09 January 2011 Tags: 0 comments

::selaku hamba::

Assalamualaikum warahmatullah….
Semalam genab setahun abang kembali ke rahmatullah…Terasa begitu cepat masa berlalu, sedangkan peristiwa pahit itu masih segar diingatan. Beberapa trauma saya akibat peristiwa itu belum lagi terubat. Ibaratnya jika dibuat catatan hari demi hari, segalanya boleh dicoret dengan sempurna sekali.

Lihat sahaja anakku yg solehah, sudah belajar berjalan.Usianya kini sudah hampir 10 bulan.Alhamdulillah, walaupun kekadang terasa cabaran membesarkannya, ala kulli hal semuanya berjalan dengan baik. Terima Kasih Ya Allah atas nikmat ini.

Semalam saya bertekad membawa si kecil itu menziarahi pusara babanya. Anak kecil itu sudah belajar memahami. Tersenyum saya bila matanya berkelip-kelip apabila saya menerangkan sesuatu. Moga nanti dia sudah memahami suratan yang telah ditentukan.

Agak lama saya di rumah ayah, melepas rindu yang telah lama terpendam. Dulu saya tidak begitu bisa ke sana kerana rumah itu akan mengingatkan saya pada arwah abang. Sunguh kenangan itu susah sungguh untuk dilupakan. Namun, hati saya ikhlas. Siapalah saya untuk menolak segala ketentuan. Sedang saya begini, masih ramai lagi yang lebih kuat ujiannya..Masyaallah…saya begitu insaf…

Namun hasrat saya semalam terpaksa dimatikan kerana cuaca tidak mengizinkan. Hujan mencurah-curah seolah tidak mahu berhenti Kita hanya melihatnya di kejauhan. Saya berbicara pada si kecil itu. “Di sinilah rumah baba adik..baba adik aman duduk di sini…” Dia memandang saya sambil tersenyum tergelak menampakkan giginya yang baru 4 batang..”Nanti mama bawa adik datang lagi ye, kita kena doakan baba setiap hari tau..” Terkelip-kelip matanya.Macam faham sangat la tu.

Begitulah kisah seorang hamba….

Dan hari ini, saya menziarahi Arwah Tok Chu Mada di Kg Bunian.(Dua pupu kepada arwah tok saya sebelah emak) Kembali ke rahmatullah malam semalam. Sudah ajal ditentukan untuknya dan illah bagi kematian itu sakitnya yang berpanjangan.

Mendapat perkhabaran mengenai Toki Mamat di HoSHAS yang kini koma akibat penyakit di dalam perut.. Saya agak terperanjat kerana baru seminggu lalu saya bertemu dan bertegur sapa dengannya. Insyaallah petang nanti saya berhasrat menziarahinya di sana.Begitulah, bila Allah kata ‘kun’, maka ‘fayakunn’..tiada yg mustahil.. Doakan moga Allah tentukan yang terbaik untuknya.

Wallahu ‘alam

No Response to "::selaku hamba::"

.

.