18 July 2018 0 comments

Carilah Iman

Assalamualaikum

Terlihat sebuah video penderaan terhadap kanak-kanak yang dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Mengucap panjang kita. Terasa menyirap darah ke kepala. Bagaimanakah sebagai seorang manusia sudah tiada peri kemanuasiaan dalam diri? Sekiranya mereka manusia yang waras, sudah pasti tidak sanggup untuk memperlakukan sebegitu rupa kepada kanak-kanak yang tiada dosa.

Sudah pasti manusia durjana tersebut sudah hilang kewarasan fikiran, mungkin disebabkan pelbagai pengaruh luaran seperti mengambil dadah, tekanan perasaan dan sebagainya.

Dari satu sudut, dilihat nipisnya iman dalam diri. Kerana iman lah benteng manusia dari melakukan kemungkaran.Lalu ditambah mengikut emosi yang telah dihasut syaitan laknatullah. Nak dapatkan iman, kenalah cari dengan mengamalkan cara hidup Islam sebenar. Berpandukan Al Quran dan Sunnah Rasulullah. Semua itu milik Allah taala, maka kita sebagai manusia, kenalah mencarinya.

Cara hidup seseorang dipengaruhi persekitarannya. Persekitaran kita kini tidak banyak membantu dalam meningkatkan keimanan. Budaya hedonisme menjadi-jadi dalam masyarakat. Artis dijadikan idola. Media massa hanya banyak menayangkan program-program keseronokan. Budaya ilmu dan agama hanya picisan. Kerana itu,didikan persekitaran yang banyak ke arah keseronokan tidak akan mencambah keimanan.

Semua pihak memainkan peranan. Bermula dengan diri sendiri, keluarga yang menyokong, masyarakat yang bahu-membahu, malah pemimpin negara perlu membentuk negara dengan Syariat Islam.

Iman harus dicari, masyarakat yang rosak perlu diperbaiki, negara harus dipimpin oleh Ulul Amri yang sebenar.

Apabila syariat diletakkan belakang...tengoklah hasilnya.

Semoga kita semua dibimbing Allah taala dalam meneruskan kehidupan.

Sekadar sebuah pandangan picisan.
-HatiBesi-

13 February 2018 0 comments

Rinduku

Saya teringat,  semasa saya sekolah rendah apabila bangun je tidur lebih kurang jam 6 pg.. saya akan dapat lihat mak dan abah bersedia untuk solat subuh berjemaah, setiap hari. Sememangnya mak abah akan kejutkan kami sebelum solat subuh. Selepas solat, kami adik beradik bersiap2 untuk ke sekolah,  mak abah akan panggil kami utk bersarapan dahulu.saya lihat masa tu, abah dan mak sama2 sibuk di dapur. kalau mak buat lempeng, abah akan bancuh air untuk kami minum dan bawa bekal ke sekolah. mak dan abah sama2 sibuk.. balik dr sekolah, makan nasi dan mandi.. kami kena mengaji. waktu tu ramai mengaji rumah kita, abah dan mak sama2 mengajar mengaji. bila petang, jam 6. 30 kami dah kena mandi dan sedia untuk solat maghrib berjemaah. selepas solat sekali lagi mengaji Al Quran. mak dan abah juga yg mengajar kami... saya rindu suasana itu,  dan suasana itu juga saya nak praktikkan pd anak2.. indahnya hidup bersama mak dan abah,  sentiasa berjemaah dan tegas dlm hal agama. kini abah sudah tiada,  dan kami semua sudah dewasa. kenangan itu sentiasa berputar di dalam minda.. jasa dan ajaran mak abah sentiasa dalam ingatan. syg mak dan abah.. saya sememangnya rindu.

13 June 2017 0 comments

Diari Ramadhan 1438 H

Dikongsikan sedikit aktiviti DMPK Maran sepanjang Ramadhan 1438H





.

.