16 September 2011 Tags: 1 comments

Ya Akhi Muslim,
Wahai putera Islam,wahai putera al-Quds,wahai putera Palestin,wahai putera harapan yang dicita-citakan...

Wahai putera Islam yang kita tunggu-tunggu untuk menghapuskan longgakan sampah sarap ini.Angkatlah bendera Islam!!!

Wahai putera Islam yang diharapkan untuk mencapai kemuliaan yang teguh...

Wahai putera Islam yang ditunggu-tunggu menjadi sumber kebaikan,kemuliaan dan kehidupan,dimana kamu sekarang?

Marilah...sambutlah harapan yang dicita-citakan ini.

Jadilah kamu hamba Allah taala yang sujud,yang rukuk, yang berzikir dan yang membaca.

Bulatkanlah tenaga dan kemahuanmu, belajarlah dan kuatkan azam mu untuk menjadi tentera Allah taala yang ikhlas.

Aku menyerumu dgn sepenuh ketulusan cintaku kepadamu, supaya kamu bercita-cita dan terus berusaha untuk merialisasikannya dan beramal kerananya...

Tidak ada cita-cita yang lebih besar daripada Islam dan tidak ada permulaan dan kesudahan yang lebih mulia daripadanya...

(Abbas Assisi)

1 Response to

September 27, 2011 at 11:49 AM

kata-kata yg cukup berhikmah...

.

.