08 May 2011 Tags: 0 comments

::Selamat Hari Ibu::

Dedikasi buat ibuku Zainab zakaria...Selamat Hari Ibu...sayang emak selalu :)

Ibuku
sewaktu kecilku, selesa aku di dalam dakapanmu
Ku diasuh penuh kasih sayangmu
Hari-hari yang dilalui aku tersenyum dalam belaianmu

Ibuku
sewaktu remajaku
kau didikku dengan asuhan agama
tak lekang dibibirmu menasihatiku
teguranmu ibarat azimat buatku
namun
kekadang aku teralpa dengan dunia
marahmu menjadi madu buatku

ibuku
semasa aku berjauhan denganmu
hanya kekadang suaramu menyanyi merdu
pengubat rindu yg membara dihatiku
saat anakmu ini di dalam duka
kata-katamu membangkit motivasiku

Ibuku
kini aku kembali kepangkuanmu
suaramu masih tetap seperti dahulu
hanya cuma nadanya sedikit berbeza
kerana kau sudah tidak seperti dahulu

Doaku padamu ibuku
agar dikau sentiasa dalam sejahtera
agar esok aku masih dapat mendengar merdu suaramu

Ya Allah ya tuhanku,
Ku mohon padamu agar diampunkan segala dosaku juga dosa ibu dan bapaku
semoga aku terus dapat berbakti dengan sebaiknya kepada mereka
Ya Allah, rahmatilah mereka seperti mana mereka melayaniku sejak kecilku..ameen

No Response to "::Selamat Hari Ibu::"

.

.