Alhamdulillah setelah beberapa kali mengadakan perbincangan khusus dengan Qadhi, maka terlancarlah program "Aku jua ingin ke syurga"
Tarikh:6 April 2012
Hari:Jumaat
Masa:3.00petang
Tempat:Masjid Jamek Chenor
Anjuran:Kerjasama Majlis Agama Islam Chenor dan Alumni SMAC
Sasaran:Remaja Muslimah sekitar Chenor.
Insyaallah program berjalan setiap minggu pada hari Jumaat jam 3.00 petang di Masjid Jamek Chenor.
Assalamualaikum warhmatullah...bertamu lagi di ruangan ini...
Alhamdulillah wa syukru lillah semalam saya sempat berprogram lagi..Kem Remaja Solehah anjuran DMP Cawangan Bukit Lada bersama Nisa' Maran. Peserta terdiri daripada remaja berusia 12 tahun hingga 18 tahun.
Saya diminta menjadi penyelia bahagian pengisian program, dengan sedikit ilmu yang ada, saya mengatur tentatif semalam.Alhamdulillah program dapat dilaksanakan dengan baik walaupun terdapat sedikit kekurangan.
Walaupun program hanya sehari, namun bagi saya ia cukup menarik lebih-lebih lagi pengisianya berkaitan remaja masa kini.
Dimulai dengan upacara pembukaan iaitu ucapan Ketua DMP Cawangan Bukit Lada Kak Azma Bt Jidin.Seterusnya persembahan oleh adik Aidil yang menceritakan perihal hari kiamat..
Program dimulai dengan ceramah 1, Akhlak Buah Iman yang disampaikan oleh Ustazah Aisyah Atiqah Bt Azieh...antara yang disentuh ialah mengenai perihal peribadi remaja masa kini, bagaimana melahirkan generasi yang berakhlak mulia juga pemimpin pada masa hadapan.
Program kedua ialah Talkshow yang dikendalikan oleh saya sendiri..tajuk yang dibawa ialah Cantiknya Perhiasan Dunia yang menyentuh secara mendalam mengenai aurat. Cara pemakaian yang bersesuaian dengan remaja juga kesalahan yang sering dipandang ringan oleh remaja masa kini. Alhamdulillah ianya mendapat sambutan yang agak baik apabila ramai yang mengemukan soalan mengenai hal tersebut.
Antara peserta yg hadir
Perbincangan mengenai permasalahan remaja di dalam kumpulan merupakan aktiviti seterusnya. Setelah berbincang, pembentangan di adakan dan setiap kumpulan membacakan cadangan penyelesaian masing-masing...
Akhirnya resolusi program dan penutup.Sebelum pulang semua peserta bersalam-salaman.
Program kali ini agak menarik apabila setiap aktiviti di selang-seli dengan cabutan bertuah. Bagi yang bertuah membawa balik hamper yang agak besar.
programmer??hehe
Saya selaku programmer yang mengendalikan program ini merasakan program seperti ini baik untuk diteruskan pada masa-masa akan datang kerana aspek-aspek remaja serta permasalahan masa kini dapat dicungkil...Semoga usaha bersama mendapat ganjaran di sisi Allah taala.
Kem Bistari Solat siri pertama 2011 ini dijalankan pada 16 April 2011 di SK Tanjung Batu, Temerloh. Kem ini bermula pada jam 7.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahari. Peserta yang terlibat dalam kem ini ialah murid-murid yang beragama Islam tahun 1, 2 dan 3. Jumlah keseluruhan peserta yang menyertai kem ini alah 108 orang iaitu murid tahun 1 seramai 22 orang, tahun 2 seramai 39 orang manakala tahun 3 seramai 47 orang. Tempat-tempat yang digunakan untuk program ini ialah disekitar kawasan sekolah, antaranya surau, kelas-kelas, dewan terbuka dan kantin. Kehadiran amat memberangsangkan iaitu seramai 84 orang dan seramai 24 orang yang tidak hadir (4 orang tahun 1,8 orang tahun 2 dan 12 orang.
Setelah sesi pendaftaran dan taklimat dijalankan, peserta membuat senaman ringkas di bawah pimpinan semua fasilitator diketuai oleh Ustazah Saholyatul Akma Binti Jusoh. Selesai beriadah, murid-murid diberikan sarapan pagi seketul roti dan air milo. Setelah itu,barulah murid-murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut tahun.Seramai 13 orang fasilitator dilantik dikalangan guru-guru SK Tanjung Batu yang terdiri daripada 2 orang guru Pendidikan Islam ,3 orang guru jqaf dan 8 orang guru matapelajaran. Setiap fasilitator dibekalkan buku sebagai rujukan . Setelah selesai minum pagi, murid-murid mengikut fasilitator masing-masing ke tempat yang ditentukan.
Kem Bistari Solat 1 / 2011 ini merupakan pendedahan kepada murid-murid tahun 1 mengenai cara-cara berwudhu, solat dan perkara-perkara yang berkaitan keduanya.Bagi tahun 2 dan 3, kem ini merupakan pengukuhan bagi memantapkan lagi mutu solat yang telah diajari sebelum-sebelum ini.
Aktiviti dijalankan secara latihan di dalam kumpulan (LDK) masing-masing. LDK 1 berkaitan dengan wudhu’ amali juga praktikal.Para peserta dilatih tubi oleh fasilitator masing-masing.
Pada jam 10.00 pagi semua berhenti rehat dan disambung semula setengah jam kemudian untuk LDK yang kedua.
LDK kedua pula berkaitan solat dan bacaan-bacaan di dalam solat.Peserta diterangkan dengan rukun solat,sunat di dalam solat juga perkara-perkara yang membatalkan solat.Selain itu juga peserta di kehendaki menghafal lafaz niat solat, dan bacaan-bacaan di dalam solat.
Pada jam 11.30 tengahari, semua peserta dikumpulkan di dewan terbuka SKTB untuk majlis penutup. Sebelum program ditutup, kuiz diadakan bagi menguji bacaan murid-murid berkaitan solat dan wudhu.Hadiah disediakan bagi peserta yang Berjaya menjawab soalan kuiz.
Majlis diserikan dengan ucapan penutup oleh Pengerusi Kem Bistari Solat, Ustaz Rodzi Bin Mat Gial seterusnya penyampaian cenderahati kepada semua fasilitator.Majlis bersurai dengan salam wida’ semua peserta dengan fasilatator.
Secara keseluruhannya, program KBS 1 /2011 berjaya dilaksanakan walaupun terdapat sedikit masalah yang berlaku semasa program. Peserta menunjukkan minat yang mendalam dan respon positif telah diberikan sepanjang program dijalankan.
Kebanyakan peserta kem ini telah mendapat pendedahan awal berkaitan wudhu dan solat I rumah masing-masing.Namun masih terdapat banyak kelemahan dari segi penghayatan mereka terhadap kesempurnaan wudhu dan solat.
Kem seperti ini akan diteruskan di SK Tanjung Batu pada masa-masa akan datang terutama kepada murid-murid tahap satu bagi memberi pendedahan awal terhadap kewajiban perintah Allah yang besar ini.
PENUTUP
Kesimpulannya, Kem Bistari Solat 1 /2011 ini telah dijayakan dengan baik.Semoga Kem Bistari Solat seperti ini dapat diteruskan dengan aktiviti yang lebih menarik dan efektif. Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru Besar SK Tanjung Batu, En Yusof Bin Mohamad, guru-guru Penolong Kanan, Ketua Panitia Pendidikan Islam, Guru-guru Pendidikan Islam, fasilitator yang terlibat sepanjang Kem Bistari Solat diadakan juga kepada semua Ahli Jawatankuasa Perlaksana serta semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak di dalam menjayakan Kem Bistari Solat 1 /2011 .Jazakallah Khairan Kathira.
"Ya ALLAH, segala pemberian-Mu yang kusayangi, jadikan ia kekuatan untukku mencintai-Mu. .segala yang Kau pisahkan dariku, sedangkan ia sangat kusayangi, jadikan ia ruang untuk CINTA-MU dalam diriku.."
Followers
::Baba Aufa::
Ya Allah!Engkau ampunkan dosa-dosa suamiku Muhamad Fauzi Azizan..Engkau rahmatilah beliau Ya Allah..Engkau tempatkanlah beliau bersama para nabi,para syuhada' dan solihin..dan Engkau satukanlah daku dan suamiku Muhamad Fauzi di syurga nnt Ya Allah kerana kami telah bersama b'juang utk menegakkan kalimah-MU ya Allah"..