15 February 2016 0 comments

Amanah

Salam siaran :)
Semalam baru berkira-kira dgn adik Su..berapa jawatan seorang pegang dalam parti? Sempat buat checklist.Masyaallah...ada lebih dari 10.
Bukan nak cerita gahnya banyak jawatan, tp betapa tiadanya nama untuk mengambil jawatan tu..
Hakikat saya, terasa beratnya bahu memikulnya, malah Amanah yg perlu dipertanggungjawabkan.
Perasaannya,Andai ada yg mahu menggalasnya,sudah pasti akan aku lepaskan.
Namun, tiada sudahnya ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.Amanah perjuangan,laksanakanlah sebaiknya..

Hari ini terbaca artikle ini..Moga ada hati yg peduli :)

PAS HANYA RAMAI PENYOKONG, BUKAN PENDOKONG

Sungguh menarik pengalamanku bersama-sama PAS secara aktif sejak dua tahun lalu. Aku cepat belajar rupanya. Aku belajar kelemahan diriku dan aku belajar kelemahan ahli yang berada di dalam gerakan ini. Rumusanku ialah PAS hanya ramai penyokong tetapi kekurangan pendokong.

PAS kini mempunyai sejuta lebih ahli. Penyokong yang bukan ahli pastinya lebih dari itu. Ada yang sokong PAS kerana benci dan marah akan UMNO. Ada yang sokong PAS kerana tak yakin dengan PKR dan parti-parti pembangkang yang lain. Selebihnya adalah mereka yang sokong PAS kerana memahami tuntutan Islam dan melihat PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang ikhlas berjuang, amanah dan bersih.

Boleh aku rumuskan bahawa mereka hanya menyokong melalui peti undi. Mereka begitu teruja untuk memenangkan PAS ketika PAS menghadapi pilihanraya. Mereka akan bersyarah dan berdebat dengan rakan taulan untuk meraih undi dan sokongan. Kalau nak bekerja dan berderma sedikit pun masa inilah pilihan mereka.Itulah kemuncak sokongan. Itulah dinamakan penyokong.

Siapakah yang mendokong PAS ketika PAS memerlukan tenaga sepanjang masa di cawangan-cawangan. Kalian di semua cawangan, bersetujukah kalau aku katakan bahawa hanya lingkungan 30% - 50% yang menghadiri mesyuarat, lingkungan 20%- 40% yang melazimi usrah dan lingkungan 30% - 40% yang bekerja untuk menjayakan program-program cawangan. 60% daripada mereka adalah orang yang sama iaitu pemimpin-pemimpin utama cawangan manakala 40% lagi adalah ahli yang ‘sekali ada sekali tak ada’.
Peratus-peratus itulah yang boleh dikategorikan sebagai pendokong PAS.

Kejayaan sesuatu organisasi adalah berdasarkan ‘teamwork’, komitmen dan pengorbanan ahli. PAS cawangan berjaya kerana adanya pendokong-pendokong tadi yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Tetapi yang teruk dan penatnya ialah orang yang sama. Terpaksa pegang pelbagai tugas dan jawatan dari peringkat Kawasan hingga MTD, UPU dan cawangan serta tak lupa lajnah-lajnah. Penyokong-penyokong kepada perjuangan Islam sedarkah akan senario penat dan terbeban segelintir pendokong ini?

Kalian mungkin tidak menyedari apa-apa kepayahan mereka kerana kalian hanya memilih untuk menjadi penyokong dalam zon selesa. Zon selesa kalian ialah apabila kalian tidak mungkin ditukarkan tempat kerja, gaji dan pangkat kalian tak mungkin terjejas, wang dan harta kalian tak terluak habis berjuang, masa rehat, masa rekreasi dan masa bersama keluarga tak pernah dicuri oleh perjuangan manakala tenaga kalian kekal sihat tanpa ada penat, tak bermaya dan tak cukup tidur kerana diperah perjuangan.

Aku telah melihat senario ini. Aku telah lihat pemimpin kawasan yang terpaksa menerima amanah memegang 10 tugas dan jawatan. Aku telah lihat pemimpin menghadiri 15 kali dari 15 jenis  mesyuarat dalam tempoh sebulan. Aku telah lihat mereka hari ini ke hulu menghulur bantuan, esok ke hilir menziarahi pesakit dan mustadhafin, lusa memaku dinding rumah yang hampir tumbang. Aku pernah lihat rumah mereka ditenggelami banjir ketika mereka sibuk mencaknai mangsa banjir. Ketika mana kita memilih zon selesa perjuangan, kita tak sedar ada zon korban demi Islam.

Hari ini kita boleh terus menghiasi zon selesa kita dan nanti kita mendakwa di hadapan Allah kitalah pejuang. Atau hari ini kita mula menginsafinya dan mula berjinak dengan zon korban. Dari zon manakah Salahuddin al-Ayubi memilih tenteranya untuk meneruskan perjuangan dan akhirnya mereka menang? Senyumlah seperti pesanan murabbiku, Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?”
Ali Imran:142

Utk muhasabah diri & perkongsian bersama

04 February 2016 0 comments

Akhillaa’ ku: Bersamalah membantu jemaah.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Lama rasanya saya tidak menulis sesuatu. Coretan untuk kali ini saya buka dengan babak imbas kembali. Tengok tajuk tu, kenapa saya guna perkataan Akhillaa’ ye? 

Sebab maksudnya teman rapat, berdasarkan ayat di bawah ini.


67. teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.
Surah Az Zukhruf ayat 67
Duhai Akhillaa’ku,

Pernahkah kalian mendengar kisah seekor kambing yang dibaham serigala kerana duduk sendirian? Juga suatu  analogi yang sering digunakan iaitu lidi yang satu lebih mudah dipatahkan berbanding lidi yang banyak dan digabungkan untuk melambangkan kepentingan sifat kesatuan dan berjemaah itu sendiri. Begitulah apa yang saya rasakan. Saya pasti tidak akan mampu untuk bergerak dalam medan yang saya duduki ini jika saya bersendirian. Boleh jadi saya menjadi seekor kambing yang akan dibaham serigala. Dan boleh jadi saya menjadi sebatang lidi yang akan dipatah-patahkan. Mengambil ibrah dari Surah As-Saff ayat 4,

4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Makanya,
Untuk saya terus kuat berada di atas jalan ini, saya perlukan "akhillaa’" saya yang tersendiri. Tanpa mereka, saya pasti tidak menjadi seperti hari ini. Kerana saya sendiri sedia maklum akan sifat diri saya yang lemah. Ada masanya semangat kembali pudar dan perlu dibangkitkan.Dan ya, kalian inilah yang menjadi  sumber kekuatan saya.Maksudnya setiap kali saya terlibat dengan sebarang program, saya saya pasti mahukan kalian juga bersama-sama saya.Terima kasih kerana sudi bersama untuk terus menjadikan kita istiqomah di jalan perjuangan yang kita pilih ini.

Istiqomah itu bagaimana pula?? Seperti  kata YB Ust Nasruddin Hasan Tantawi, "Istiqomah ini bukan sekadar duduk lama. Jika kita hanya sekadar nak duduk lama, itu umpama kain buruk. Tetapi, apa yang kita mahukan ialah Istiqomah dengan erti kata yang sebenar iaitu proaktif dalam melaksanakan tugas jemaah."

Oleh itu, saya meletakkan harapan agar dengan terus proaktif dalam membantu jemaah bersama kalian, ianya mampu membuatkan kita lebih akrab@dekat dengan Allah dan tidak pernah terputus dari jalan perjuangan.
Islam langsung tidak memerlukan kita. Tanpa kita, syariat Islam masih mampu ditegakkan selaras dengan janji Allah bahawa kemenangan Islam pasti akan tiba. Tapi saya menyedari hakikat bahawa saya cukup dahagakan 'kesibukan' dan cintakan perjuangan ini. Subhanallah, cantik sungguh perancangan Allah yang telah meletakkan saya dalam jalan ini.


Ya, saya tidak pernah menyesal  walaupun adakalanya saya merasakan diri saya bukanlah insan yang hebat malah  lemah dan tidak berdaya. Kerana itulah saya memerlukan akhillaa’ saya dalam perjuangan ini. Semoga kita dapat terus bergandingan tangan bersama untuk membantu jemaah. Bak kata Ustaz Idris Ahmad “Allah tidak tanya kamu berjaya atau tidak, tetapi akan ditanya kamu berusaha atau tidak”. Wallau'alam

.

.