Catatanku
Ahlan Wasahlan Ya Ibril..
Allahuakbar..pantas masa berlalu.Dah tiba bulan April. Menyimpan sesuatu di kotak memori adalah lebih mudah berbanding diadaptasi dalam bentuk tulisan di sini.
Tahun 2016, amanah semakin bertambah. Baik di sektor pekerjaan mahupun amanah jemaah.
Terbaru, agak banyak memikirkan projek pembinaan Akademi Pengajian Saidatina Aisyah di bawah DMP Negeri Pahang. Diamanahkan sebagai Pengarah utk kemasukan pertama.Alhamdulillah, usaha pertama membentangkan Kertas Kerja penubuhan di Pusat. Insyaallah kemasukan Mei untuk Cawangan Pahang. Doakan semoga usaha penubuhan madrasah tarbiah ini berjalan lancar dan usaha ini diberkati Allah.
Untuk kerja-kerja jemaah yang lain,target dan kpi untuk perjalanan seterusnya telah disusun atur.Tunggu lagi untuk dilaksanakan dengan perancangan yg strategik. Betul, kewajiban lebih banyak berbanding masa yang ada. Apa yg disusun, laksanakanlah sebaiknya.
Semoga usaha meninggikan syariat Islam ini dikira amal soleh oleh Allah Taala.
Sekadar sebuah catatan..Ilal Liqo..