17 July 2010 Tags: 3 comments

::Ya Allah...::

Salam ziarah kembali...semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita...
2,3 hari ini pelbagai event datang kepada saya, bisalah tugas luar saya yang saya sayangi, kerja amal tanpa gaji...cuma mengharapkan ganjaran Allah dan redhaNya.Saya menyukainya dan saya puas denganNya..sms bertalu-talu datang pada saya..banyak juga sampaikan ada yang sampai bertindih jadualnya...
Namun, kesedihan menyelubungi saya...sejak akhir-akhir ini saya terpaksa beralasan untuk tidak menghadirinya, sedangkan itu tanggungjawab saya...

Kenapa begini, duhai hati besi?
Saya benar-benar tidak mampu....
Ku catat di sini bukan untuk mengharap simpati mahupun minta difahami...cuma mencoret buat muhasabah diri dan hati ini.

Sejak seminggu lepas kudrat saya begitu terbatas..pantang ada masa kosong saya pasti melelapkan mata, mohon kerehatan...kepala saya begitu 'syaghal'.Seolah padat dengan sesuatu...alhamdulillah kerja saya mampu laksanakan dalam kepayahan, namun sampai juga ke destinasi.Semalam saya hampir pitam di dalam bilik air, namun saya cepat duduk dan cuba melelapkan mata lagi..
Adakah itu sesuatu yang lumrah dan biasa???

Sesungguhnya saya memang tidak layak mencurah segala dugaan di bahu manusia lain...yang paling memahami hati saya ialah Allah yang Khaliq. Namun, kekadang kantung mata tetap penuh tanpa siapa yg menyekanya..."Ya Allah, ku pohon kekekuatan dariMu.."

Kerana itu Imam al Ghazali meletakkan 10 sifat fardhu muslim dan salah satunya aqlu salim wa jismi salim..keperluan pendakwah menjaga akal dan anggota badan yang sihat...
adakah aku gagal untuk memelihara diri sendiri??
"Ya Allah........"

3 Response to ::Ya Allah...::

July 17, 2010 at 10:33 PM

Salam..Ana taklah byk pengalaman dalam hal ini..tapi memberi sikit nasihat bolehlah..Sebenarnya apa yang dialami enti semacam pressure..Kenapa ia boleh terjadi?..Secara peribadi Ana berpendapat disebabkan ..enti tak ada teman meluahkan perasaan..carilah teman untuk mendengar keluhan enti..biarlah teman itu orang yang jujur dan pandai menyimpan rahsia..Insya Allah kuranglah beban dikepala enti itu..dan yang paling mujarab mengeluhlah sewaktu solat tahajud..disitulah ada ketenangan dari nur ilahi..
Satu lagi ana nak tanya..mengapa gambar enti sekarang buka enti buka niqab?..kan cantik if ada niqab(if salah istilah ini tolong tegur).

July 17, 2010 at 11:13 PM

wsalam bt addeenu nasihah...
syukran ats nasihat dan teguran bguna...
sememangnya mengadu pada ilahi juga yg sebaiknya...

July 18, 2010 at 7:37 AM

salam teguran yg membina daripada Aaddeenu nasihah,ana sbgai org yg paling dekat dgn pemilik blog ini sgt memahami keadaan beliau..bg ana tidak salahkan kita berkongsi perasaan kita..supaya kita bersama2berfikir dan merenung keadaan kita pula..dan ini mgkin salah satu wadah untuk menyemai cita2 menjadi seorg penulis...jd semua perbuatan kita itu bergantung kepda niat..xkira apa jua keadaan..sekadar pandangan daripada adinda hati besi.

.

.