26 February 2010 Tags: 0 comments

::Salam Maulidur Rasul 1431H::

Pagi Jumaat ini seusai saya menatap kalamNya dari  Surah Al Kahfi, sempat saya menjeling siaran di televisyen...soal jawab berkisar keperibadian Rasulullah s.a.w.
Alhamdulillah pelbagai perkara dibincangkan berkisar peribadi,sifat, malah sunnah-sunnah yang dianjurkan baginda.Semoga apa yang dibincangkan tidak tinggal dipupuk angin lalu sahaja.
Pagi Jumaat ini juga saya saksikan sekian ramai manusia yang berarak sepanjang jalan di Putrajaya sambil berselawat dengan membawa sepanduk yang pelbagai.Sungguh Rasulullah akan memberikan syafaat bagi mereka yang berselawat kepada baginda seperti dalam firman Allah taala:


إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا


Terjemahan: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Surah al-Ahzaab, 33: 56)

Imam al-Bukhari (rahimahullah) berkata:


قَالَ أَبُو الْعَالِيَةِ صَلَاةُ اللَّهِ ثَنَاؤُهُ عَلَيْهِ عِنْدَ الْمَلَائِكَةِ وَصَلَاةُ الْمَلَائِكَةِ الدُّعَاءُ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ

{ يُصَلُّونَ }

يُبَرِّكُونَ


Terjemahan: Abul ‘Aliyah (rahimahullah) berkata: Selawat Allah (ke atas Nabi-Nya) maksudnya adalah pujian yang Allah berikan kepada Nabi di hadapan para malaikat, manakala selawat para malaikat (kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) adalah doa (untuk beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam).

Menghayati kelahiran Rasulullah ini bukan semata kita menyebut-nyebutnya selalu, malah yang amat penting kita menghayati setiap ajaran Islam yang dibawa oleh baginda sama ada dari sudut melaksanakan perkara makruf dan kebaikan  juga sedaya upaya bagi menghindari perkara mungkar.Itulah yang sepatutnya yang perlu dilakukan kita semua dalam menghayati sunnah baginda.

Jika sekadar hari ini sahaja kita berarak tanpa penghayatan di hari-hari selepasnya,semua ini hanyalah sia-sia.Yang penting azam dan tekad untuk kita menghayati ajaran Islam sebenar itulah  yang lebih-lebih bermakna.
Salam Maulidur Rasul 1431H

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2010/02/169-bagaimana-berselawat-ke-atas-nabi.html

No Response to "::Salam Maulidur Rasul 1431H::"

.

.