04 February 2016


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Lama rasanya saya tidak menulis sesuatu. Coretan untuk kali ini saya buka dengan babak imbas kembali. Tengok tajuk tu, kenapa saya guna perkataan Akhillaa’ ye? 

Sebab maksudnya teman rapat, berdasarkan ayat di bawah ini.


67. teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.
Surah Az Zukhruf ayat 67
Duhai Akhillaa’ku,

Pernahkah kalian mendengar kisah seekor kambing yang dibaham serigala kerana duduk sendirian? Juga suatu  analogi yang sering digunakan iaitu lidi yang satu lebih mudah dipatahkan berbanding lidi yang banyak dan digabungkan untuk melambangkan kepentingan sifat kesatuan dan berjemaah itu sendiri. Begitulah apa yang saya rasakan. Saya pasti tidak akan mampu untuk bergerak dalam medan yang saya duduki ini jika saya bersendirian. Boleh jadi saya menjadi seekor kambing yang akan dibaham serigala. Dan boleh jadi saya menjadi sebatang lidi yang akan dipatah-patahkan. Mengambil ibrah dari Surah As-Saff ayat 4,

4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Makanya,
Untuk saya terus kuat berada di atas jalan ini, saya perlukan "akhillaa’" saya yang tersendiri. Tanpa mereka, saya pasti tidak menjadi seperti hari ini. Kerana saya sendiri sedia maklum akan sifat diri saya yang lemah. Ada masanya semangat kembali pudar dan perlu dibangkitkan.Dan ya, kalian inilah yang menjadi  sumber kekuatan saya.Maksudnya setiap kali saya terlibat dengan sebarang program, saya saya pasti mahukan kalian juga bersama-sama saya.Terima kasih kerana sudi bersama untuk terus menjadikan kita istiqomah di jalan perjuangan yang kita pilih ini.

Istiqomah itu bagaimana pula?? Seperti  kata YB Ust Nasruddin Hasan Tantawi, "Istiqomah ini bukan sekadar duduk lama. Jika kita hanya sekadar nak duduk lama, itu umpama kain buruk. Tetapi, apa yang kita mahukan ialah Istiqomah dengan erti kata yang sebenar iaitu proaktif dalam melaksanakan tugas jemaah."

Oleh itu, saya meletakkan harapan agar dengan terus proaktif dalam membantu jemaah bersama kalian, ianya mampu membuatkan kita lebih akrab@dekat dengan Allah dan tidak pernah terputus dari jalan perjuangan.
Islam langsung tidak memerlukan kita. Tanpa kita, syariat Islam masih mampu ditegakkan selaras dengan janji Allah bahawa kemenangan Islam pasti akan tiba. Tapi saya menyedari hakikat bahawa saya cukup dahagakan 'kesibukan' dan cintakan perjuangan ini. Subhanallah, cantik sungguh perancangan Allah yang telah meletakkan saya dalam jalan ini.


Ya, saya tidak pernah menyesal  walaupun adakalanya saya merasakan diri saya bukanlah insan yang hebat malah  lemah dan tidak berdaya. Kerana itulah saya memerlukan akhillaa’ saya dalam perjuangan ini. Semoga kita dapat terus bergandingan tangan bersama untuk membantu jemaah. Bak kata Ustaz Idris Ahmad “Allah tidak tanya kamu berjaya atau tidak, tetapi akan ditanya kamu berusaha atau tidak”. Wallau'alam

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates