Akhillaa’ ku: Bersamalah membantu jemaah.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Lama rasanya saya tidak menulis sesuatu. Coretan untuk
kali ini saya buka dengan babak imbas kembali. Tengok tajuk tu, kenapa saya
guna perkataan Akhillaa’ ye?
Sebab maksudnya teman rapat, berdasarkan ayat
di bawah ini.
67. teman-teman
akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali
orang-orang yang bertakwa.
Surah Az Zukhruf ayat 67
Duhai Akhillaa’ku,
Pernahkah kalian mendengar kisah seekor kambing yang dibaham
serigala kerana duduk sendirian? Juga suatu analogi yang sering digunakan iaitu lidi yang
satu lebih mudah dipatahkan berbanding lidi yang banyak dan digabungkan untuk
melambangkan kepentingan sifat kesatuan dan berjemaah itu sendiri. Begitulah
apa yang saya rasakan. Saya pasti tidak akan mampu untuk bergerak dalam medan
yang saya duduki ini jika saya bersendirian. Boleh jadi saya menjadi seekor
kambing yang akan dibaham serigala. Dan boleh jadi saya menjadi sebatang lidi
yang akan dipatah-patahkan. Mengambil ibrah dari Surah As-Saff ayat 4,
4. Sesungguhnya
Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur
seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.
Makanya,
Untuk saya terus kuat berada di atas jalan ini, saya perlukan
"akhillaa’" saya yang tersendiri. Tanpa mereka, saya pasti tidak
menjadi seperti hari ini. Kerana saya sendiri sedia maklum akan sifat diri saya
yang lemah. Ada masanya semangat kembali pudar dan perlu dibangkitkan.Dan ya, kalian
inilah yang menjadi sumber kekuatan
saya.Maksudnya setiap kali saya terlibat dengan sebarang program, saya saya
pasti mahukan kalian juga bersama-sama saya.Terima kasih kerana sudi bersama
untuk terus menjadikan kita istiqomah di jalan perjuangan yang kita pilih ini.
Istiqomah itu bagaimana pula?? Seperti kata YB Ust Nasruddin Hasan Tantawi, "Istiqomah ini bukan sekadar duduk lama. Jika kita hanya sekadar
nak duduk lama, itu umpama kain buruk. Tetapi, apa yang kita mahukan ialah Istiqomah
dengan erti kata yang sebenar iaitu proaktif dalam melaksanakan tugas jemaah."
Oleh itu, saya meletakkan harapan agar dengan terus proaktif
dalam membantu jemaah bersama kalian, ianya mampu membuatkan kita lebih akrab@dekat
dengan Allah dan tidak pernah terputus dari jalan perjuangan.
Islam langsung tidak memerlukan kita. Tanpa kita, syariat
Islam masih mampu ditegakkan selaras dengan janji Allah bahawa kemenangan Islam
pasti akan tiba. Tapi saya menyedari hakikat bahawa saya cukup dahagakan
'kesibukan' dan cintakan perjuangan ini. Subhanallah, cantik sungguh
perancangan Allah yang telah meletakkan saya dalam jalan ini.
Ya, saya tidak pernah menyesal walaupun adakalanya saya merasakan diri saya
bukanlah insan yang hebat malah lemah
dan tidak berdaya. Kerana itulah saya memerlukan akhillaa’ saya dalam
perjuangan ini. Semoga kita dapat terus bergandingan tangan bersama untuk
membantu jemaah. Bak kata Ustaz Idris Ahmad “Allah tidak tanya kamu berjaya
atau tidak, tetapi akan ditanya kamu berusaha atau tidak”. Wallau'alam