Zauji Habibi

Muhamad Fauzi bin Azizan al Hafiz

Lahir:10 Ogos 1983,

Pendidikan:SK Jengka 20(1990-1996),Maahadsas(1997-2001),Maahad Tahfiz Pahang(2002-2004),Maahad Qiraat Al Azhar Shoubra Mesir(2005-2008)

Pernah berkhidmat di:Tahfiz Rahimiyyah Jengka,Maahadsas(2009)

6 Jun 2009:Mendirikan rumahtangga

Dijemput Ilahi pada:8 Januari 2010

Al Fatihah..

 Di sini ku abadikan posting dari sahabat-sahabat mengenai abang..saat-saat yang meninggalkan memori buatku
Dr blog Kak Su
Saat manis




Bottom of Form
Dikarang oleh Faridzul   
MaahadSAS – Jumaat 8 Januari. Ustaz Muhamad Fauzi bin Azizan telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
Ustaz Fauzi berasal dari Felda Jengka 20, merupakan bekas pelajar MaahadSAS tahun 1996 – 2000. Beliau melanjutkan pelajaran ke Mesir di Maahad Tahfiz Syubra dan kembali ke MaahadSAS sebagai guru tajaan ASPA.
Beliau terlibat dalam kemalangan motosikal dan dimasukkan ke Hospital Selayang. Setelah beberapa hari berada dalam keadaaan koma, beliau akhirnya pergi meninggalkan kita semua. Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang yang soleh…al-Fatihah.

Ustaz Fauzi ketika konvensyen falak bulan Mac tahun lepas

Ustaz Fauzi yang sentiasa tenang dan pendiam menjadi contoh dan teladan kepada anak-anak murid didiknya.





Allahuakbar..Innalillah wainna ilaihi raji'Un...

Al-Fatihah buat Allahyarham akhi Muhamad Fauzi bin Azizan yang telah kembali ke Rahmatullah 2.25 petang waktu malaysia tadi..Dia insan bertuah yang Allah telah pilih untuk kembali padaNya..Moga Allah tempatkan akhi dikalangan para syuhada dan mereka-mereka yang berjaya..

Betul kan..jangan kita minta ujian yang ringan tapi minta diberatkan IMAN bila menempuh apa sahaja Ujian dariNya..tidak ada sesiapapun boleh berbangga dengan dirinya yang tidak mempunyai masalah hidup,kerana dengan ujian Allah 'melihat' hambaNya!moga Ukhti Akma dalam pandangan Allah..

Terasa diri tidak mampu untuk mentafsirkan apa-apa..Hanya Allah yang tahu apa yang ada dihati ketika ini..terngiang-ngiang lagi suara tabah ukhti Akma ketika menghubunginya selepas mendapat kiriman msg dari beliau..Allahuakbar..andai saya ditempat ukhti belum tentu saya setabah ukhti.."k.sue..i.Allah saya redha..doakan saya.."

Betapa Allah lebih mengetahui betapa saya ingin berada bersama-sama ukhti kesayangan saya itu di saat ini..

Sahabat-sahabat doakan kesejahteraan arwah..Doakan kesabaran dan ketabahan ukhti Akma meneruskan perjalanan hidup..

Semoga roh kekuatan tarbiyah dalam jiwa ukhti akma tersemai dalam jiwa anaknya nanti..satu-satunya pewaris mereka nanti..I.Allah..mendidik pewarisnya amanah yang perlu digalas..dia perlu berjuang agar suaminya boleh senyum di barzakh..oleh nukilan doa anak yang soleh @ solehah..kalau benar cinta itu setia..anak itu titiannya..Di jambangan munajat..di taman ibadat..tentu ada sungai pahala..yang akan mengalir selamanya..

Ukhti Akma hanya kehilangan suami tapi bukan kehilangan misi suaminya..yang pergi cuma jasad..bukan niat dan semangat..Moga Allah terus kurniakan kekuatan kepada ukhti Akma dalam meneruskan misi dakwah..moga Allah sentiasa bersama-sama ukhti Akma..

Sahabat-sahabat..maafkan salah silap diri ini..disedari ataupun tidak..tidak tahu bila ajal menjemput pula..doakan moga kita sentiasa mendapat redha Ilahi..Tarbiyah Allah pada ukhti Akma cukup terkesan dijiwa..terasa diri terlalu hina dan kerdil..

JANJI


Saya mengetahui berita kemalangan suami Akma ini dari Ainun. Akma adalah saudara sebelah Aki (baca: ayah) saya. Akma menggelarkan Aki saya Ayah Long sementara saya memanggil ayah Akma sebagai Ayah Ngah Soh. Saya dan Akma belajar di SMAC bersama-sama. Dia junior saya setahun. Jika saya melangkah ke UIAM, Akma menyambung pengajian ke DQ dan seterusnya ke Univ Al Azhar.

Saya dijemput ke walimahnya, namun tidak berpeluang memenuhi undangannya. Saya sendiri tidak ingat bilakah kali terakhir saya menatap wajah tenangnya.

Petang tadi, lebih kurang jam 4pm, saya menerima panggilan telefon dari Kak Sham memaklumkan yang suami Akma baru kembali ke rahmatullah jam 2 petang di Hosp Selayang. Saya terkejut sambil cuba menahan sebak di dada. Innalihi wa inna ilahi rajiuun.

Sudah tiba masa yang dijanjikan Allah buat hamba yang dikasihinya. Tinggal kita yang masih hidup untuk bertafakkur mengambil pengajaran darinya. Benarlah kata-kata "cukuplah kematian sebagai peringatan".

Saya menghungi Akma menerusi adiknya, Sumayyah. Dapat berbicara dengan Akma sudah cukup meruntun jiwa saya. Akma tenang menjawab telefon. Sempat bertanya khabar saya, padahal yang saya bimbangkan adalah khabar dirinya yang berbadan dua itu.

Subhanallah... sungguh dirinya tenang dan tabah. Pinta Akma cuma satu, doakanlah arwah suaminya. Terasa saya mahu berada di sisinya untuk menunaikan tanggungjawab terakhir ini. Sungguh.

Teman-teman yang mengenali beliau, doakanlah moga Akma terus tabah dan sabar. Dan, semoga roh suaminya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Ameen.

Al Fatihah.


KEMATIAN


Allah berfirman:
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan baru pada hari kiamatlah
disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke
dalam surga, maka sungguh ia beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah
kesenangan yang memperdayakan."(Al-Imran :185)

Kematian adalah satu kepastian tidak boleh diundur atau dipercepatkan.Semua jiwa akan merasai kematian.Biarlah lari sekuat manapun,setinggi mana pendakian kita,kita tetap akan didatangi oleh malaikat maut yang patuh dan taat dengan segala perintahNya.
Allah berfirman:
"Dimana saja kamu berada, kematian akan mendapatkanmu, sekalipun kamu berada
di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh."(An-nisa:78)

Hari ini saya mendapat khabar berita mengenai kehilangan seorang lagi mujahid (Us.Fauzi Azizan) yang ditakdirkan meninggalkan mujahidahnya yang sedang sarat mengandung 7 bulan.Alhamdulillah semoga pemergiannya pada hari jumaat(Penghulu segala hari) merupakan petanda husn al-khatimah dan ruh beliau diterima pada tempat yang mulia di sisi Allah SWT."Patah tumbuh hilang berganti"semoga anak yang dikandung oleh mujahidahnya menjadi penerus perjuangan abinya dalam menyambung rantai perjuangan Rasulullah..i.Allah


Teristimewa buat mujahidah k.saholyatul Akma..

Menyingkap kembali sirah Rasulullah,wajib kita yakini bahawa jalan ini pernah dilalui oleh oleh seorang wanita yang cukup mulia kerana telah mengandungkan seorang rasul mulia dan nabi yang terakhir tanpa suaminya disisi.Dia ialah Aminah bt Wahab bonda Nabi Muhammad s.a.w.Dengan penuh ketabahan,kesabaran, kecekalan dan tawakal kepada Allah beliau berjaya membesarkan seorang Nabi dan rasul yang bukan sahaja hebat di mata umatnya malahan musuh Islam sendiri,masyallah!.Jadikan sirah ini sebagai satu momentum yang hebat untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.I.Allah.


Buat kita yang masih hidup...

Jadikan kematian sebagai motivasi tambahan untuk menilai dan muhasabah kembali segala amalan yang telah dibuat di dunia ini.Selama anda hidup,berapa kali solat yang didirikan mencapai tahap @ hampir khuysuk?Anda pasti dengan amalan yang ada mampu membantu anda menjawab soalan malaikat munkar dan Nakir?.Kerana jawapan "tidak/kurang" marilah sama-sama kita berlumba-lumba mengumpul segala pahala.Jadikan dunia ini sebagai ladang untuk mendptkan hasilnya di akhirat kelak.



Allah berfirman:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari kemudian dan beramal shaleh maka
mereka akan memperoleh pahala."(Al-Baqarah:62)



Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates