengapa engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tidak ada permohonan lain yang engkau mohonkan kepada Allah?".

Pemuda itu menjawab, "Wahai Ya Amiral Mukminin! Aku membaca doa itu kerana aku takut dengan penjelasan Allah dalam surah Al A’raf ayat 10, Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami hasilkan bagi kamu di muka bumi (sumber) penghidupan. Tetapi amat SEDIKIT kamu yang bersyukur. Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit itu, lantaran terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah".


Semoga kita menjadi hamba-hamba yang dikategorikan sedikit oleh Allah dalam ayat tersebut. Dengan selalu menjaga ikhlas dan sabar terhadap segala kejadian atau ketentuan yang diberikan oleh Allah. Dan berprasangka positif bahawa apa yang telah terjadi adalah yang terbaik menurut Allah, sehingga hanya rasa syukur sahaja yang terlintas dibenak, terucap dibibir dan terlihat dari tindakan kerana sesungguhnya jika kita bersyukur maka Allah akan menambah nikmat-Nya dan jika kita ingkar, sesunggunya azab Allah sangat pedih ( Surah Ibrahim ayat 7)

06 February 2012 Tags: 0 comments

Salam Maulidur Rasul 1433H

Assalamualaikum dan salam ziarah,
Semoga semuanya sentiasa di dalam rahmat Allah taala...Alhamdulillah dengan rahmat Allah maka berjumpa lagi kita di hari ini.Semalam tanggal 12 Rabiul Awal 1433H, tarikh Maulidur Rasul yang Agong.

Alhamdulillah di media eletronik nampak banyak perubahan bila mana majlis sambutan memperingati Rasulullah s.a.w di adakan di merata-rata tempat turut mendapat liputan.Paling membanggakan bilamana majlis selawat diadakan di masjid-masjid diadakan terus menerus ke udara memneri alternatif kepada penonton untuk sama-sama merasai kehangatan berselawat kepada baginda.

Di atas entry yang ditulis tanggal 12 Rabiul Awal 1433H..baru dapat dipublish..:)
Dan entry hari ini...di bawah :)

Alhamdulillah, dengan izin Allah jua di SKTB dapat mengadakan sambutan kelahiran Rasulullah s.a.w.
Program yang meriah pada hematku...
bermula seawal 7.30 pagi murid-murid berhimpun di dataran bagi sama-sama berselawat ke atas junjungan mulia.
8.00pg-dengan membawa sepanduk,murid-murid dan guru-guru mula berjalan sambil berselawat menuju ke Masjid Kg paya Jauh, perjalanan kira-kira sejauh 500meter.Paling membanggakan majlis perarakan kali ini turut disertai oleh semua warga sekolah termasuk pegawai tadbir dan pekerja swasta.
8.30pg-perarakan pulang dengan cara yg sama.Walaupun terasa juga 'kohot' di kaki dan dahaga di tekak...malah peluh sudah mula menitik, namun nampaknya semua murid-murid dan warga yang menyertai perarakan turut setia berselawat memuji-muji baginda.Alhamdulillah..nampak keikhlasan terpancar di wajah-wajah suci tanpa noda itu..
ceramah Ust badri yg sungguh menarik
9.00pg-semua warga berkumpul di dewan bagi mendengar ceramah perdana yang di sampaikan oleh Ust Badri, jemputan khas dari SKSS.
10.00pg-Rehat
suasana semasa berlangsungnya pertandingan Kuiz

antara peserta
10.35pg-program dewan bersambung dengan Kuiz Khas Tahap 2 dan Kuiz Terbuka bagi Tahap 1..soalan berkisar tentang sejarah hidup dan perjuangan rasulullah s.a.w.
11.30pg-Acara tamat dan pengumuman pemenang Pertandingan Kuiz.
12.00tgh-Sekali lagi acara ditutup dengan selawat dan Tasbih Kafarah.

Alhamdulillah, program kali ini memberikan pengalaman baru kepada para pelajar, di samping menanamkan ke dalam diri mereka rasa kasih dan sayang kepada baginda Rasulullah s.a.w.Semoga dengan adanya program seperti ini dapat mendidik jiwa-jiwa suci ini untuk terus menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w.Ameen.


Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


.

.