01 June 2011 Tags: 0 comments

::just santai::

Salam ziarah di musim cuti sekolah..:)

Saya tukar template lagi..bila teringatkan blog yang semakin tidak diisi dengan bahan yg boleh dikongsi pelawat, saya segera login lagi..fikir-fikir tentang pengisian, masih tidak jumpa jalan..so saya ubah template..hihi..semamangnya saya selalu menukar template blog, sbb saya cepat bosan menatap yang sama :D..lagi-lagi kerja menukar sungguh mudah..tidak seperti semasa saya mula-mula menceburkan diri dalam blog..kena belajar membaca kod html satu persatu..siap saya beli beberapa buku mengenai itu..dan akhirnya saya sudah boleh membaca kod-kod yang mudah...tapi kini untuk memulakan blog sudah cukup sekadar mendaftar dan memilih segala apa yang disediakan..sebab itu kini blog muncul begitu banyak bak cendawan tumbuh selepas hujan..
Namun, tidak ada maknanya sesebuah blog andai template cantik, namun tanpa isi...isilah apa sahaja yang difikirkan sesuai untuk kita.bagi saya, blog saya hanya milik peribadi saya yang saya isi dengan pelbagai...namun, alangkah indah dan cantik andai blog dijadikan medan dakwah yang berkesan, mampu menarik hati untuk cinta pada agama. 

No Response to "::just santai::"

.

.