Saya teringat, semasa saya sekolah rendah apabila bangun je tidur lebih kurang jam 6 pg.. saya akan dapat lihat mak dan abah bersedia untuk solat subuh berjemaah, setiap hari. Sememangnya mak abah akan kejutkan kami sebelum solat subuh. Selepas solat, kami adik beradik bersiap2 untuk ke sekolah, mak abah akan panggil kami utk bersarapan dahulu.saya lihat masa tu, abah dan mak sama2 sibuk di dapur. kalau mak buat lempeng, abah akan bancuh air untuk kami minum dan bawa bekal ke sekolah. mak dan abah sama2 sibuk.. balik dr sekolah, makan nasi dan mandi.. kami kena mengaji. waktu tu ramai mengaji rumah kita, abah dan mak sama2 mengajar mengaji. bila petang, jam 6. 30 kami dah kena mandi dan sedia untuk solat maghrib berjemaah. selepas solat sekali lagi mengaji Al Quran. mak dan abah juga yg mengajar kami... saya rindu suasana itu, dan suasana itu juga saya nak praktikkan pd anak2.. indahnya hidup bersama mak dan abah, sentiasa berjemaah dan tegas dlm hal agama. kini abah sudah tiada, dan kami semua sudah dewasa. kenangan itu sentiasa berputar di dalam minda.. jasa dan ajaran mak abah sentiasa dalam ingatan. syg mak dan abah.. saya sememangnya rindu.



::Ukhti::
::Pilihanku::
-
-
Cik Abang, Sudi Nikah Satu?3 weeks ago
-
-
AKHLAQ & DISIPLIN DALAM ORGANISASI4 years ago
-
-
-
-

::Semasa::

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah banggunan tersergam indah.."
12 hb mac, keadaan aki semakin membimbangkan.aki dah semakin tenat,menjamah makanan sememangnya taknak, malah air juga susah utk ditelan. Pernafasan aki tersekat-sekat kerana banyak kahak dan air. Kata-kata aki juga sudah telor dan sukar difahami. Tok menyarankan agar membawa aki semula ke hospital, mama abi dan ayah ngah berbincang semula utk bawa aki ke hospital. Pada mulanya aki taknak,tapi setelah dipujuk, aki pun redha.
Di hospital,keadaan aki semakin membimbangnya.walaupun pd awalnya aki agak stabil setelah disedut kahak, namun badannya semakin lemah..dia selalu menyebut seorg demi seorg anak-anaknya. Walaupun payah,namun aki masih boleh bercakap dan sedar. Sampailah ke 14 hb mac, sejak pagi aki asyik tidur..namun apabila dipanggil, aki telah tidak sedar. Ptg tu, mama menziarahi aki, aki telah tidak menyahut panggilan mama, responnya hanya angkat kening sekali..
Dihati kami waktu itu, sememangnya bimbang..
Jam 10.45 malam, aki pergi mengadap pencipta.. terasa gelap dunia, sebak namun tiada air.mata yg keluar..kami redha dgn pemergian aki. Namun, tiada lg seorang lelaki yg mama panggil abah.
Hari mama menaip cerita ini, perasaan rindu bertamu padumu. Terbayang segala kenangan manis bersama aki..
Kami akan terus menjaga emak, membahagiakannya. Syurga kami mak dan abah.doa untuk abah sahaja menjadi syafaat untuknya di sana.. Selamat tinggal abah, kami pasti akan menyusulimu nanti..semoga kita akan dikumpulkan semula di akhirat sana..amiin
Assalamualaikum..
Salam Ramadhan Mubarak.
Sekadar ingin kongsikan berkenaan APSA Cawangan Pahang.
Alhamdulillah..tanggal 13 Ramadhan 1437 H bersamaan 18 Jun 2016, Majlis Perasmian Kelas APSA Cawangan Pahang dan Majlis Taujihad Kelas Pertama telah selamat diadakan dengan jayanya. Majlis disempurnakan oleh Ustazah Salamiah Mohd Noor bertempat di Balai Islam Sungai Gau dengan jumlah pelajar sesi pertama ini adalah seramai 33 orang.
Apakah APSA?
Adalah kependekan dari Akademi Pengajian Saidatina Aisyah yang menawarkan Diploma Eksekutif Naqibat. Pengajian selama 2 tahun.Bernaung di bawah Lajnah Tarbiah Dewan Muslimat PAS Pusat.
Secara peribadi, saya amat bersyukur atas kewujudan APSA Cawangan Pahang ini. Semoga objektif untuk melahirkan ramai naqibat yang AKIFI ( alimah,sufiyyah dan harakiyyah) akan tercapai.
Info lanjut boleh berhubung dengan
Pengarah APSA Cawangan Pahang- Pn Akma albiruni_su@yahoo.com