16 August 2010 Tags: 0 comments

::Berubahlah::

Assalamualaikum warahmatullah...
Ramadhan Kareem diucapkan kepada semua...semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua selaku hambaNya.
Dikala Ramadhan ini hati dilanda seribu macam rasa, walau apapun yang melanda kita..selaku hamba Allah semestinya 100 peratus jiwa dan jasad seharusnya diabdikan kepada pencipta.Semoga  Ramadhan ini benar-benar menimbulkan keinsafan setelah melalui pelbagai tarbiah dariNya.
Teringat cerita boss no 1 di tempat bertugas pagi tadi...dia menceritakan perihal seorang kiyai yang memberi pepatah kata kepada muridnya yang kira-kiranya berbunyi begini "Seburuk-buruk katak ialah katak puru,kerana badannya yang kurang cantik...manakala seburuk-buruk manusia ialah orang yang tidak mahu berubah bila mana tibanya bulan Ramadhan"..wah! berbisa juga kata-kata kiyai tu...andai tidak mahu berubah lagi, dah tentu mcm sama dengan katak puru tu..hi2.
Perubahan yang dimaksudkan semestilah daripada kurang baik kepada semakin baik, dan daripada biasa-biasa sahaja kepada luar biasa amalannya.
Andai sebelum-sebulum Ramadhan kita kurang bersolat sunat, maka di bulan inilah kita mula melipat gandakan solat sunat kita, untuk menampal mana-mana amalan yang berlubang tu, ibaratnya. Andai sebelum itu kita kadang-kadang saja membuka Al Quran, maka saat inilah kita berusaha menghadam kalam Allah itu, Andai sebelum ini kita bolehlah dikatakan agak lokek, maka detik ini kita pasang azam untuk bersihkan harta-harta yang mana kekadang terkabur haknya...dan pelbagai lagi amalan-amalan lain yang perlu ditambah baik..
Tetapi, penambah baikan itu semestilah disertakan dengan pengurangan karat-karat jahiliah yang masih terpalit pada diri ini. Andai sebelum itu kita kekadang terumpat manusia lain, maka dibulan inilah kita puasa betul-betul hati dari mencerca orang lain.Andai sebelum ini kita biasa saja melihat cerita-cerita drama di tv yang menonjolkan aurat wanita dan sebagainya, saat inilah kita tutup mata kita dari melihat dosa tersebut.Andai sebelum ini kita biasa saja berjalan-jalan sambil menghabiskan masa lapang, maka inilah masanya kita cuba habiskan dengan bertadarus, membaca dan beramal sebaiknya...
Subhanallah...andai semua ini mampu kita lakukan, Insyaallah Ramadhan kali ini tentulah menjadi amat bermakna..lebih-lebih lagi apabila sempat bertemu dengan lailatul Qadar.Semoga niat kita di bulan ini untuk terus melakukan perubahan, akan terus ke bulan-bulan seterusnya...

No Response to "::Berubahlah::"

.

.