05 January 2009 Tags: 0 comments

::Peduli::

Lepas maghrib tadi,alhamdulillah saya sempat menjenguk adik-adik di SMAC yang baru sahaja pulang dari bercuti sekolah yang agak panjang iaitu kira-kira sebulan lebih.Sudah agak lama saya tidak bersua muka dengan mereka.Melihat wajah-wajah ceria mereka hati saya berdoa semoga mereka terus terdidik dalam biah Islamiah dan terus menjadi srikandi-srikandi pejuang Islam.Itulah harapan saya pada mereka.

Saya sempat memberikan sedikit tazkirah serta mengingatkan perihal tanggungjawab terhadap semua.
Walaupun saya sudah agak lama meninggalkan bangku sekolah agama tersebut,namun hati saya tetap terikat pada semua yg ada di sana lebih-lebih lagi adik-adik yang saya tinggalkan.Harapan saya agar mereka turut menjadi seorang yang peduli pada kesakitan ummah kini dan memikirkan hakikat Islam yang kian tertindas.

Bercerita mengenai sikap peduli,saya amat berharap agar kita semakin peduli pada keadaan Umat Islam di luar sana terutama di Gaza yang sedang bergelut dengan peperangan bagi melawan Israel laknatullah...

Berdoalah dengan membaca Qunut Nazilah pada setiap waktu kerana itulah sekecil-kecil sumbangan tanda peduli yang mampu kita lakukan.

Saya terfikir sendiri,Bagaimanakah keadaan kaum muslimin di Malaysia? Adakah mereka sedang mendoakan umat Islam di Gaza dan seluruh Palestin? Sekurang-kurangnya adakah mereka mengambil tahu tentang serangan terbaru ini?..

Ya Allah! Ampunkanlah kelemahan kami, berikanlah kesedaran kepada kami dan bangkitkanlah orang-orang yang akan berjihad dari kalangan kami. Amin.

No Response to "::Peduli::"

.

.