18 July 2011 Tags: 0 comments

::Mutiara berharga, kami mahu menjejakimu::

Assalamualaikum dan salam ziarah...

Sejak semalam hati sedikit resah, kekadang datang perasaan bersalah, kecewa.Sebuah peristiwa yang membuatkan pergolakan diri melanda, kecil hati pada insan lain.MasyaAllah, terasa berdosanya hamba ini...
Sampai malam, saya agak terperanjat dengan berita kehilangan seorang srikandi, permata agama YB Dr Lo' Lo Mohd Ghazali Ahli Parlimen Titiwangsa.
Dalam fatrah diri perlukan motivasi, saya ambil ibrah dari kehilangan besar YB Dr Lo' Lo' ini.
Saya tidak mengenalinya dengan dekat, namun saya pernah berkesempatan bertemu dan berjabat tangan dengannya.Juga, satu masa dulu saya pernah beriringan dengannya berjalan di satu demonstrasi. Memandang wajahnya yang penuh dengan senyuman waktu itu, cukup membuatkan saya kagum, siapa tahu, beliau sudah menanggung kesakitan yang agak lama..Namun kecekalan dan kepimpinan yang beliau tunjukkan sepanjang hayat sudah cukup membuktikan beliau seorang Muslimah berjiwa besi. Komitmen yang tinggi dalam tugas dan perjuangan sedikitpun tidak menunjukkan beliau di dalam kondisi masalah yang berat sehinggalah kesihatan mengganggu tugasnya.
Rata-rata melalui pembacaan saya,kehilangan beliau cukup dirasai ramai jiwa, seorang idola masyarakat yg mampu membawa perubahan di kawasan yang diwakilinya.
Saya begitu teruja dengan segala usaha dan perjuangan beliau. Semangat dan motivasi yang beliau pernah tanamkan di dalam dirinya perlu saya ambil buat bekalan perjalanan saya.
Sedikit calar yang pernah terguris di hati tidak perlu disimpan lama jika mahukan ummah yang sejahtera.Pandang sahaja kepada almarhamah YB Lo' Lo',sudah tentu tugas sebagai wakil rakyat sudah banyak menyimpan gurisan-gurisan rasa yang kekadang tidak hilang parutnya.
Sebagai seorang yang duduk di saff kepimpinan pula, beliau banyak memberikan idea-idea yang bernas bagi menyemarakkan lagi perjuangan di peringkat muslimat. Walaupun pada akhirnya beliau sudah tidak berdaya, namun idea-idea yang pernah diutarakan tetap diaplikasikan bagi kemaslahatan bersama. 
Moralnya di sini, marilah kita berusaha menjadi mata-mata rantai yang sebenarnya bagi agama Islam yang dicintai. Biarpun bukan kita yang memulainya, namun janganlah kita yang menjadi pengakhirnya. Berusahalah mewujudkan suasana yang solehah bermula dari kita sendiri. Juga ambillah semangat idola kita ini bagi bekalan sepanjang jalan dakwah. Masih ramai yang melalui ujian getir sepanjang hidup, namun usaha dakwah tetap berjalan.
Semoga almarhamah YB Dr Lo' Lo' ditempatkan bersama para Nabi,Syuhada dan Solehin juga pejuang Islam sepanjang zaman.
Al Fatihah.
  

No Response to "::Mutiara berharga, kami mahu menjejakimu::"

.

.