25 March 2010 Tags: 1 comments

::Kelahiran Aufa Hannan::

Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan atas segala kurniaan nikmat pada kita.Sesungguhnya tiada nikmat yang paling besar yang Allah anugerahkan melainkan nikmat masa lapang dan kesihatan ini.

Alhamdulillah tanggal 14 Mac 2010 bersamaan 28 Rabiul Awal 1431H jam 11.15 malam saya telah selamat melahirkan seorang srikandi di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh.

"Aufa Hannan" nama yang telah ditinggalkan oleh arwah suami,saya berikan kepada puteri kesayangan saya ini.

Semoga puteri saya ini sentiasa di dalam rahmat Ilahi dan sejahtera serta menjadi anak solehah penyambung mata rantai perjuangan Islam akan datang.


1 Response to ::Kelahiran Aufa Hannan::

June 25, 2011 at 2:57 AM

subhanallah kak..anak akak sama lahir dengan saya..14mac...moga aufa tumbuh mekar menjadi muslimah yang tegar..insyaAllah..amin..buat akak..kuatkan semangat, kuatkan diri,kuatkan iman, dalam meneruskan perjuangan..amin

.

.