12 September 2014 1 comments

Alhamdulillah

Assalamualaikum dan Salam Jumaat Mubarak...

ALhamdulillah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah taala, atas segala nikmat yang tidak terhitung banyaknya. 

Setulusnya rasa lega mula singgah pada diri bilamana UPSR ingin melambai pergi. Namun terpana seketika bilamana diumumkan kertas Sains semalam dibatalkan kerana soalan bocor dan terpaksa ditunda ke 30hb September 2014. Malah berikutnya juga pada kertas Bahasa Inggeris. Alangkah berdukanya anak-anak murid yang mengambil peperiksaan UPSR apatah lagi guru subjek tersebut. Saya tidak mahu mengulas panjang berkenaan perkara tersebut, jauh untuk menyalahkan sesiapa. Namun, amanah dan tanggungjawab yang diberi, sekiranya dicalari dengan khianat dan dikaburi dengan meterial, iman akan kalah dengan nafsu dunia. Nauzubillah.

Pengalaman pertama memegang setiausaha UPSR 2014, sememangnya sesuatu yang sangat bermakna. Malah saya semakin dekat dengan pelajar-pelajar tahun 6. Walaupun hanya memegang subjek Bahasa Arab, masuk hanya 2 kali seminggu, namun senggang waktu kosong, saya akan usahakan untuk berjumpa mereka.Hanya sekadar memberi kata-kata perangsang dan nasihat.

Apabila peperiksaan tiba, saya turut merasai debarannya malah lebih merasai, barangkali :)

Kini, tugas sebagai Setiausaha UPSR semakin hampir ke hujungnya. Melalui peperiksaan yang tertunda kemudian menunggu result yang mendebarkan. 

Di doakan semoga anak-anak UPSR SKTB tahun ini mendapat keputusan cemerlang sesuai dengan usaha mereka. Harapan paling tinggi dari diri ini agar anak-anak ini terus ke peringkat seterusnya sehingga mereka mampu berdiri sendiri sebagai manusia yang bertaqwa kepada Allah taala seterusnya mampu menjadi pejuang agama Allah.Ameen Ya Rabbal Alamin.


.

.