13 February 2018 0 comments

Rinduku

Saya teringat,  semasa saya sekolah rendah apabila bangun je tidur lebih kurang jam 6 pg.. saya akan dapat lihat mak dan abah bersedia untuk solat subuh berjemaah, setiap hari. Sememangnya mak abah akan kejutkan kami sebelum solat subuh. Selepas solat, kami adik beradik bersiap2 untuk ke sekolah,  mak abah akan panggil kami utk bersarapan dahulu.saya lihat masa tu, abah dan mak sama2 sibuk di dapur. kalau mak buat lempeng, abah akan bancuh air untuk kami minum dan bawa bekal ke sekolah. mak dan abah sama2 sibuk.. balik dr sekolah, makan nasi dan mandi.. kami kena mengaji. waktu tu ramai mengaji rumah kita, abah dan mak sama2 mengajar mengaji. bila petang, jam 6. 30 kami dah kena mandi dan sedia untuk solat maghrib berjemaah. selepas solat sekali lagi mengaji Al Quran. mak dan abah juga yg mengajar kami... saya rindu suasana itu,  dan suasana itu juga saya nak praktikkan pd anak2.. indahnya hidup bersama mak dan abah,  sentiasa berjemaah dan tegas dlm hal agama. kini abah sudah tiada,  dan kami semua sudah dewasa. kenangan itu sentiasa berputar di dalam minda.. jasa dan ajaran mak abah sentiasa dalam ingatan. syg mak dan abah.. saya sememangnya rindu.

13 June 2017 0 comments

Diari Ramadhan 1438 H

Dikongsikan sedikit aktiviti DMPK Maran sepanjang Ramadhan 1438H





Aki

Tanggal 14 Mac 2017,ulang tahun kelahiran kakak yg ke 7 tahun..untuk tahun ini,tiada hadiah dan kek buat kakak.hanya ucapan hari lahir mama ucapkan pd kakak..asalnya kakak minta utk buat sambutan di sekolahnya. Tp disebabkan semua agak sibuk dengan keadaan aki yg sakit dihospital, mama dan abi pujuk supaya dibuat sambutan kemudian. Kakak sememangnya anak yg pintar, kakak redha je..
Cerita tentang keadaan aki sejak kebelakangan ni, aki telah disahkan kanser paru2 tahap 4..Allahu akbar.betapa sedih mendengar berita tersebut, namun siapa kita untuk menolak ketentuan Allah..aki hilang selera makan,badan juga semakin lemah kerana tiada tenaga. Aki dan tok tinggal rumah kita kerana memudahkan pengurusan aki yg terlantar sakit.Abi la yg banyak menguruskan aki ke tandas dan sebagainya kerana adik beradik mama yg lain bekerja di tempat lain.
12 hb mac, keadaan aki semakin membimbangkan.aki dah semakin tenat,menjamah makanan sememangnya taknak, malah air juga susah utk ditelan. Pernafasan aki tersekat-sekat kerana banyak kahak dan air. Kata-kata aki juga sudah telor dan sukar difahami. Tok menyarankan agar membawa aki semula ke hospital, mama abi dan ayah ngah berbincang semula utk bawa aki ke hospital. Pada mulanya aki taknak,tapi setelah dipujuk, aki pun redha.
Di hospital,keadaan aki semakin membimbangnya.walaupun pd awalnya aki agak stabil setelah disedut kahak, namun badannya semakin lemah..dia selalu menyebut seorg demi seorg anak-anaknya. Walaupun payah,namun aki masih boleh bercakap dan sedar. Sampailah ke 14 hb mac, sejak pagi aki asyik tidur..namun apabila dipanggil, aki telah tidak sedar. Ptg tu, mama menziarahi aki, aki telah tidak menyahut panggilan mama, responnya hanya angkat kening sekali..
Dihati kami waktu itu, sememangnya bimbang..
Jam 10.45 malam, aki pergi mengadap pencipta.. terasa gelap dunia, sebak namun tiada air.mata yg keluar..kami redha dgn pemergian aki. Namun, tiada lg seorang lelaki yg mama panggil abah.
Hari mama menaip cerita ini, perasaan rindu bertamu padumu. Terbayang segala kenangan manis bersama aki..
Buat Abah,
Kami akan terus menjaga emak, membahagiakannya. Syurga kami mak dan abah.doa untuk abah sahaja menjadi syafaat untuknya di sana.. Selamat tinggal abah, kami pasti akan menyusulimu nanti..semoga kita akan dikumpulkan semula di akhirat sana..amiin

12 July 2016 1 comments

APSA

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan Mubarak.

Sekadar ingin kongsikan berkenaan APSA Cawangan Pahang.

Alhamdulillah..tanggal 13 Ramadhan 1437 H bersamaan 18 Jun 2016, Majlis Perasmian Kelas APSA Cawangan Pahang dan Majlis Taujihad Kelas Pertama telah selamat diadakan dengan jayanya. Majlis disempurnakan oleh Ustazah Salamiah Mohd Noor bertempat di Balai Islam Sungai Gau dengan jumlah pelajar sesi pertama ini adalah seramai 33 orang.








Apakah APSA?
Adalah kependekan dari Akademi Pengajian Saidatina Aisyah yang menawarkan Diploma Eksekutif Naqibat. Pengajian selama 2 tahun.Bernaung di bawah Lajnah Tarbiah Dewan Muslimat PAS Pusat.

Secara peribadi, saya amat bersyukur atas kewujudan APSA Cawangan Pahang ini. Semoga objektif untuk melahirkan ramai naqibat yang AKIFI ( alimah,sufiyyah dan harakiyyah) akan tercapai.

Info lanjut boleh berhubung dengan 
Pengarah APSA Cawangan Pahang- Pn Akma albiruni_su@yahoo.com

08 April 2016 1 comments

Jadual Oh Jadual

Assalamualaikum.. salam Jumaat Mubarak..

Hari ni nak bercerita santai pula. Biasa cerita hal-hal lain, harini nak cerita perihal di tempat kerja.Jarang-jarang saya menulis sesuatu berkaitan tempat kerja saya.

Semenjak 4 tahun lepas diamanahkan memegang Guru Data.Bukan Guru Data sahaja, Guru Penyelaras Tahun 6, Setiausaha Peperiksaan UPSR, dan yang tidak kurang mencabar ialah Guru Jadual Waktu. Agaknya disebabkan ada sedikit kemahiran komputer, makanya saya dapatlah jawatan-jawatan penting dan memeningkan tadi :) Sehingga ke 2016 ni, semua tu belum dilucutkan, maka saya menggalasnya lagi entah sampai ke bila(harap-harap tak la tetap dan berpencen).

Nak cerita khusus berkenaan Jadual Waktu. Entah kenapa tahun 2016 ni guru-guru di sini ditukarkan seorang demi seorang..terutama orang paling atas dan hulubalangnya. Setulusnya, saya sudah selesa dengan pentadbiran yang sebelum ini. Menangis juga di dalam hati apabila boss-boss  ditukarkan :'(. 

Apabila pentadbiran baru, maka cara pegurusannya pun berbeza. Sehingga ke hari ini masih berlangsung pertukaran guru seorang demi seorang. Maka tak kering keringat S.U Jadual membuat perubahan. Menyusun jadual bukanlah perkara yang terlalu rumit, tetapi kena berhati-hati. Jadual padat dan rapat, ramailah yang tak puas hati.Jadi, kekadang S.U Jadual terpaksa korbankan masa sendiri. 

Rungutan dengan rombakan usah dikira lagi..sememangnya kena berhati besi:)

Sebenarnya dalam usaha menyusun jadual lagi.. Versi 5 untuk selasa nanti...

Memikirkan hujung minggu ni yang padat, harap Allah terus beri kekuatan dan ketenangan dalam menyusun jadual kali ini.. :)

Sekadar cerita hati.
Salam Juang.. 





.

.